Nuffnang Ads

Showing posts with label Peluang dan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Peluang dan Harapan. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

Iftar



Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah lama kami tak makan kat luar  beramai-ramai. Last rasenya besday Sunshine, Rifqi, Uda & Cheda 2015. http://mind-sunshine-mine.blogspot.my/2015/02/happy-birthday-us.html

Majlis Iftar ni pun sekali dengan Besday Mak Jah (11 June) dan Mak (12 June).
Makanan 😊 boleh la dengan harga tu.. Cuma rase boleh dapat harga yang sama dekat tempat yg lagi ok. Tapi untuk kami berkumpul bersama. Tempat ini sesuaila, luas untuk anak-anak sedara Sunshine berlari dan buat macam umah sendiri. Kemudahan pun mudah.



SUNSHINE : Alhamdulilah, Sunshine happy sangat. Sunshine memang suka activiti yang kami berkumpul beramai-ramai. TQ Semua

Friday, 26 June 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah seminggu Ramadhan berlalu. Bersyukur sangat bila ALLAH masih bagi Sunshine peluang menyambut Ramadhan tahun ini.

Dalam syukur menyambut ramadhan, ALLAH beri lagi satu berita gembira buat Sunshine. Sunshine dapat kerja baru. Itu apa yang Sunshine nak. Semoga apa yang ALLAH perkenankan ini seiring dengan redha NYA. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma inginkan sesuatu yang baru dan terbaik.

Jujurnya Sunshine takut apa yang Sunshine nak belum tentu yang terbaik buat Sunshine. Macam ayat,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216).

INSYAALLAH, Sunshine akan usaha yang terbaik dalam mencari bahagia atas jalanNYA. Semoga Allah mudahkan urusan Sunshine.

Melalui hari-hari akhir di RA, sesuatu yang cukup mencabar jiwa. Dalam gembira ada dukanya. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Gembira, sedih, duka, stress, kena marah, gaduh semua menjadi satu. Kekuatan di RA bila bersama kawan-kawan yang dah macam adik-beradik. Melalui saat-saat kawan yang datang dan pergi. Hati ini betul-betul terkesan.

Tapi lebih terkesan bila dah hantar resignation letter Sunshine macam musuh bagi mereka. Bukan salah mereka, mungkin salah satu cara untuk biasakan diri. (Ayat sedapkan hati) Tipula tak sedih. Semua kerja penting dah tak boleh involve dengan alasan dah resigned tak perlu amik tau. Rase macam bersalah sangat bila resigned. Seolah bila resigned Sunshine bukan lagi keluarga RA.

Sekarang Sunshine rasa apa yang kawan-kawan rase bila mereka nak berenti. Bila mereka cakap Sunshine selalu sedapkan hati mereka. Yang semua tu mainan perasaan. Tapi bila terkena kat diri sendiri, Allah je tau betapa sedihnya Sunshine. Selama 10 tahun berkhidmat mungkin Sunshine bukan pekerja contoh tapi Sunshine dah cuba buat yang terbaik untuk company ni.

Ok stop cerita sedih.


Teringat & rindula kat Mekah & Madinah. Sunshine teringin sangat nak sambut ramadhan kat kota suci. Menghabiskan masa untuk beribadah, puasa dan berbuka bersama. Semoga 1 hari hajat Sunshine di makbulkan. Amin


Hidup bukan sesuatu yang dijangka dan tak akan boleh diramal. Memang Sunshine tak kan pernah tau apa yang baik untuk Sunshine. Tapi paling penting bagi Sunshine peluang untuk cuba. Doakan yang baik-baik untuk Sunshine. Semua orang punya jalan hidup yang berbeza. Semoga Sunshine lebih matang dalam menempuh hidup mendatang. Terima kasih semua. Semoga relationship kita tak pernah putus. Ukhwah itu tetap berterusan.

