Nuffnang Ads

Monday 28 October 2013

Trip : Negeri di Bawah Bayu, Sabah - Part 1

Assalammualaikum w.b.t

Dah berbulan Sunshine balik dari SABAH baru ada kesempatan nak update blog percutian ni. Dah lama dia bersarang dalam draft. (Banyak sangat masalah teknikal huhu). Sunshine plan nak g Sabah ni dari tahun lepas. Kami plan nak g berempat (Sunshine, Ina, Ida & Eza). Tapi last Eza ada family problem. X dapatla Eza join kami. (Ayat sedapkan hati = lain kali Eza join kami ye). Kami dah siap booking flight & hotel lagi.

Now everyone can fly.... 140613, Air Asia…AK5304 Johor Bahru (Senai International Airport) to Kota Kinabalu International Airport (Terminal 2) Flight for 4 of us.. RM1,080.00 pergi balik termasuk baggage skali, kira RM270 per person.

Flight kami pukul 21.20. Takut gak sebab kami dah lambat pukul 8.00pm sepatutnya barang2 dah masuk tapi 7.45pm kami still x lepas toll skudai. Tapi yelakan setakat beg tu bwk naik je. Pergi mana banyak barang (lainla balik) hahaha. Tepat 9.20pm kami dah naik flight…Apa lagi tido la huhuhu.. 11.10pm. Dah smpi betul ke ni…macam mimpi… 

 
Tunggu kwn Ina amik kami.. debar2 gak.. mcmana la kwn Ina ni. Kami x penah kenal CIK KAM ni. Cik Kam adalah tourist guide kami. Gelikan macam best je kihkih. Cik Kam bawak kami g minum. Sebenarnya kami blm makan mlm tapi excited punya pasal x makan x pela. Dah malam x de selera. Minum jela..

Tune Hotel pilihan kami. Percutian budget la katakan. 4 days RM115 per person, termasuk TV & Aircond. Okla kan. Sampai je hotel kemas-kemas sikit zzzzzzzzzzzzzzzzz

Pagi-pagi kami da bangun tapi Cik Kam keja. Jadi untuk tunggu Cik Kam amik, kami jalan-jalan dulu kat 1Borneo Hypermall. Ala bukan jauh pun turun hotel je huhu. Breakfast la apa lagi. McDonald (huhu jb x de MCD)

Perjalanan kami bermula bersama Cik Kam;

Day 1 : “BUKIT BENDERA KOTA KINABALU”. Ingat Penang je ke ada bukit bendera. Sabah pun ada bah huhuhu Ni kira check point bagi orang di KK.. nak tengok permandangan bandar Kota Kinabalu dari atas bukit.. sambil menghirup udara segar.. tempat nie mmg sesuai utk para pelancong mengambil gambar dan berehat sebentar...

cantikkan permandangan dr atas ni

 

Lepas posing sakan.. kami teruskan ronda “PASAR KRAFTANGAN” yang sangat famous amos. Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Tapi kami x beli apa just jalan-jalan je. Baru 1st day jadi tengok2 dulu mana yang berkenan.


Pastinya rambang mata melihat segala jenis cenderahati. Pastinya ada sesuatu yang menarik untuk setiap pengunjung yang singgah di sini.

Tip : Paling penting apabila berkunjung ke pasar ini, jangan lupa untuk tawar menawar semasa membeli. Kena pandai membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu. Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.

Dah puas belek-belek kami teruskan perjalanan ke “Jesselton Point Waterfront”. Kami singgah kat sini just nak tengok harga tiket n nak booking untuk esk. Nama asalnya Terminal Ferri Kota Kinabalu sebelum dikenali sebagai Jesselton Point Waterfront setelah penswastaannya pada Februari 2006.


