Nuffnang Ads

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, 2 January 2015

2015


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulilah, Masih diberi kesempatan untuk Sunshine melangkah ketahun baru. Semoga tahun ni memberikan lebih kebahagian.. kesihatan.. kesempurnaan.. keberkatan.. kejayaan dalam setiap perjalanan hidup Sunshine. DAN lebih penting Sunshine diberi ketetapan hati untuk tetap teguh pada jalanNYA.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."

"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"

Kalau tanya apa yang Sunshine harapkan untuk 2015? Sudah tentunya semua yang baik2. Untuk Sunshine… Untuk mak abah… Untuk adik-adik… Untuk anak saudara… Untuk sahabat handai… Untuk keluarga… Untuk semua. Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Sunshine: Semoga Sunshine setap Istiqamah pada jalanNYA.

Monday, 29 September 2014

Sekalung Budi Sejambak Kasih

Assalammualaikum w.b.t

280914 - Majlis Persaraan Bonda Hajah Siti Rofiah Binti Abdul Jalil.

 
Masa berjalan dengan begitu pantas tanpa sedar. Sedar tak sedar 16.9.2014 berakhirlah tanggungjawab Bonda sebagai pendidik. Terima kasih Bonda jasamu akan tetap bersama kami hingga akhirnya.

Batch 1988-1992 (Erwandi, Hadi, Suzie, Sunshine + adik)
Bonda tidak pernah mengajar Sunshine. Tapi dia tetap guru kami di SKPJ (1) 1988-1992. Kami sayang guru kami.Dia guru yang baik dan penyayang. Anak murid ibarat anak sendiri.


 

Terima Kasih Cikgu

Guru-guru SKPJ (1)

Inilah guru-guru SKPJ (1) tapi tak semua Sunshine kenal dan tak semua guru masa Sunshine di sana.

Sunshine : Tak kan pernah dapat kami balas segala jasa cikgu. Semoga ilmu yang bermanfaat kami akan kongsi bersama.

Monday, 5 May 2014

Mimpi Ngeri!!!

Assalammualaikum w.b.t


Igauan ngeri!!! Sampai hari ni masih terbayang-bayang lagi bayangan ULAR SAWA Memangla ular sawa tak gigit tapi kalau dia belit boleh patah tulang Sunshine ni. Nasib tak baik mati.

Jumaat : 020514 Sunshine nak g toilet (padah orang lambatkan solat) nak solat maghrib. Buka pintu toilet nampak macam kepala binatang kat dalam toilet. Sunshine yang sedia penakut ni dengan reflex apa lagi menjeritla. Jangan cakap mengucap.. habis doa Sunshine baca. Dia orang boleh tak bangun dan percaya. (Geramnyaaaaaaaaaaaaaa)

Adik Sunshine jirus..pam toilet tu tak de apa. Sape nak percaya kan hahaha. Semua ckp bayangan Sunshine. Sunshine dah terbayangkan ULAR tp hati & pikiran menidakkannya. Ish selisih.

Nak jadikan cerita Sunshine tak jadi nak gunakan tandas tu. Malam dalam pukul 12.00 adik Sunshine nak guna toilet. Dia masuk n nampak benda yang sama. Tapi adik ni terus cakap memang ular. Mak jirus air panas n letak garam.

Sabtu : 030514 Pagi2 bangun abah ckp dah guna toilet tu lebih 1 jam. Tak ada apa yg mencurigakan. Kami teruskan hari tu dengan hati yg tenang. Konon la…. Malam kami makan dan yang pasti kami x guna toilet tu. Sanggup masuk bilik abah konon2 selamat. Dalam lebih kurang pkl 10.00pm mak nak masuk toilet dalam bilik.…

Jeng jeng jeng… masa mak masuk adik baru lepas mandi. Jadi mak ni nak bersihkan la sikit2 toilet sebelum membuat proses hahaha.. Mak dah nampak warna hitam dalam bowl tu. Tapi boleh dia nak pegang konon dalam hati dia adik buang sampah, Tiba2… mak jerit “ABAH!!!!! DIA ADA DALAM NI” pucat muka mak.. DAN kami semestinya melompatla.

Abah tengok tapi dia dah masuk balik dalam lubang. Sunshine call pakcik sebab pakcik ni ahli bomba. Pakcik suruh call 999. Operator tu ckp Ular x boleh panggil bomba. Dia sambungkan pada JPAM.

