Nuffnang Ads

Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts

Sunday, 8 October 2017

Outing with "Istimewa"

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni Sunshine kluar dating.... Dengan sape.... Surprise....  Sure la dengan istimewa. Minggu depan pass Legoland kami tamat.



 Jadi Sunshine amik kesempatan ni  keluar berdua. Amani tau jela. Tak boleh kalau tau memang nak amik dia dari taska awal. Hati tak keruan huhuhu.

Dalam pukul 2.3opm Sunshine sampai Taska... apa lagi bebel2 la dia. Nape lambat? Lain kali cepat tau sebab nanti cikgu suruh Ani tido. Hahaha

Ala cuaca tak berapa nak elok. Gerimis dah turun. Dalam kereta ani dah risau hujan. Dia siap cakap ani tau tempat baru yang tak jauh jalan. Pandai pulak la, dia pulak yang tunjuk jalan. 



Sampai-sampai 
Ani : "Aunty nak makan dulu ke nak jalan dulu" aduhai la anak... 
Aunty : Kita jalan dulula.. kan tadi Ani dah makan kat taska.
Ani : ok la.. nanti nak balik baru makan

Ni muka bengang. Sebab adik tu tersalah punch.. punch Sunshine punya pass dulu. Jadi Ani tersangkut. 

Geram je... Payung tu dia yg nak bawak. Sediakan payung sebelum hujan
 Amani dah macam pemandu pelancong. Macam Sunshine tak pernah pergi. Semua kami naik,  kecuali yang dia takut. Alasan dia,mainan tu semua tak best.. Ani pernah naik. Tak payah la aunty. 😉

Permainan yang paling excited Amani nak tunjuk. U all rase apa... naik cawan yang pusing-pusing tu je. hahaha. Dah lama dah dia nak sangat naik cawan tu. Dari 2 tahun lepas kami buat pass. Da renew tapi nila benda yang tak masuk akal yang Sunshine rase nak marah. Kat fun fair.. kat Hello Kitty.. Kat mana2 Theme Park naik cawan ni biasa je. Tapi untuk Legoland Amani tak cukup tinggi untuk naik. Amani pergi Disneyland Hong Kong pun dia boleh naik. Manala budak tu tak excited bila dalam bape bulan ni dia da boleh naik. Dan ni yang excited ajak Sunshine naik.

Cawan - Main la puas2 
Ni naik keretapi budak. 
 Amani ajak Sunshine cuba semua benda. Main puas-puas sayang. Entah bila kita datang lagi. 

ni memang tiap kali pergi nak amik gambar

Keretapi
6.00pm.. Baru rase penat. Kita balikla Aunty dah petang. Tapi kita singgah makan ayam dulu ye. Ada kedai ayam sedap. Aunty tak pernah pegi. Kedai baru. Yeye la Amani. "Burget King" 😎

     
Tak amik semua gambar. In Shaa Allah ada rezeki kita datang lagi ye. 

Sunshine : Apa yang penting buat orang yang kita sayang happy... Have fun

Thursday, 21 April 2016

Princess III

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah bertambah anak sedara. Kejam pelik dah 5 anak buah Sunshine. Baru ni sempat nak update blog. Maaf ye puteri-puteri aunty.




Alhamdulillah, Ni Nur Aysh Raisha Binti Mohd Rezduan. Lahir 6 Januari 2016. Adam da jadi abang, abang akan jaga adik ye. Huhu





Ini adik Amani. Nur Hanisah Aleya Binti Mohd Hisam. 


Sunshine : Berharap yang terbaik untuk puteri-puteri aunty. Aamiin

Sunday, 11 October 2015

Princess II

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tambah sorang lagi anak buah Sunshine. Anak buah ni aktif sangat.. awal 10 hari dah tak sabar nak kluar. 041015, lahirla puteri kepada Alang & Shikin. Alhamdulillah baby & mummy sihat.

Genap tujuh hari puteri kesayangan di tahnikkan oleh Abang Edham dan diberi nama Mardhiyah Sofea Binti Masnawi. Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. 


