Assalammualaikum w.b.t
Dah berbulan Sunshine balik dari SABAH baru ada kesempatan nak update
blog percutian ni. Dah lama dia bersarang dalam draft. (Banyak sangat masalah teknikal huhu). Sunshine plan nak g Sabah ni dari tahun lepas.
Kami plan nak g berempat (Sunshine, Ina, Ida & Eza). Tapi last Eza
ada family problem. X dapatla Eza join kami. (Ayat sedapkan hati =
lain kali Eza join kami ye). Kami dah siap booking flight & hotel
lagi.
Now
everyone can fly.... 140613, Air Asia…AK5304
Johor Bahru (Senai International Airport) to
Kota Kinabalu International
Airport (Terminal 2) Flight
for 4 of us.. RM1,080.00 pergi balik termasuk baggage skali, kira
RM270 per person.
Flight
kami pukul 21.20. Takut gak sebab kami dah lambat pukul 8.00pm
sepatutnya barang2 dah masuk tapi 7.45pm kami still x lepas toll
skudai. Tapi yelakan setakat beg tu bwk naik je. Pergi mana banyak
barang (lainla balik) hahaha. Tepat 9.20pm kami dah naik flight…Apa
lagi tido la huhuhu.. 11.10pm. Dah smpi betul ke ni…macam mimpi…
Tunggu
kwn Ina amik kami.. debar2 gak.. mcmana la kwn Ina ni. Kami x penah
kenal CIK KAM ni. Cik Kam adalah tourist guide kami. Gelikan macam best je kihkih. Cik Kam bawak kami g minum. Sebenarnya
kami blm makan mlm tapi excited punya pasal x makan x pela. Dah malam
x de selera. Minum jela..
Tune
Hotel pilihan kami. Percutian budget la katakan. 4 days RM115 per
person, termasuk TV & Aircond. Okla kan. Sampai je hotel
kemas-kemas sikit zzzzzzzzzzzzzzzzz
Pagi-pagi
kami da bangun tapi Cik Kam keja. Jadi untuk tunggu Cik Kam amik,
kami jalan-jalan dulu kat 1Borneo
Hypermall. Ala bukan
jauh pun turun hotel je huhu. Breakfast la apa lagi. McDonald (huhu
jb x de MCD)
Perjalanan
kami bermula bersama Cik Kam;
Day
1 : “BUKIT
BENDERA KOTA KINABALU”.
Ingat Penang je ke ada bukit bendera. Sabah pun ada bah huhuhu Ni
kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar
Kota Kinabalu dari atas bukit.. sambil menghirup udara segar.. tempat
nie mmg sesuai utk para pelancong mengambil gambar dan berehat
sebentar...
cantikkan permandangan dr atas ni |
Lepas posing sakan.. kami teruskan ronda “PASAR KRAFTANGAN” yang sangat famous amos. Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Tapi kami x beli apa just jalan-jalan je. Baru 1st day jadi tengok2 dulu mana yang berkenan.
Pastinya
rambang mata melihat segala jenis cenderahati. Pastinya ada sesuatu yang menarik untuk setiap pengunjung yang singgah di sini.
Tip : Paling penting apabila berkunjung ke pasar ini, jangan lupa untuk tawar menawar semasa membeli. Kena pandai membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu. Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.
Tip : Paling penting apabila berkunjung ke pasar ini, jangan lupa untuk tawar menawar semasa membeli. Kena pandai membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu. Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.
Dah
puas belek-belek kami teruskan perjalanan ke
“Jesselton Point Waterfront”. Kami
singgah kat sini just nak tengok harga tiket n nak booking untuk
esk. Nama asalnya Terminal
Ferri Kota Kinabalu sebelum
dikenali sebagai Jesselton
Point Waterfront setelah
penswastaannya pada Februari 2006.
Jeselton Point merupakan jeti utk bot2 ke Taman Tunku Abdul Rahman dan pulau2 berdekatan bandaraya KK. Kalau ingin ke Labuan, juga blh menaiki bot dr jeti ini. Sempatla kami amik gambar. Tiket tu boleh beli esok je masa nak naik. Jadi eskla kami datang ye.
Oh
perut dah berbunyi.. Apa lagi cari makan la. “GRACE
POINT SEMBULAN” Kat
sinila berlakunya “Tragedi
Double Six”. Tempat
ni ada sejarahnya. (Lain episodla kita creta k).
SUTERA
HARBOUR GOLF & COUNTRY CLUB
Haha
kaya sangat la kan nak tido sini. Just curi-curi masuk muahaha. Siap
posing2. Kalau kat JB ala-ala Puteri Harbour.
Selalunya
orang yang datang ke sini nak melancong... diorang akan singgah
tempat yang diorang rasakan unik.. kat sini juga agak uniknya dimana
dapat rasa keenakan rasa KEPAH bakar dan Air Kelapa bakar atau sejuk
yang terbaik terletak berdekatan dengan politeknik kota kinabalu dan
terletak di sepanjang bahu jalan on the way ke tuaran dari poli
kk..... Kami just minum air kelapa sejuk. Try 1 puding kelapa tapi
tak habis pun sebab x biasa makan.
PASAR MALAM FILIPINO
Pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipino). Macam-macam gak barangan kat sini. Lebih kurang sama je dengan Pasar Kraftangan tapi harganya agak murah sedikit. Kat sini kami borong T-Shirt dan brooch. Lepas tawar menawar uncle tu bagi kami RM20 sehelai bagi dewasa RM15 bagi kanak-kanak. Brooch pulak 12pcs dapatla harga RM 50 - 60.