Dalam 20 minit JPAM datang..kami ni dah la penakut. Duduk 3 beradik di tepi sudut hahaha. Masa JPAM datang, dia orang ckp x boleh buat apa-apa sebab x nampak . Maybe dia org x percaya. Sadis sungguh.. Sunshine ni macam dah nak tercabut nyawa. Dia boleh cakap nnt klu ular tu dah kluar baru panggil. AHHHHHHHHHHHHHH nak je maki org tu. Kalau aku dah kena belit baru mms gambar bagi ke apa hahaha. (Perasaan emo terlampau. Maafkan sy JPAM)

Tak puas hati call balik pakcik. Pakcik call Bomba Johor Jaya suruh datang. Macam take advantage kat sini sbb pakcik ada pangkat n org dia terpaksa dtg sbb arahan dia kuikui. Tapi mmg respect la abang bomba yang baik hati berusaha sehabis baik. Kami masak air panas..curah kat tandas dapur dia jengah kat tandas bilik. Tapi x sempat tangkap sbb dia lagi licik. Kami jirus kat dalam bilik dia kluar kat dapur. Begitula dia ajak kami bergurau. Last naik sampai tempat flash tapi gurauan sahaja dia masuk balik. Uda & abang long pun tolong abang tu.

Dah pukul 12.30am usaha abang bomba, uda, abg long & abah terpaksa dihentikan kerana melalui jalan buntu. (Ayatttt). Abg bomba cakap kalau ular keluar lagi baru call dia balik. Baikla… tapi kami yang penakut ni tutup lubang n hempap dengan batu. Tabur garam banyak-banyak.

Ahad : 040514 10.00am mak dah siap-siap masak air panas. Abah buka tutup toilet belakang n pam. Tapi tak de apa2. Alhamdulilah selamat lega rasenya. Masuk bilik abah pulak. YA ALLAH dia ada kat dalam tido dengan lena. TIDO DENGAN LENA??? Ye dia tido dgn lena sebab dia x sedar pun kami tengok dia. Terhempas penutup toilet dia tetap statik je kat situ.

Sunshine call balik balai Bomba Johor Jaya tapi sayangnya mereka semua x ada sebab ari tu HARI BOMBA. Mereka semua x de kat balai. (Habis klu terbakar mcmana ye ermmmmmmmm) Sunshine call pakcik, pakcik tolong callkan JPAM.

JPAM dtg dalam masa 20 minit. Alhamdulilah tugas dia agak mudah sbb Ular tu tido. Lepas abang tu jerut leher dia dia melawan gak. Tapi nasib semua selamat. Beryukur sangat. Respect kat akak JPAM yang berani. Betul kot ayat "Ko ni macam Ular Sawa.. Makan tido" kenyang kot makan ayam semalam.
 
 
Terima kasih Encik ULAR yang datang bercuti di teratak kami selama 3 hari 2 malam. Kami akan ingat sampai bila-bila. Awak buat kami FOBIA utk ketandas. Mungkin awak nak celebrate besday shikin. (030514 bersamaan tahun ULAR)

Sunshine : Alhamdulilah semua selamat. Terima kasih ALLAH. Ujian untuk kami dekat dengan NYA. Kalau tak lalai je.

Thursday, 2 January 2014

2014


Assalammualaikum w.b.t
Happy New Year 2014

2013 Tahun yang penuh warna warni. Bahagia.. Duka... Perit.. Kecewa... Semuanya jadikan Sunshine makin dewasa, blaja kenal diri, terima segala kelebihan dan kekurangan dengan penuh rase syukur. Percaya yang hidup ini akan lebih bahagia dengan adanya warna-warna pelangi. Semoga semua yang berlaku lebih mematangkan Sunshine. 

2014 melangkah lagi setapak. Permulaan yang baru. Sunshine tak de azam pun. Cuma berharap dan mengharap semuanya lebih baik dan terbaik. Sunshine tak kan boleh jadi macam orang lain. Tapi tipulah kalau Sunshine tak de impian. :) Semoga sinar itu sentiasa ada untuk Sunshine.

INSYAALLAH, Sunshine cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Membahagiakan orang-orang disekeliling. Lebih-lebih lagi buat mereka-mereka yang sentiasa ada dibelakang Sunshine, Menerima kehadiran Sunshine dalam hidup mereka.

