Nuffnang Ads

Monday 29 January 2018

My Birthday



Assalammualaikum

Alhamdulillah… masih diberi kesempatan untuk terus menjalani hidup di bumi Allah. Semoga bertambah usia akan lebih memberi manfaat untung sekeliling. 

Apa yang Sunshine harapkan.. diberi kemudahan untuk terus menjalani hidup dalam redha Allah.
Macam biasa sentiasa dikelilingi orang-orang tersayang. Alhamdulillah… patut Sunshine yang raikan mak & abah. Tapi ni terbalik..  Bersyukur sangat punya orang-orang yang tetap ada dalam susah senang. Tak tak putus2 mendoakan yang terbaik untuk Sunshine. 

love u all

Sunshine : Terima kasih semua (mak, abah, adik2, ina, kawan2) untuk kasih sayang yang tak pernah putus. Maaf untuk kelebihan dan kekurangan yang menyesakkan. Sunshine sayang semua.

Tuesday 2 January 2018

Johor Countdown Run 2017/2018



Assalammualaikum w.b.t

Akhir aktiviti untuk tahun 2017. Johor Countdown Run. Hujung2 tahun ni hujan je. Tapi aktiviti tetap diteruskan. Kami dah plan lama da. Dah register dari bulan 10. Excitedkan.. pada hal 5KM je.

In shaa Allah ingat nak masuk 10KM  untuk tahun 2018. Dah boleh mula plan semua aktiviti ni.




Sunshine : Alhamdulillah pengakhiran tahun 2017. In shaa Allah semoga permulaan tahun yang lebih baik untuk 2018.