Nota : Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah menjelaskan pengertian tahnik,
والتحنيك مضغ الشيء ووضعه في فم الصبي ودلك حنكه به يصنع ذلك بالصبي ليتمرن على الأكل ويقوى عليه وينبغي عند التحنيك أن يفتح فاه حتى ينزل جوفه وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء حلو وعسل النحل أولى من غيره
“Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/ memasukkannya ke mulut bayi lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulut. Hal ini dilakukan dengan tujuan agar bayi terlatihdengan makanan, juga untuk menguatkannya. Yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut (bayi tersebut) dibuka sehingga (sesuatu yang telah dikunyah) masuk ke dalam perutnya. Yang lebih utama, mentahnik dilakukan dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Kalau tidak ada kurma, bisa diganti dengan sesuatu yang manis. Tentunya madu lebih utama dari yang lainnya”.[1]

Amani dah ada adik. Sekarang dah panggil kakak ani. Hahaha. Okla baik.. penyayang la juga. Tak surela macamana adik dia nanti.

Sunshine : Semoga putera puteri aunty menjadi anak yang soleh & solehah. Berjaya dunia akhirat. Amin.

Wednesday, 19 November 2014

Ayam Atok @ KFC




Assalammualaikum w.b.t 
Wow!! Semangat Amani makan. Seronokkan tengok Amani makan. Dari hari jumaat dia cakap dengan Grandma dia nak makan ayam atok.

Pagi sabtu Sunshine pergi pasar tani. Amani tak habis-habis cakap nak makan ayam atok. Amani dah pandai mintak. Macam-macam permintaan dia. Amani punya pasal semua boleh huhuhu. Dia memang bijak. Sunshine cakap jap lagila kita makan ayam. Boleh dia cakap kat pasar mana ada ayam atok.

Tengokla gelagat dia makan. Dia makan seketul habis. Suka tengok dia makan.

 
Mula makan.
 
Penuh Gaya

Berselera


HABISSSSSS!!!!!


Sunshine : Bahagia Aunty tengok Amani happy.

Tuesday, 5 August 2014

Aqiqah



Assalammualaikum w.b.t


Adam nak masuk tiga bulan baru berkesempatan nak buat aqiqah. Sempena raya dan kesempatan yang ada Majlis Aqiqah ini kami adakan pada 030814. 


Abah & Ibu Adam plan nak buat kat umah grandma & grandpa. Sunshine memang suka kalau majlis ramai-ramai ni huhu. Anak lelaki 2 ekor kambing jadi abah dan ibu Adam plan buat kambing golek seekor masak beriani sekor. Bagus orang yang jual kambing tu siap boleh masakkan. Seekor masak beriani seekor buat golek. Kambing golek buat kambing biri-biri. Pakcik tu siap tunggu n potongkan kambing tu. 


Siang kami jamu kawan-kawan makan lagipun bulan syawal ni memang sesuai sangatla kunjungan kawan-kawan.

Malamnya ada kenduri doa selamat + marbahan. Alhamdulillah ramai gak yang hadir. Takut gak x de orang datang sebab awal raya lagikan. Masing-masing balik kampung. Adam dah cukur jambul. Jadi tak dela rambut nak cukur malam tu huhuhu.
 

Sunshine : Alhamdulilah semoga Adam jadi anak yang soleh ye sayang.

Tuesday, 26 March 2013

Demam

Assalammualaikum w.b.t

Kesiankan adik Amani... Amani demam. Amani yang selalu tersenyum, gelak & lincah tiba2 jadi seorang yang pendiam huhu. Tak de mood la kot. Amani nak tumbuh gigi agaknya.


Diam je... lembik :(

Tido la ye..