TIP : Ni pun kena tawar menawar. Kami pusing semua sorang uncle ni je yang boleh kurang. Yang lain paling murah T-shirt RM23 sehelai.
Pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipino). Macam-macam gak barangan kat sini. Lebih kurang sama je dengan Pasar Kraftangan tapi harganya agak murah sedikit. Kat sini kami borong T-Shirt dan brooch. Lepas tawar menawar uncle tu bagi kami RM20 sehelai bagi dewasa RM15 bagi kanak-kanak. Brooch pulak 12pcs dapatla harga RM 50 - 60.
TIP : Ni pun kena tawar menawar. Kami pusing semua sorang uncle ni je yang boleh kurang. Yang lain paling murah T-shirt RM23 sehelai.
PERDANA
PARK, TANJUNG ARU
Kalau
di semenanjung macam kat KLCC. Masuk RM1.00 bagi satu kenderaan.
Tempat ini sesuai untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan
jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak-kanak dan yang
paling jadi tumpuan ialah Water
Fountain yang berirama.
GERAI MAKANAN LAUT
GERAI MAKANAN LAUT
Seafood
ni mmg sgt terkenal di Sabah..sapa ke sana kalau tak pekena seafood
mmg rugi sgt larrr..dengan Fresh fish, prawns, crabs, lobsters,
scallops, clams, oysters, all at cheap price! Tapi untuk malam
pertama kami just ratah kepak ayam. Kat Jb memang ada tapi x sama
dengan ayam kat Sabah ni. Dia makan bersama kuah kicap. Dia orang panggil sayap.
Day 2 :
Bangun pagi2 Cik Kam kata 7 dah ada kat bwh. Breakfast dulu kat Fook
Yuen Restoran (Halal Kopithiam).
Sebelum
ke pulau kami singgah “GAYA
STREET (SUNDAY MARKET)”.
Pasar ni hanya buka pada hari AHAD dr jam 6.30am -1.00pm. Macam-macam
gak ada kat sini. Lebih kurang sama je dengan Pasar Philippine yang
kami pergi malam tu. Ada je la benda kami nak beli huhuhu. Beli sikit
souvenir buat rakan-rakan dan keluarga..
Meneruskan
perjalana kat Jeti. “JESSELTON
POINT” Nak beli tiket
ke pulau. Pilih punya pilih akhirnya kami pilih PULAU
MANUKAN & PULAU MANUTIK.
Dan lagi best kami ni ada ala-ala student x sebab kami dapat harga
student. RM28.50 + Mask RM 5.00 + Jaket RM 5.00. Tu pun sebab kami
bawak adik Ida. Kredit untuk adik Ida yang bantu kami dapat harga tu
huhu.
PULAU - (MANUKAN DAN MANUTIK)
Pulau
Manukan
Today was Island day!! kitaorg dah siap2 booking boat untuk ke Manukan Island ni. Perjalanan mengambil masa 20min kalau bot ni tak merempit mungkin 30min kot. Nak masuk ni kena bayar RM3.00..ni tak termasuk dalam package tu..bayar terus kat sini tapi boleh guna untuk 2 pulau sekali.
Kat
pulau ni dalam 2 jam la. Tunggu bot datang balik kami bagila
ikan-ikan makan. Seronok tengok dia datang kat kita. Cantik-cantik
ikan-ikan tu. Betulla Nemo tu ada huhuhu
Mandi n
posing2. Dapat pulak mamat sabah yang sanggup melayan kami. Pose, dia
amikkan gambar. huhuhuhu
Pulau
Manutik
Ramai
gila orang kat sini. Salah pilih la kami. Ada pelancong dari korea ke
jepun tah. Tapi puas gakla kami snorkeling kat sini. Main-main dengan
ikan. Sunshine yang x tau berenang pun jadi suka n nak try lagi
inikan pula sesape yang memang suka n pandai berenang. Overall..sgt2
ohsem.. beautiful beach
Suria mall
Lapor dah…
apa lagi cari makan la.. Kami makan kat Suria Mall. Punya la laporkan
selepas berenang. Cari nasi dan pilihannya Chicken Rice Shop.
“PANTAI
TANJUNG ARU”
Siapa
peminat jeruk atau buah-buahan, tempat paling best kalau nak beli ni
di area Kota Kinabalu, anda boleh singgah ke pantai Tanjung
Aru. Kat sana banyak pilihan jeruk dan buah-buahan. Anda boleh beli
dengan harga serendah RM1.00. Antara buah-buahan yang available
adalah..... jambu, jambu air, mangga, kedondong, nanas dan lain-lain
lagi.
Selain tu ada juga air tebu segar (RM1.50 secawan), kacang tanah dan jagung rebus. Ada juga jual kerepek ubi dan pisang. Gerai-gerai ni buka setiap hari dan hari Sabtu & Ahad adalah waktu yang meriah sekali.
Selain tu ada juga air tebu segar (RM1.50 secawan), kacang tanah dan jagung rebus. Ada juga jual kerepek ubi dan pisang. Gerai-gerai ni buka setiap hari dan hari Sabtu & Ahad adalah waktu yang meriah sekali.
Kami
datang hari ahad. Ramai betul orang. Parking pun tepi2 jalan je dah x
boleh masuk parking. Pastu ada live band. Memang happeningla…
Kami
kembali semula ke Pasar Kraftangan untuk memborong ikan masin, udang,
keropk amplang & kuih cincin. Belila sorang sikit buah tangan
untuk sanak saudara hahaha. Yeye je kan.
Balik
bilik .. kemas barang2 yg kami beli…Mandi…. Makan malam (KFC)
huhuhu……..Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Sunshine : To
be continue …
No comments:
Post a Comment