Jeselton Point merupakan jeti utk bot2 ke Taman Tunku Abdul Rahman dan pulau2 berdekatan bandaraya KK. Kalau ingin ke Labuan, juga blh menaiki bot dr jeti ini. Sempatla kami amik gambar. Tiket tu boleh beli esok je masa nak naik. Jadi eskla kami datang ye.

Oh perut dah berbunyi.. Apa lagi cari makan la. “GRACE POINT SEMBULAN” Kat sinila berlakunya “Tragedi Double Six”. Tempat ni ada sejarahnya. (Lain episodla kita creta k).

SUTERA HARBOUR GOLF & COUNTRY CLUB

Haha kaya sangat la kan nak tido sini. Just curi-curi masuk muahaha. Siap posing2. Kalau kat JB ala-ala Puteri Harbour. 















 















KEPAH BAKAR DAN AIR KELAPA BAKAR

Selalunya orang yang datang ke sini nak melancong... diorang akan singgah tempat yang diorang rasakan unik.. kat sini juga agak uniknya dimana dapat rasa keenakan rasa KEPAH bakar dan Air Kelapa bakar atau sejuk yang terbaik terletak berdekatan dengan politeknik kota kinabalu dan terletak di sepanjang bahu jalan on the way ke tuaran dari poli kk..... Kami just minum air kelapa sejuk. Try 1 puding kelapa tapi tak habis pun sebab x biasa makan.


PASAR MALAM FILIPINO

Pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipino). Macam-macam gak barangan kat sini. Lebih kurang sama je dengan Pasar Kraftangan tapi harganya agak murah sedikit. Kat sini kami borong T-Shirt dan brooch. Lepas tawar menawar uncle tu bagi kami RM20 sehelai bagi dewasa RM15 bagi kanak-kanak. Brooch pulak 12pcs dapatla harga RM 50 - 60. 



TIP : Ni pun kena tawar menawar. Kami pusing semua sorang uncle ni je yang boleh kurang. Yang lain paling murah T-shirt RM23 sehelai.

PERDANA PARK, TANJUNG ARU

Kalau di semenanjung macam kat KLCC. Masuk RM1.00 bagi satu kenderaan. Tempat ini sesuai untuk riadah seisi keluarga. Terdapat kawasan jogging track yang agak luas, tempat permainan kanak-kanak dan yang paling jadi tumpuan ialah Water Fountain yang berirama.


GERAI MAKANAN LAUT 
Seafood ni mmg sgt terkenal di Sabah..sapa ke sana kalau tak pekena seafood mmg rugi sgt larrr..dengan Fresh fish, prawns, crabs, lobsters, scallops, clams, oysters, all at cheap price! Tapi untuk malam pertama kami just ratah kepak ayam. Kat Jb memang ada tapi x sama dengan ayam kat Sabah ni. Dia makan bersama kuah kicap. Dia orang panggil sayap.

Day 2 : Bangun pagi2 Cik Kam kata 7 dah ada kat bwh. Breakfast dulu kat Fook Yuen Restoran (Halal Kopithiam).

Sebelum ke pulau kami singgah “GAYA STREET (SUNDAY MARKET)”. Pasar ni hanya buka pada hari AHAD dr jam 6.30am -1.00pm. Macam-macam gak ada kat sini. Lebih kurang sama je dengan Pasar Philippine yang kami pergi malam tu. Ada je la benda kami nak beli huhuhu. Beli sikit souvenir buat rakan-rakan dan keluarga..


Meneruskan perjalana kat Jeti. “JESSELTON POINT” Nak beli tiket ke pulau. Pilih punya pilih akhirnya kami pilih PULAU MANUKAN & PULAU MANUTIK. Dan lagi best kami ni ada ala-ala student x sebab kami dapat harga student. RM28.50 + Mask RM 5.00 + Jaket RM 5.00. Tu pun sebab kami bawak adik Ida. Kredit untuk adik Ida yang bantu kami dapat harga tu huhu.