Sunshine : Semoga cepat sembuh ye sayang - Amin
   

Tuesday, 5 March 2013

Suatu Petang



Assalammualaikum w.b.t

Petang yang indah huhuhu.. Hari sabtu lepas Sunshine Off Day… Plan dengan adik nak bawak anak buah jalan-jalan. Wah ayat macam bestkan huhu. Dalam pukul 3 anak-anak buah dah siap. Cakap je nak jalan cepat je siap… (Siti, Akashah, Amar, Ellis & Kimi)

Destinasi pertama : Taman Bistari Indah.
Pergi amik Damia & Harraz. (Memang last week ada ckp nak bawak budak2 ni jalan2… tapi x de la cakap detail. Tup tup Mummy Damia boleh cakap “Betulla Mia cakap Sunshine & adik nak datang pukul 3 amik dia orang” hahaha budak2 imiginasi lebih)

Destinasi kedua : McDonald Taman Gaya
Boleh bayangkan tak… buka pintu keta berebut lari huhu.. Seronokkan tengok budak-budak happy. Terus je lari ke playground McD tu. Sunshine g la beratur nak order. Budak-budak “HAPPY MEAL” je yang penting mainan. Nak marah pun ada… dekat ½ jamla Sunshine jadi MAK PACAK kat depan kaunter tu, 4.20pm – 4.50pm. Datang sorang adik ni “kak x dapat lagi ke…” dengan mood yang swing sebab dah diri lama dapatla jawapan ni . “Akak ni tunggul je diri kat sini” x sampai 5 minit boleh pulak siap aduh… nila kalau cakap kata kita ni teruk… tapi bangsa lain ko boleh pulak layan elok je… 

Sebab Sunshine tau tunggu lama.. budak-budak tu Sunshine bagi makan aiskrim dulu tapi aiskrim dah habis x dapat lagi makanan… Kesiannnnnnnnnnnnnnnn.

McD

Destinasi Ketiga : Taman Permainan – Taman Bistari Indah
Puas kami jalan dari Taman Gaya, Taman Titiwangsa sampai balik ke Taman Bistari Indah. Ni jela taman permainan yang ok sikit. Tapi tu pun x berapa nak elok. Boleh jela dari x de nak layankan anak-anak buah ni.

 
yg paling sweet kanak2 yang atas sekali huhu
Akhirnya kami balik dengan riak wajah yang happy. Ada masa kita jalan-jalan lagi ye… Terima kasih gak untuk Alang + Ekin bagi guna keta untuk angkut semua anak buah ni.. Kalau harap “ Cik Siput “ x dapatla semua ikut.

Sunshine : INSYAALLAH ada rezeki.. ada masa kita jalan lagi. Semoga Sunshine tak pernah bezakan kalian dalam apa sekali pun. Buat Eisya, Qiha & Amani next time Sunshine bawak semua ye.
 

Thursday, 13 December 2012

Cinema - Sepah The Movie

Assalammualaikum w.b.t

Orang kata 12/12/12 tarikh yang cantik... Jadi tarikh yang cantik nila Sunshine nak jalan2 dengan anak buah. Sunshine bukan la pengkritik atau pun promote cerita Sepah The Movie ni. Just nak share aktiviti Sunshine bersama anak2 buah Sunshine (Ellis, Damia & Kimi) x lupa adik Sunshine Cik Cahaya : http://kehidupankusyurgakukebahagianku.blogspot.com/     

Gelap la gambar ni
Excitednya anak2 buah Sunshine... Sunshine just inform petang nak g tengok movie... pkl 4 call ingat nak suruh siap rupanya awal2 dah bersiap nak g... Nenek dia orang cakap semua x tido sebab takut kena tinggal.
 

Sampai2 kami g beli tiket & pop corn dulu. (Nak parking je dah amik masa, budak2 ni dah sure x sabar :) ). Lama gakla nak tunggu sbb pukul 5.00pm kami dah sampai.. movie pukul 5.30pm. Tunggu adik Sunshine macam2 la soalan anak buah yang kena Sunshine jawab.

 Anak-anak sekarang mmg BIJAK!!!
 

Okla creta ni untuk filem kelakar. Sebut je Sepah budak kenal. Sama2 x mengantuk... ENJOY. Mula plan nak tgk creta kartun tapi pikir balik kalau bosan nanti Sunshine pulak yang tido. Jadi adil tengok creta yang sama2 boleh gelak.




