Nuffnang Ads

Thursday 13 December 2012

Cinema - Sepah The Movie

Assalammualaikum w.b.t

Orang kata 12/12/12 tarikh yang cantik... Jadi tarikh yang cantik nila Sunshine nak jalan2 dengan anak buah. Sunshine bukan la pengkritik atau pun promote cerita Sepah The Movie ni. Just nak share aktiviti Sunshine bersama anak2 buah Sunshine (Ellis, Damia & Kimi) x lupa adik Sunshine Cik Cahaya : http://kehidupankusyurgakukebahagianku.blogspot.com/     

Gelap la gambar ni
Excitednya anak2 buah Sunshine... Sunshine just inform petang nak g tengok movie... pkl 4 call ingat nak suruh siap rupanya awal2 dah bersiap nak g... Nenek dia orang cakap semua x tido sebab takut kena tinggal.
 

Sampai2 kami g beli tiket & pop corn dulu. (Nak parking je dah amik masa, budak2 ni dah sure x sabar :) ). Lama gakla nak tunggu sbb pukul 5.00pm kami dah sampai.. movie pukul 5.30pm. Tunggu adik Sunshine macam2 la soalan anak buah yang kena Sunshine jawab.

 Anak-anak sekarang mmg BIJAK!!!
 

Okla creta ni untuk filem kelakar. Sebut je Sepah budak kenal. Sama2 x mengantuk... ENJOY. Mula plan nak tgk creta kartun tapi pikir balik kalau bosan nanti Sunshine pulak yang tido. Jadi adil tengok creta yang sama2 boleh gelak.




Habis je movie ingat nak jalan2 lagi. Yela bila masa dapat kluar macam ni. Plan nak g makan aiskrim la.. nak pegi Danga Bay la... Tapi masing2 dah  penat. naik je keta x sampai mana dah zzzzzzzzzzzzzzzzz. x pela ada masa kita jalan lagi k. 



NOTE : Kalau Sunshine ada "TOYOTA WISH" kan best huhuhu… Boleh Sunshine bawa semua anak buah Sunshine… Ada rezeki nanti - Amin (nape WISH bukan ke "BAS" pun boleh huhuhu) sambil tangan kat bahu mata ke atas huhuhu



Monday 3 December 2012

Birthday Eisya

Assalammualaikum w.b.t

Happy Birthday To You....
         Happy Birthday To You....
                     Happy Birthday To Eisya.... 
                             Happy Birthday to You...... 

Besday Eisya 19/11 tapi kami baru berkesempatan menyambutnya 02/12 yang lalu.. 




Besday Eisya ke besday Harraz ni????? Apapun gembiranya anak2 ini :)

 NOTE : Semoga menjadi anak yang solehan - Amin

Thursday 22 November 2012

Cuti

Assalammualaikum w.b.t

Tajuk macam best jekan....7/11/12 ada sepupu kawin kat Dewan Pandan Indah, Cheras KL. Macam dah lama x jalan kawasan ni. 10 tahun dulu kat sini ni Sunshine selalu lalu lalang. Dulu Sunshine blaja kat Kolej Yayasan Pelajaran Mara sekarang dikenali dengan nama Kolej Poly Tech Mara. Banyak benda Sunshine belajar dari masa duduk kat KL tapi biarla ianya semua tinggal kenangan.  Orang kata yang baik jadikan tauladan yg buruk jadi sempadan. (ish betul ke peribahasa ni)

Ish x yahla creta benda2 yg tggl kenangan... :). Yang penting kami datang kl yg tujuan utama hadirkan diri untuk majlis sepupu tu. Walau kami x rapat kehadiran saudara mara mampu buat pengantin happy. Yela sape x sukakan orang ramai datang majlis bersejarah kita. 

Habis majlis kami teruskan perjalanan ke Jalan TAR... adik Sunshine nak cari barang untuk majlis dia. Tanpa sedar Sunshine terjebak.... hahaha ayat TERJEBAK... untuk hbskan duit dgn membeli kain ela... 

Sebelum balik JB, kami x lepas peluang singgah IKEA...


Sweetkan.... :)
Walau x de apapun yg kami beli, just g sbb nak makan hahaha (patutla Sunshine dah gemuk... makan je)

Meatball
  Inila serba sedikit menu2 istimewa kat Ikea.. kalau di beri pilihan semua Sunshine nak makan hahaha


Fish & Chip
Chicken Wing
Hazelnut Cake
























                                      Banyak2 Sunshine suka meatball & cake tu.... Dannnnnnnnnnnnnnnnn kami pun berangkat pulang setelah puas ronda dan belek semua barang kat IKEA..... Nanti kami datang lagi ye..... Bye...
                                       

 
NOTE : Saat paling bahagia bila kita habiskan masa bersama-sama orang tersayang - Luv U All

Thursday 15 November 2012

Awal Muharram 2012/1434H (Maal Hijrah)

Assalammualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah buat semua.....  Tahun baru datang lagi.. Alhamdullillah masih di beri kesempatan untuk memperbaiki & merasai nikmat hidup. Apakah makna HIJRAH kita... ???? Apapun niat kita, semoga hari2 mendatang lebih mendekat kita dengan ALLAH.

 Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan 
Oleh Itu Mari Semua
 Kita Sambut Maal Hijrah
 Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
 Untuk Sepanjang Zaman
          
NOTE : Semoga kita dilimpahi kebahagiaan, keberkatan, keredhaan dan rahmatNYA - Amin


Wednesday 31 October 2012

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


Assalammualaikum w.b.t

Mood Amani tengah baik ni... (Before Cucur Jambul)
Wah!!! diam x diam dah habis pantang 'MAK' Amani :) . Semakin membesar anak buah aunty ni. Makin sayang aunty pada Amani. Buat mak Amani jangan marah ye x sayang nun sangat huhuhu. 

Alhamdulillah pada 27 October 2012 yang lalu kami meraikan "Majlis Aqiqah & Cukur Jambul" Amani. Dah botak Amani tapi tetap comel.

Amani yang bolatttt

Semua berjalan dengan lancar. Terima kasih semua yang hadir terutama yang kerah tenaga huhuhu. 


NOTE : Melihat Amani semakin membesar :).




Thursday 11 October 2012

Bahagia...

Assalammualaikum w.b.t

Lama dah Sunshine x update blog ni... banyak benda berlaku dalam sebulan ni... apapun yang berlaku, sedar atau x sedar Sunshine tetap bahagia... Jujur ke Sunshine dengan perkataan BAHAGIA tu... INSYAALLAH... ALLAH beri Sunshine kekuatan untuk sentiasa IKHLAS dalam setiap yang Sunshine lakukan dan perkatakan yang keluar dari bibir ini. Semoga "Jiwa yang tenteram... Fikiran yang tenang...dan Kemurniaan hati" senantiasa ALLAH berikan untuk Sunshine.

Untuk terus bahagia kita perlu bahagiakan orang lain... Tapi kuat ke Sunshine untuk sentiasa tersenyum dan sorok setiap kedukaan tu... Doakan semuanya kembali tenang... setiap yang datang dan pergi ada hikmah-NYA...Amin


NOTE : Sunshine.. jangan pernah mengalah sayang!! 

Monday 10 September 2012

Princess


Assalammualaikum w.b.t

Welcome!! Selamat datang Amani sayang, kedunia baru. Semoga kehadiran Amani lebih sinar dalam hidup kami. 

Ni anak sedara Sunshine. Kira ni 1st anak buah Sunshine dari keluarga kami. Anak adik Sunshine Puan Huda & Encik Hisam. Lahir 04th September 2012. Nama si comel ni, "Nur Hadhira Amani Mohd Hisam" Gerammmmmmmmmmmnnnnnyyyyyaaaaaaaa. Comelkan????  

Happy sangat2.... Lebih happy tentula mama & papa dia. 

Amani br lahir... muah


 Erm Cak!!! Amani senyum sikit muah


NOTE : Amani kesayangan & kebahagiaan kami. Semoga Amani jadi anak yg solehah.

Wednesday 22 August 2012

Aidilfitri 1433H

Assalammualaikum w.b.t



Masih sempatkan Sunshine nak ucap “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!” Semoga kita akan terus dilimpahi rahmat & kasihNYA.

Raya tahun ni kami sambut ala kadar je. (Tgk baju pun recycle.. konon) huhuhu. Maklumla seminggu raya kami akan dpt keluarga baru… Satu2nya adik lelaki Sunshine akan mendirikan masjid. Jadi raya ni kira kami x la beria sangat sebab sebuk utk majlis adik. Kira beraya sambil edarkan kad jemputan.

Lepas solat raya kami sekeluarga bermaaf-maafan. Semoga walau apapun dugaanNYA, tetap bersama dalam satu keluarga. Susah senang bersama… suka duka bersama… AMIN.