Sunshine : Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dari sebelum. Semoga Sunshine tetap istiqamah dalam mencari redha ALLAH. Semoga beribu-ribu lagi kebahagian mengiring Sunshine, Keluarga, Sahabat Handai & semua Umat Islam. Amin


Friday, 26 July 2013

Ramadhan 12 – Iftar bersama keluarga


Assalammualaikum w.b.t 


Ahad lepas kami sekeluarga terharu + berbesar hati sebab di undang oleh Mak Jah & Keluarga untuk buka bersama. Di sebabkan kami ramai, jadi plan berbuka agak lewat sedikit. Buka tu kami makanla ala kadar je kat rumah.

8.30 mlm kami berkumpul di Senibong. Sebagai tetamu kami just follow je. Huhuhu. Zureen dah book kat 6 Conner Senibong Seafood. Ni permintaan Mak Jah. Dari sebelum puasa lagi Mak Jah nak sangat makan kat sini. Lama gak Sunshine x makan sekeluarga kat sini.

Datang2 makanan dah tersedia. (Nasi Putih + Ketam black pepper + Ikan Siakap Tiga Rasa + Udang Butter + Sotong goreng tepung + Tomyam Ayam + Kangkung belacan + Ayam + Kerang rebus + Air limau + Air epal) ditambah dengan jelly kelapa + pepes.


Sunshine sekeluarga jarang makan nasi waktu buka. Bukan x makan tapi jarang ye (maklumat bagi sesape yang nak jemput kami buka puasa hahaha) Kenyang betul rasenya. Lagi pulak Sunshine dah bantai 4 gelas air hahaha + jemput2 ikan bilis masa kat umah. Burukkan perangai..x dapat makan x pela..janji air nak tambah, tambah n tambah hihihi.


Makan-makan jangan malu-malu. Tambah2 nasi banyak lagi ni. Ratah2 apa yang ada.


Anak-anak buah Sunshine taula dah ramai2 macam-macam hal. Dengan pulak aunty Sunshine dia yang x sah kalau x bergambar. Senyum semua.   

Sunshine : Happy kan.. makan sekeluarga. Ni x cukup ahli ni (Wan + Aila + Hisam & Alang). Next time, make sure semua ada ye. Lagi meriah. 

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan 1434H

Assalammualaikum w.b.t

R   ~> Ramadhan yang dirindu rindukan
A ~> Akan hadir membawa seribu rahmat sejuta berkat
M ~> Membersih hati dalam meraih Cinta Yang Maha Pencipta  
A ~> Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rohim
D ~> Datangkan kepada kami hari yang dirindu rindukan  
H ~> Hilangkan kegundahan hati kami saat tibanya hari penuh
kemuliaan
 

A ~> Alihkan kesibukan hati kami dari dunia penuh tipuan  
N ~> Naungilah lahir batin kami dengan cahaya rahmat dan kasih
sayang-Mu. 

 

Harapan Ramadhan -Raihan Raihan feat Man Bai
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
 Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua 
Sunshine : Semoga Ramadhan ini lebih bermakna dan sempurna - Amin


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

Thursday, 15 November 2012

Awal Muharram 2012/1434H (Maal Hijrah)

Assalammualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah buat semua.....  Tahun baru datang lagi.. Alhamdullillah masih di beri kesempatan untuk memperbaiki & merasai nikmat hidup. Apakah makna HIJRAH kita... ???? Apapun niat kita, semoga hari2 mendatang lebih mendekat kita dengan ALLAH.

 Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan 
Oleh Itu Mari Semua
 Kita Sambut Maal Hijrah
 Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
 Untuk Sepanjang Zaman
          
NOTE : Semoga kita dilimpahi kebahagiaan, keberkatan, keredhaan dan rahmatNYA - Amin


Friday, 20 July 2012

Ramadhan 1433H

Assalammualaikum w.b.t

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan dan keistimewaan Ramadan

1.  Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah 
(puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus dan sebagainya)

2.  Bulan keampunan, rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api neraka.

3.  Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya 
serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.

4.  Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

5.  Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.

6.  Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.

7.  Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.

8.  Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. 
 Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu,
 dan amalan fardu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.

 NOTE : Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik dari sebelumnya. Diberi keberkatan, keredhaan & rahmat dari ALLAH.