Habis je movie ingat nak jalan2 lagi. Yela bila masa dapat kluar macam ni. Plan nak g makan aiskrim la.. nak pegi Danga Bay la... Tapi masing2 dah  penat. naik je keta x sampai mana dah zzzzzzzzzzzzzzzzz. x pela ada masa kita jalan lagi k. 



NOTE : Kalau Sunshine ada "TOYOTA WISH" kan best huhuhu… Boleh Sunshine bawa semua anak buah Sunshine… Ada rezeki nanti - Amin (nape WISH bukan ke "BAS" pun boleh huhuhu) sambil tangan kat bahu mata ke atas huhuhu



Wednesday, 31 October 2012

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


Assalammualaikum w.b.t

Mood Amani tengah baik ni... (Before Cucur Jambul)
Wah!!! diam x diam dah habis pantang 'MAK' Amani :) . Semakin membesar anak buah aunty ni. Makin sayang aunty pada Amani. Buat mak Amani jangan marah ye x sayang nun sangat huhuhu. 

Alhamdulillah pada 27 October 2012 yang lalu kami meraikan "Majlis Aqiqah & Cukur Jambul" Amani. Dah botak Amani tapi tetap comel.

Amani yang bolatttt

Semua berjalan dengan lancar. Terima kasih semua yang hadir terutama yang kerah tenaga huhuhu. 


NOTE : Melihat Amani semakin membesar :).




Monday, 10 September 2012

Princess


Assalammualaikum w.b.t

Welcome!! Selamat datang Amani sayang, kedunia baru. Semoga kehadiran Amani lebih sinar dalam hidup kami. 

Ni anak sedara Sunshine. Kira ni 1st anak buah Sunshine dari keluarga kami. Anak adik Sunshine Puan Huda & Encik Hisam. Lahir 04th September 2012. Nama si comel ni, "Nur Hadhira Amani Mohd Hisam" Gerammmmmmmmmmmnnnnnyyyyyaaaaaaaa. Comelkan????  

Happy sangat2.... Lebih happy tentula mama & papa dia. 

Amani br lahir... muah


 Erm Cak!!! Amani senyum sikit muah


NOTE : Amani kesayangan & kebahagiaan kami. Semoga Amani jadi anak yg solehah.

Tuesday, 17 April 2012

HERO

Kali ni Sunshine nak cerita mengenai seorang lagi anak buah Sunshine. (Sunshine ada 9 anak buah sepupu, anak buah sendiri belum lagi coming soon hihi)

Harraz Mikal

Ni adik Harraz Mikal... Kami panggil dia dengan nama Harraz... Umur dia 3 tahun. Hensem x dia hihi... sungguh NOTY & MANJA... Walau noty2 dia tetap menjadi penghibur kami. Harraz ni memang nakal tapi nakal2 sopan.. boleh bayangkan x budak nakal tapi sopan huhu. 



Setiap yang kami cakap ada je jawapan dia... Walau marah macam mana dengan Harraz akan sejuk bila tengok keletah dia. Kami x tahan bila kita cakap kita x sayang dia coz dia nakal... Pasti dia akan cakap yang dia baik, siap tunduk lagi bagi tau betapa baiknya dia. Kalau grandma dia cakap dia nakal dan tak sayang dia..siap nangis2.. pandaikan dia berlakon. Harraz paling manja dengan abah sunshine. Maybe dia cucu pertama yang duduk dengan kami sejak dari dia habis hari. (Mak sunshine jaga dia bila parent dia keja kira baby sitter la)


Ada bakat x hihi
Iklan tv jangan cakap la..ada je dia tiru.. pantang...

Harraz suka main bola... dari bola kecik sampai bola besar semua dia ada. Asal ada orang layan dia main bola ok la... macam2 aksi dia buat.. paling x tahan boleh dia nak jadi penjaga gol...siap pakai stokin kat tangan.. x tau la sape yang ajar dia. (Pengaruh apek pemain bola malaysia kot)

Daddy Harraz memang suka main bola & tengok bola.. maybe ni hobi yang turun dari Daddy dia.. 