Ni gambar kami sekeluarga…

Nampak purple kan kami


Sunshine copy dr fb dia huhu
Oopppsss adik Sunshine (Puan Huda & Encik Hisam) x de bersama. Mereka beraya di Melaka. Tahun pertama Nun beraya bersama suami. Apapun doa kami sentiasa bersama. Orang kata jauh dimata dekat dihati. 

Ni keluarga kami... x dela besar mana... Alhamdulillah masih ada kesempatan beraya bersama. 

Keluarga besar kami !!


Raya Kedua

Kami pulang ke kampung (Pulai Sebatang). Tengokla anak2 buah Sunshine... anak bandar teruja sangat2 naik umah yang ada tangga... Berebut nak naik... siap posing.

Love u all !!!!!

NOTE : INSYAALLAH, Aidilfitri tahun depan keluarga kami makin besar. AMIN



Friday 20 July 2012

Ramadhan 1433H

Assalammualaikum w.b.t

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan dan keistimewaan Ramadan

1.  Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah 
(puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus dan sebagainya)

2.  Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.

3.  Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya 
serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.

4.  Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

5.  Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.

6.  Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7.  Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.

8.  Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. 
 Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu,
 dan amalan fardu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.

 NOTE : Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dari sebelumnya. Diberi keberkatan, keredhaan & rahmat dari ALLAH.






Sunday 15 July 2012

Baju Kurung

Assalammualaikum w.b.t

 Ok x baju ni? Macam besar sikit.... Macam x kemas sangat.... Tangan tu macam panjang sangat.... Kain (fesyen dia) tu macam tak sesuai la dengan baju kurung... hahahaha apapun kredit kat diri sendiri sebab ni BAJU KURUNG PERTAMA hasil tangan Sunshine muahahaha

Made by Sunshine


NOTE : Sunshine akan usaha lebih gigih lagi untuk siapkan kebaya untuk diri sendiri

Monday 9 July 2012

Burger King (Part 2)

Assalammualaikum w.b.t

Cuti hujung minggu yang lepas Sunshine 1 family kluar jalan2, nak jadikan creta kami g la makan kat burger king menggunakan kupon yang Sunshine upload kat entry : 

http://mind-sunshine-mine.blogspot.com/2012/06/burger-king.html

X tau nak makan apa kami pilih jela mana yang macam best !!

Inila pilihan kami

Ini Sunshine punya



















Kuatnya dia makan...muahaha


NOTE : Huhu dapat gak kami makan burger ni.... Cian Wan... lain kali kita g ye Wan... (Amik hati Wan yang kena tinggal huhu)



Tuesday 26 June 2012

Burger King

Assalammualaikum w.b.t



Tentunya ni pun Sunshine suka huhuhu... Ni adik Sunshine yg beli... dengan harga RM29.90 kita boleh makan Burger King dengan harga yang berpatutan beberapa kali huhuhu.. 

 
NOTE :Puan Huda tolongla jangan la umpan Sunhine dengan benda-benda mcm ni.Muahaha

Tuesday 19 June 2012

1234

Assalammualaikum w.b.t






Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Note : Jangan manis terus ditelan, Pahit terus dibuang... itu bidalan

Friday 8 June 2012

SEMPURNAKAN SUJUDMU


Assalammualaikum w.b.t

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

”Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)”
 
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


 Nota : Semoga Sunshine mampu laksanakan sujud yang sempurna.

Friday 1 June 2012

Antara Rasa & Kata; Ada Rahsia

Assalammualaikum w.b.t

Tidak semua yang lahir dari hati dapat diluahkan dengan kata-kata. Malah ANTARA RASE & KATA, ADA RAHSIA . Kadang-kadang hati menerima tapi fikiran menolak. Tapi dalam satu situasi yang lain fikiran menerima hati menolak. Apapun yang berlaku ALLAH lebih tau mana yang terbaik untuk SUNSHINE.
 
Inilah takdir. Takdir yang Sunshine kena tadbir sebaik mungkin, seredha mungkin, sesyukur mungkin. Menunaikan amanah untuk mentadbirkan takdir sangat indah nikmatnya.

MAMPUKAH Sunshine... ?????



Note : Semoga Sunshine adalah manusia yang ikhlas dalam melaksanakan amanah, redha dalam menerima ketentuan ALLAH dan bersyukur atas segala nikmatNYA. 

Monday 21 May 2012

Birthday En.Bakar

Assalammualaikum w.b.t

Ni Encik Abu Bakar Bin Embok Taha bersama anaknya huhuhu.



