Nuffnang Ads

Saturday 22 March 2014

Angin / Gastrik

Assalammualaikum w.b.t

 “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. surah At-Tagaabun, ayat 11

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunshine x pernah kena gastrik... tapi 2 hari MC sebab gastrik. Hope ni yang pertama dan terakhirla. Sakitnya.... Dah la MC 2 hari kalau baik x pela.. melarat 3-4 hari gak. Jadi sebab dah sakit barula Sunshine nak amik tau huhu.. Jom kita tambah ilmu.

GASTRIK
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. 

Gastrik je sebab tak makan, sebenarnya ada banyak lagi sebab boleh berlakunya gastrik antaranya :

Makanan pedas  
Makanan pedas sukar untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih banyak asid untuk memproses makanan tersebut. Asid yang banyak ni lah yang menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. Makanan pedas ni menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan metabolisma badan. 
Note : Nasib Sunshine tak suka makanan pedas.

Makanan masam
Masam dan asid memang sinonim. Macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid berkumpul dalam perut dan gastrik.
Note : Ala ni memang kesukaan hahaha

Makanan berminyak/berlemak
Lemak seperti yang kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi risiko untuk gastrik bertambah lagi.
Note : Tu la yang sedapkan?????? Hahaha

Merokok
Merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.
Note : Nasibla dalam keluarga Sunshine x de perokok

Stress atau tekanan emosi
Bila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak mengunyah ketika stress. Bila stress kita cepat lapar. Jadi kalau tertekan sediakan makanan, biar gemok asal sihat. 
Note : Lepas ni Sunshine akan pastikan stok makanan sentiasa ada hahaha TAPI stress sgt ke huhuhu

Kurang / tidak bersenam
Ni memang susah nak cakap. Planning macam-macam. Jangan kata jogging… nak sit up pun malas hahah
Note : Sunshine berangan akan jogging seminggu sekali hahaha

Sunshine : Semoga Sunshine tidak pernah kena gastric lagi Amin


Tuesday 11 March 2014

Misteri Pesawat MH370

Assalammualaikum w.b.t


  
080314 - Berita kehilangan pesawat MAS MH370 memberi kesan pada dunia am nya dan Malaysia khususnya. Semua berada dalam kesedihan di atas nasib yang menimpa MH370. Sama-samala kita doakan semuanya dalam keadaan selamat. Walau ia bukan dari kalangan keluarga kita, kita juga sama merase kesedihan & keperitan yang di alami keluarga mangsa, 



Sunshine berharap sangat “keajaiban berlaku”. YA ALLAH kuasa KAU melebihi segalanya.
Tiada apa yang mampu Sunshine lakukan selain dari doa. Berharap agar sedikit sebanyak doa Sunshine di makbulkan.

Apapun keadaannya, apa yang kami harap kami akan jumpa mereka dalam keadaan apapun. Supaya teka teki ini tidak terus bermain dalam fikiran. Malah tidak ada salah menyalah antara satu sama lain.

Copy paste :

Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu

Kesedihan melanda terpahat di kalbu

Seluruh dunia menanti beritamu

Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggallah petanda

Andai terguris tunjukkan lah rupa

Tidak nanti kami tertanya…

Sudah tertulis janji bersemi

Lautan biru bertukar merah

Ya ALLAH Ya Tuhan kami

Kepadamu kami berserah

# Pray4MH370


Sunshine : Berharap semaunya tabah. Perancangan ALLAH yang terbaik. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku.