Nuffnang Ads

Wednesday, 23 October 2013

Marathon 19.10.2013


Assalammualaikum w.b.t

Rasenya dah lama Sunshine tinggalkan aktiviti sukan. Lebih-lebih lagi sukan jarak jauh ni. Berbelas tahun ada rasenya. Entah macamana tergerak hati nak join BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON. Lebih teruja sebab nak berlari di waktu malam. Agak jarang larian malam ni. Orang kata kalau malam kita memerlukan tenaga yang lebih.

Adik Sunshine yang agak aktifla join larian ni. Kiranya kalau tak de dia tak mungkin Sunshine join. Untuk percubaan dan pengalaman pertama, Sunshine berminat tu join lagi haha. Lama dah kami registered untuk join larian ni. Ada dalam 3 ke 4 bulan. Mulanya plan Sunshine, My BBF & My SIL join untuk kategori 5 KM & My Brother untuk 10 KM. Tapi disebabkan masalah teknikal Sunshine & adik jela lari. BFF & SIL hanya berjalan. Tapi untuk kategori 5 KM ni asal dapat tamatkan larian kami akan terima medal dan sijil.

Sunshine ni excited lebih…tapi x de persediaan pun. Adalah training 1 hari hahaha.  Lepas maghrib kami dah berkumpul kat tempat larian. Untuk 10 KM bermula 8.30pm. 5 KM bermula 9.00pm. 

Tak cantik tulisan tu :(
Semangatkan… siap conteng muka lagi. Tengah-tengah tunggu giliran kami, hujan turun. Hujan halus tapi lebat gakla. Marathon ni for FUN. Jadi macam-macam gaya la. Ada yang bawak payung…pakai baju hujan.. ada pakai baju ala-ala super hero, ada gak masuk kategori family (suami + isteri + anak) Seronok tengok mereka. Adik2 tu lebih semangat dari Sunshine.

Mula tu lari gakla.. bila dah buat pusingan di tambah dengan minum air yang diberi kat check point. Sunshine pun pancitla… jalan lengang-lengang kangkung. Bila nampak je orang ramai lari… Sunshine lari lagi…. pastu berenti lagi… lari lagi sampaila garisan penamat.


Sy berjaya huhu
Satu pengalaman yang sangat menarik untuk Sunshine. Pertama kali menyertai marathon dan dapat habiskannya dengan catatan masa yang agak memberangsangkan. Paling penting, catatan masa tu adalah rekod peribadi Sunshine. Kredit kat diri sendiri coz Sunshine mampu habiskan 5 KM dalam masa 48:04.70. Sampai-sampai urusetia dah tunggu untuk bagi medal + sijil + makanan + air.  Satu kejayaan peribadi tercapai. INSYAALLAH ada peluang Sunsine nak join lg.

Kami berjaya !!!
Silap Sunshine sampai-sampai terus duduk. Akibatnya Sunshine jalan macam orang lepas pantang. Hahaha. Nasibla 2 hari dah ok.


Ini la medalnya..
Sunshine : Mencuba tu lebih baik. Kita tak tau apa kita suka selagi kita tak cuba.

3 comments:

  1. Waaa... TAHNIAH untuk sunshine, dapat cipta rekod peribadi. Tahun depan boleh la cipta rekod lebih baik lagikan? Menang atau kalah tak menjadi ukuran, yang penting pengalaman dan semangat SUNSHINE untuk mencuba dan berjaya. Sekali lagi TAHNIAH...
    "conteng kat muka tu hilang tak?? hihi"

    ReplyDelete
  2. Haha..pasni ada lagi jangan risau. Pasni boleh update sikit-sikit 10km, 21km dan 42km....

    ReplyDelete
  3. Waaa... 42km pun ada? dah macam jarak dari P.Gudang ke Senai?...

    ReplyDelete