Hari ni ulang tahun kelahiran Encik Bakar. Wah meningkat lagi umur tapi Encik Bakar still maintain. kihkih

"Panjang umurnya..Panjang umurnya.. Panjang umurnya serta mulia..serta muliaaaaaaaaa..."

Semoga Encik Bakar di beri kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala tanggungjawab dengan sempurna. DAN apapun yang Encik Bakar impikan dan hajati akan dimakbulkan ALLAH. Amin


Kami sekeluarga x de la buat celebration besar-besaran. Memandangkan semalam semua cuti, kami pergi makan NASI AYAM BASIR yang terletak di TAMAN SAUJANA, Tiram. Ramai orang cakap Nasi Ayam Basir ni sedap. Walau kena tunggu hampir 1 jam tapi kami puas hati sebab abah cakap SEDAP... Kira celebration yang x seberapa ni tetap gembirakan abah kira okay la kan....  

Lepas semua dah kenyang kami ops salah SUNSHINE yang ada tahi lalat kat kaki confirm x nak balik terus huhu. Semua layankan la SUNSHINE untuk teruskan perjalanan ke Danga City Mall. Tak de apapun nak beli just jalan-jalan cuci mata. 

Malam kira 2nd celebration, SATE & ABC... dan yang paling happy sbb SURPRISE PRESENT yang memang abah nampak teruja.


Note : Semoga kebahagiaan ini berkekalan dunia akhirat.

Friday 18 May 2012

Senyum


Assalammualaikum w.b.t

Senyum
 
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada ALLAH. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kamu tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasullulah salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya”.

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulilah sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar Bin Khattab walaupun jawatannya Khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum, mukanya berseri.

Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasullulah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. 

Sedekah yg paling mudah
Note : Senyummmmmmmmmmmmmm!!!

Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum w.b.t

"Siapa yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. "Ibu kamu," jawab Nabi. "Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi. "Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi. "Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. "Dan selepas itu?" "Selepas itu ayah kamu." - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim.

Selamat Hari Ibu buat Bonda Tersayang .. Puan Mariamah Ahmad @ Cik Intan. Semoga Cik Intan tetap tabah melayan kami anak2 yang sentiasa menguji kesabaran. Doa dari kami anak2 'Semoga mak mendapat kebahagiaan dunia & akhirat' Sesungguhnya kami tidak akan pernah mampu membalas jasa baik mak. 
 
Tiba2 rase muka kami mcm ada iras...sure ni mak sy kan huhu
Note : Satu perkara mak jarang dengar “Naz sayang mak muaahhhhhhhhhhhhhh”

Thursday 10 May 2012

Birthday Cik Ekin

Assalammualaikum w.b.t

030512 - Ada apa dengan date ni... Something special huhuhu... Birthday adik Sunshine.. Cik Ekin.. 


Make a wish
 " Selamat Ulang Tahun...
       Selamat Ulang Tahun...
                      Selamat Ulang Tahun Shikin...
                    Selamat Ulang Tahun.... " 

(Tepukla tangan huhuhu - Semoga apapun harapan shikin kami sentiasa doakan yang terbaik.) 

Actually besday shikin jatuh hari khamis tapi disebabkan hari bekerja x de la celebration tp Cik Intan yang baik hati tetap masakkan pulut kuning. TQ Cik Intan (Sunshine pun dapat makan, nyum nyum).Sabtu malam Hisam @ adik ipar dengan murah hati nak belanja kami makan.

Kami makan kat SENIBONG - Nasi Lemak Senibong ni memang famous. Ramai betul orang malam minggu la katakan. Tapi 1 benda agak kecewa, service dia cukup slow. Agak 1 jam gakla baru dapat order.


Ni je hadiah kami buat Ekin. Semoga Shikin Happy.... 

Sukala tu huhu

 
NOTE : Ingatan adalah hadiah yang tidak ternilai...






Kupon

Assalammualaikum w.b.t

Sunshine memang sukakan benda2 ni... "FAST FOOD" huhu


Sape nak makan nasi blh makan ni...

Share ber DUA hihi

Tryla yg NEW

Yg suka ni blh dpt free...

Burger King ok gak

 
Ni pun blh makan berdua..
















Kupon ni kawan Sunshine yang forwardkan. Maybe dia tau Sunshine memang suka FAST FOOD & MURAH ... huhu "murah ke! mahal ke!" kalau kita belikan orang tersayang, apala sangat KAN!!! Bagi yg menerima pasti rase gembira. 