Harraz & Mia



Ni gambar Harraz masa pergi tengok perlawanan bola kat Stadium Larkin.. (Sunshine x taula sape yang main huhu) Kira ni perminat cilik la... tapi Sunshine x rase dia tengok orang main bola.. pasti ada keja lain yang dia buat huhu.

Selain bola dia suka sangat berlawan.. konon2 alala2 ultraman lawan raksasa ganas.. Dan nila salah satu akibatnya … Berjahit dagunya.. Nangis ke dia...?? Jangan harap.. siap doktor kat hospital tu pun x boleh bayangkan budak yang sekuat ni (Masa ni umur dia 2 tahun rasenya). Boleh lagi jalan 1 hospital buat sport check. 
 


Tuku tangkal muka pintu budak nakal memang bergitu huhu


Harraz 3 beradik.. Ni akak dia (Damia Emelda) & adik dia (Emily Faqihah). Dia selalu buli adik dia.. Harraz cakap sayang adik dia.. kira gurau2 manja. Ditolak adik dia... dia sebak macam bola... kalau kita marah jawab dia “Harraz gurau je”... pandai x dia.. 
 




Walau nakal dia sayang adik dia... pantang hilang pasti dicarinya... Macamana abang macam tu la adik.. Qiha boleh tahan gak.. Nanti kita cereta pasal dia pulak ye.


Note : Anak-anak kecil inila penghibur kita... Semoga 1 hari nanti mereka menjadi manusia yang berguna.

Friday, 23 March 2012

'Kuasa Berganda Fair & Lovely'

HOT FM tengah adakan peraduan kawan karib.

Anda ada kwan karib… atau dgn kata org puteh best friend 
 

Ellis
Sunshine nak kenalkan… ni adik Nur Elliya Ellisa Lokman Hakim, umur dia 7 tahun. Dia anak buah Sunshine. Apa budak umur 7 tahun tahu bila kita tanya dia tentang kawan.

Mungkin pada dia kawan ?
1. Kawan yang satu sekolah dengan dia
2. Kawan yang naik bas sama2… makan kat kantin sama2…main sama2
3. Sesape yang main dengan dia … adik + sepupu + jiran etc.

ATAU kadangkala perkataan kawan pada dia = sesiapa saje yg baik dgn dia

Siapa pulak bukan kawan pada dia ;
Sesiapa yg buat dia marah, sakit hati, gaduh atau perkara2 yang dia rase x selesa:

1. Bila gaduh dengan adik + sepupu :  “Akak x nak kawan adik” etc
2. Bila kena marah : “Mama marah akak, akak  x kawan mama”
3. Dan kadang2 org lain yg cakap kat dia jangan kawan dgn ….. : “Kita x kawan dia, awak jgn
    kawan dia tau “ huhu teringat masa kita sebaya mereka huhu



1 perkara tentang adik Ellis, dia rase Sunshine adalah kawan baik dia.. Sweet kan… Jauh betul beza umur dia dengan kawan baik dia. Hahaha. Nak gelak pun ada tapi itula budak2. Mula-mula ianya pada Sunshine hanya gurauan kanak-kanak tapi bila dia bagi tau semua ahli keluarga dia yg Sunshine kawan baik dia… terharu sgt2 sbb kebaikan yang sedikit membuatkan hati anak sekecil itu merasakan Sunshine kawan baik yg akan sentiasa layan dia, syg dia, mampu diajak bercerita tentang imiginasi2 dia. Begitula hati & fikiran anak-anak. 

Lain kali Sunshine cereta anak buah Sunshine yg lain k :)

Noted : Sunshine sentiasa berharap 1 hari nanti NUR AIN NAJIHA @ ……………. sebijak adik Nur Elliya Elissa. (Hahaha berangan x ingat kihkih)