PULAU - (MANUKAN DAN MANUTIK)

Pulau Manukan


Today was Island day!! kitaorg dah siap2 booking boat untuk ke Manukan Island ni. Perjalanan mengambil masa 20min kalau bot ni tak merempit mungkin 30min kot. Nak masuk ni kena bayar RM3.00..ni tak termasuk dalam package tu..bayar terus kat sini tapi boleh guna untuk 2 pulau sekali.

Kat pulau ni dalam 2 jam la. Tunggu bot datang balik kami bagila ikan-ikan makan. Seronok tengok dia datang kat kita. Cantik-cantik ikan-ikan tu. Betulla Nemo tu ada huhuhu


Mandi n posing2. Dapat pulak mamat sabah yang sanggup melayan kami. Pose, dia amikkan gambar. huhuhuhu

Pulau Manutik



Ramai gila orang kat sini. Salah pilih la kami. Ada pelancong dari korea ke jepun tah. Tapi puas gakla kami snorkeling kat sini. Main-main dengan ikan. Sunshine yang x tau berenang pun jadi suka n nak try lagi inikan pula sesape yang memang suka n pandai berenang. Overall..sgt2 ohsem.. beautiful beach

Suria mall

Lapor dah… apa lagi cari makan la.. Kami makan kat Suria Mall. Punya la laporkan selepas berenang. Cari nasi dan pilihannya Chicken Rice Shop.

PANTAI TANJUNG ARU”

Siapa peminat jeruk atau buah-buahan, tempat paling best kalau nak beli ni di area Kota Kinabalu, anda boleh singgah ke pantai Tanjung Aru. Kat sana banyak pilihan jeruk dan buah-buahan. Anda boleh beli dengan harga serendah RM1.00. Antara buah-buahan yang available adalah..... jambu, jambu air, mangga, kedondong, nanas dan lain-lain lagi. 
 

Selain tu ada juga air tebu segar (RM1.50 secawan), kacang tanah dan jagung rebus. Ada juga jual kerepek ubi dan pisang. Gerai-gerai ni buka setiap hari dan hari Sabtu & Ahad adalah waktu yang meriah sekali.

Kami datang hari ahad. Ramai betul orang. Parking pun tepi2 jalan je dah x boleh masuk parking. Pastu ada live band. Memang happeningla…

Kami kembali semula ke Pasar Kraftangan untuk memborong ikan masin, udang, keropk amplang & kuih cincin. Belila sorang sikit buah tangan untuk sanak saudara hahaha. Yeye je kan.
 

Balik bilik .. kemas barang2 yg kami beli…Mandi…. Makan malam (KFC) huhuhu……..Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Sunshine : To be continue  

Wednesday 23 October 2013

Marathon 19.10.2013


Assalammualaikum w.b.t

Rasenya dah lama Sunshine tinggalkan aktiviti sukan. Lebih-lebih lagi sukan jarak jauh ni. Berbelas tahun ada rasenya. Entah macamana tergerak hati nak join BSN PUTRAJAYA NIGHT MARATHON. Lebih teruja sebab nak berlari di waktu malam. Agak jarang larian malam ni. Orang kata kalau malam kita memerlukan tenaga yang lebih.

Adik Sunshine yang agak aktifla join larian ni. Kiranya kalau tak de dia tak mungkin Sunshine join. Untuk percubaan dan pengalaman pertama, Sunshine berminat tu join lagi haha. Lama dah kami registered untuk join larian ni. Ada dalam 3 ke 4 bulan. Mulanya plan Sunshine, My BBF & My SIL join untuk kategori 5 KM & My Brother untuk 10 KM. Tapi disebabkan masalah teknikal Sunshine & adik jela lari. BFF & SIL hanya berjalan. Tapi untuk kategori 5 KM ni asal dapat tamatkan larian kami akan terima medal dan sijil.

Sunshine ni excited lebih…tapi x de persediaan pun. Adalah training 1 hari hahaha.  Lepas maghrib kami dah berkumpul kat tempat larian. Untuk 10 KM bermula 8.30pm. 5 KM bermula 9.00pm. 