 
Sama sama menjejak mimpi
   Sama sama mencari dan menanti
   Segalanya direstui cinta sejati
   Sama sama gunung didaki
   Sama sama turun ke lembah sepi
   Suka duka bersama dirasai

   Di hadapan kita ada jalan
   Menuju di kejauhan ada sinar menanti
   Di penghujung perjalanan ini”



Kebetulan Sunshine pergi KL. Sempat jengah sambutan tahun baru kat PUTRAJAYA.



Sunshine : Sama-sama berusaha kearah lebih baik. AMIN

Wednesday, 9 October 2013

APA KHABAR? SIHAT?

Assalammualaikum w.b.t




APA KHABAR? Kaku dan bisu!!!!! Kalimat itu terasa kaku sekali. Seharusnya boleh saje jika kita bertanya khabar antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dalam keadaan yang kita tidak bersua muka dalam jarak yang hampir bertahun. RINDU? Tentu saje seperti senja yang masih ranum, masih saje indah, masih saje istimewa yang masih menyediakan ruang untuk kita berborak tentang mimpi – mimpi kita.

Memulakan bicara seakan ganjal… asing.. Apapun keadaannya aku tumpang bahagia atas semua kebahagian yang kau miliki. Apapun mimpimu doa aku sentiasa mengiringi. 

SiHAT? Ah kalimah ini juga masih saje terasa kaku mungkin kerana hati kita yang berubah beku. Entah sejak bila luka itu bermula tanpa ada alasan yang boleh kita bagi. 

Tak boleh ke kita seperti dulu??? Seperti orang lain. Seperti angka 11. Kau tetap no dan aku yang tetap tak berubah menjadi satu. Seharusnya kita tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain. Malah bisa sama-sama berkongsi dan melewati senja bersama.  Bercerita tentang kebahagian masing-masing. Berkongsi suka duka dalam kita mencari bahagia cara kita.

Bukan ke kita masih dalam ukhwah yang sama… lantas kenapa hati kita harus menjadi jauh… hanya kerana jalan kita sedikit berbeda?

Entahla… mana silap nya. Kesunyian… kebekuan kita membuat hati kita berubah menjadi jarak jauh sekali, berbulan, bahkan bertahun hingga kita sama-sama berubah menjadi sunyi. KAU tahu? Aku masih tetap menyimpan tentang semua dalam diam.

Sunshine : Apapun jalan hidup kita.. seharusnya KAU dan AKU tidak perlu pergi jauh. Apapun semoga ALLAH sentiasa lindung AKU dan KAU dalam redha dan rahmat-NYA. Amin

Saturday, 9 February 2013

Pretend



Assalammualaikum w.b.t

How can i pretend that i'm ok? How can i pretend that i'm not sad? How can that i pretend yang Sunshine tak terasa?  Ok la, Sunshine mengaku Sunshine memang sensitif sikit walaupun Sunshine redha apa yang Allah tentukan untuk Sunshine. (Maybe orang kata klu redha x boleh di sebut lagi... tapi mungkin ke x terasa kalau dikelilingi benda yang sama setiap masa) Tapi sesekali please be more sensitive. Tak semua orang boleh merasa kebahagiaan dan kegembiraan yang kalian rasa tu. Silap-silap mengundang rasa menyampah kat orang.

Jangan mengharap orang akan rasa kegembiraan yang kalian rasa kalau kalian sendiri tak boleh nak rasa kesedihan orang lain. Kalian nak orang kongsi apa yang kalian rase, tapi kalian sendiri tak boleh nak rasa perasaan orang lain. Its not fair, ok. Ye betul... hidup bukan adil atau tak adil... tapi please belajar untuk jaga hati orang lain.

Yes, Sunshine turut happy dengan kegembiran yang hadir dalam hidup kalian.(Kerjaya, Duit, Keluarga, Jodoh & etc.) Kalian tak perlu rasa kesusahan macam Sunshine rasa. Tapi, Sunshine pun ade hati dan perasaan. Takkan la sikit pun Sunshine tak boleh nak terasa kan? Takkan sikit pun Sunshine tak sedih? Nak suruh Sunshine gembira sepanjang masa ke? 
 