NOTE : JOM LAH APA LAGI !!!!



Sunday 6 May 2012

Kalau Nak!!!

Assalamualaikum w.b.t

Last Monday 300412 Sunshine cuti sempena malas nak g keja + 1 may 2012 Cuti Hari Buruh huhuhu. Kiranya Sunshine cuti terusla AHAD – SELASA. 

Sunshine still bangun pagi2 walau x kerja dengan semangat lain hihi. Sunshine nak g buat PASSPORT. Dah lama dah nak buat passport ni tapi x berkesempatan akhirnya 300412 Cik Sunshine telah memiliki passport yang x tau la untuk apa dia buat. (Setakat nak g Singapore) 

Dan lebih rase semangat SUNSHINE pergi 3 destinasi untuk dapat kan passport ni. (Mencabar la kononnya.. nak seribu daya x nak seribu dalih)

1)      Destinasi Pertama - WISMA PERSEKUTUAN dengan harapan x ramai org. YES Sunshine berjaya dapat tempat terawal sampai kat sana. TAPI... huhu “Cik kalau nak buat kat sini seminggu baru dapat, sbb tu x ramai org dtg sini. Kalau nak cepat Cik pergi Pekan Rabu atau Setia Tropika” kata abg hensem @ pegawai imegresen.

2)      Destina Kedua – PEKAN RABU wah okla ni paling dekat n destinasi pertama tadi. Ramai betul org. Nasibla ada org keluar dapatla kami parking. Datang seorang pakcik @ pakcik guard “ Dik no dah habis, adik g Setia Tropika ye, tau x jalan g sana” Hati yang bersemangat x pernah putus asa kihkih

3)      Destinasi Ketiga – SETIA TROPIKA Cik Ina (BFF Sunshine) terus dgn rase x berapa nak malu call kawan dia yg keja kat imegresen tu. Sampai je, Cik Hooda terus bwk kami jumpa kwn dia dan pass semua document kami. “Datang lagi 1 jam ye” Actually ingat x nak susahkan org nak usaha sendiri tapi akhirnya kami terpaksa gak mintak tolong kawan Cik Ina coz jam dah pkl 9.50am. 

* Betul ayat ni : kadang2 kita perlukan org lain utk tolong kita bukan amik kesempatan tp hidup mmg memerlukan org lain hihihi. Dan akhirnya kami dapat passport YAHOOOOO!!!!!!

YAHOOO!!!!
Sunshine & Cik Ina tetap meneruskan niat kami nak masuk SINGAPORE walau dah tghari. (Ala bukan g mana pun just nak gak gunakan passport yg baru ni )

Memang teruja sgt2 bg Sunshine yg x pernah masuk SINGAPORE (masa kecik pernah la tu pun passport atas nama abah. Yela masa tu mana tau apa2). Agak JAKUN gakla kihkih... Nak naik bus yg rasenya bukan setakat g singpore dalam JB pun dah lama sunshine x naik bus (sejak2 ada keta ni bukan berlagak ye dah ada rezeki) 

Malu gakla sbb x tau mcmana nak naik bus dr jb + check passport + naik bus blk + isi form + cop passport (disoal dgn mamat hensen yg rasenya tau SUNSHINE ni 1st time dtg Siangpore) + naik MRT (15 Stesen) and sampaila ORCHARD

Sampai2 sana kami makan Ice Cream dulu sbb Cik Ina cakap Ice Cream kat sini pelik sikit n murah $1 je. Ye mmg ramai org beli dan lagi seronok sbb boleh je beli n lepak kat tepi tu. (Kalau kat MALAYSIA x hengin nak bertenggek atas batu tu sbb dah macam org INDON) huhuhu. Tula kan kat negara sendiri malu kat negara org relex je.  

Sempat gak snap beberapa photo untuk kenangan. 

Unik kan :)

Mahal la brg kat sini :(
Kami terus g cari jam sebagai Besday present adik Sunhine 
http://kehidupankusyurgakukebahagianku.blogspot.com/ 

Dah lama dia nak jam ni

Pastu teman Cik Ina cari perfume. 

INSYAALLAH .. ada masa & rezeki kami akan datang lagi. Kali ni nak bwk kwn2 n adik Sunshine. Kesian dia kan x g lg sedangkan dia dulu ada passport huhu. 

Note : Jauh perjalanan luas permandangan. Setiap perjalanan byk benda kita blh belajar.