Tak cantik tulisan tu :(
Semangatkan… siap conteng muka lagi. Tengah-tengah tunggu giliran kami, hujan turun. Hujan halus tapi lebat gakla. Marathon ni for FUN. Jadi macam-macam gaya la. Ada yang bawak payung…pakai baju hujan.. ada pakai baju ala-ala super hero, ada gak masuk kategori family (suami + isteri + anak) Seronok tengok mereka. Adik2 tu lebih semangat dari Sunshine.

Mula tu lari gakla.. bila dah buat pusingan di tambah dengan minum air yang diberi kat check point. Sunshine pun pancitla… jalan lengang-lengang kangkung. Bila nampak je orang ramai lari… Sunshine lari lagi…. pastu berenti lagi… lari lagi sampaila garisan penamat.


Sy berjaya huhu
Satu pengalaman yang sangat menarik untuk Sunshine. Pertama kali menyertai marathon dan dapat habiskannya dengan catatan masa yang agak memberangsangkan. Paling penting, catatan masa tu adalah rekod peribadi Sunshine. Kredit kat diri sendiri coz Sunshine mampu habiskan 5 KM dalam masa 48:04.70. Sampai-sampai urusetia dah tunggu untuk bagi medal + sijil + makanan + air.  Satu kejayaan peribadi tercapai. INSYAALLAH ada peluang Sunsine nak join lg.

Kami berjaya !!!
Silap Sunshine sampai-sampai terus duduk. Akibatnya Sunshine jalan macam orang lepas pantang. Hahaha. Nasibla 2 hari dah ok.


Ini la medalnya..
Sunshine : Mencuba tu lebih baik. Kita tak tau apa kita suka selagi kita tak cuba.

Wednesday 16 October 2013

Wordless Wednesday #3 : Princess




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Wednesday 9 October 2013

APA KHABAR? SIHAT?

Assalammualaikum w.b.t




APA KHABAR? Kaku dan bisu!!!!! Kalimat itu terasa kaku sekali. Seharusnya boleh saje jika kita bertanya khabar antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang kita tidak bersua muka dalam jarak yang hampir bertahun. RINDU? Tentu saje seperti senja yang masih ranum, masih saje indah, masih saje istimewa yang masih menyediakan ruang untuk kita berborak tentang mimpi – mimpi kita.

Memulakan bicara seakan ganjal… asing.. Apapun keadaannya aku tumpang bahagia atas semua kebahagian yang kau miliki. Apapun mimpimu doa aku sentiasa mengiringi. 

SiHAT? Ah kalimah ini juga masih saje terasa kaku mungkin kerana hati kita yang berubah beku. Entah sejak bila luka itu bermula tanpa ada alasan yang boleh kita bagi. 

Tak boleh ke kita seperti dulu??? Seperti orang lain. Seperti angka 11. Kau tetap no dan aku yang tetap tak berubah menjadi satu. Seharusnya kita tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain. Malah bisa sama-sama berkongsi dan melewati senja bersama.  Bercerita tentang kebahagian masing-masing. Berkongsi suka duka dalam kita mencari bahagia cara kita.

Bukan ke kita masih dalam ukhwah yang sama… lantas kenapa hati kita harus menjadi jauh… hanya kerana jalan kita sedikit berbeda?

Entahla… mana silap nya. Kesunyian… kebekuan kita membuat hati kita berubah menjadi jarak jauh sekali, berbulan, bahkan bertahun hingga kita sama-sama berubah menjadi sunyi. KAU tahu? Aku masih tetap menyimpan tentang semua dalam diam.

Sunshine : Apapun jalan hidup kita.. seharusnya KAU dan AKU tidak perlu pergi jauh. Apapun semoga ALLAH sentiasa lindung AKU dan KAU dalam redha dan rahmat-NYA. Amin