Everyone's Lifestyles are Different


Sunshine faham, kadang-kadang bila kita ecited, bila kita happy, kita nak orang rase apa kita rase. Sunshine faham itu semua hak masing-masing. Semua orang ada hak nak share kegembiraan sendiri. Malah sesekali Sunshine cuba letak diri dalam tempat kalian untuk rase kegembiraan itu... untuk rase kesedihan itu. But ending Sunshine tetap kena hidup dalam diri Sunshine.

Thank untuk mereka yang cuba faham Sunshine... Walau pun Sunshine tau kadang-kadang kalian pun terpaksa BERPURA-PURA hahahaha



Sunshine : Belajar untuk lebih percaya diri... redha & tabah hadapi setiap kemungkinan. Allah tak bagi apa yang Sunshine nak tapi Allah bagi apa yang Sunshine perlu.- Amin

Tuesday, 1 January 2013

2013

Assalammualaikum w.b.t




Angka apakah ini????? Meningkat lagi angka ini huhuhu. Dalam tak sedar hari berganti hari..masa yang berlalu dengan cepat.

"Adakah kita betul-betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang? Kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada ditahap sekarang" 

Bukan untuk duduk bersedih atau gembira berpanjangan... Tapi untuk kita muhasabah diri... mencari kekuatan diri... agar hidup lebih sempurna. Memang betul kita tidak akan mampu hilangkan semua kenangan lalu... 

Sunshine cuma nak lalui 2013 dengan lebih sempurna. SEMPURNA macamana??? Biarla sempurna itu dari cara Sunshine sendiri sebab sehebat manapun, Sunshine  tidak kan pernah mampu puaskan semua pihak. Dan lebih penting Sunshine nak jaga hati Sunshine sendiri. Lebihnya dengan harapan...Teruskan hidup dan menikmati sebaiknya.. Amin

Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)

Sunshine : Apapun yang berlaku.. Semoga Sunshine tetap jadi diri Sunshine "jangan pernah berubah untuk jadi orang lain & jangan pernah terkesan dengan kata2 yang hanya untuk menjatuhkan" buat yang terbaik. 

 



Wednesday, 18 January 2012

❤ HATI ❤



  Hati kuatla engkau... tabah la engkau untuk menerima segala pengkhianatan, kesakitan dan dugaan... REDHA la menerima segalanya. Jatuhla airmata...keluarla supaya engkau tenang, biar segalanya hapus hari ini. 

Tak tau macamana nak gambarkan rase hati dan kesedihan ini.  Mana lebih sakit... kehilangan kekasih hati atau hilang sahabat. Tapi rasenye lagi sakit bila hilang kepercayaan dan dikhianati. Selama ini sunshine letakkan segala kesalahan atas diri sendiri bila x mampu beri yang terbaik. Macam2 berlaku tapi x sekali pun rase bersalah ada dalam diri dia, jauh sekali untuk dia lontarkan kata maaf. Tapi ari ini sunshine dapat tahu yang selama ni dia telah mengkhianati sunshine. 

Kesalahan itu sengaja direka supaya sunshine lebih rase bersalah. YA ALLAH... terima kasih utk kebenaran yang telah KAU tunjukkan... x tau perasaan apa yang ada dalam hati ini. Jangan la KAU biarkan sunshine jadi manusia yang berdendam. Semoga yang terbaik untuk dia.

Note : Sunshine kesakitan ini sementara syg... percayala ada yang terbaik...

Monday, 9 January 2012

Hidup & Harapan

Salam... permulaan yang baik bg tahun 2012. Masih belum terlewat untuk ucapan tahun baru... Tapi masih blh membuat AZAM, IMPIAN & HARAPAN. Kalau nak ikut kan penuh wishlist huhu.. Tapi apapun impian dan harapan tu, kita adalah manusia yang kuat. HIDUP DAN HARAPAN... manusia akan terus hidup disebabkan harapan2 yang dibina... Harapan setiap insan berbeza tapi percayala harapan tu membuatkan kita kuat. Tapi jangan beri harapan pada sesuatu yang kita sendiri x tahu sbb kita akan lbh sakitkan diri sendiri.
Hidup x selalu indah tp yg indah itu tetap hidup dalam kenangan... Mimpi adalah kunci....untuk kita menaklukkan dunia... ... Semoga berganti tahun kebahagian, kejayaan & keberkatan mengiringi kita .. AMIN