Nuffnang Ads

Monday 21 May 2012

Birthday En.Bakar

Assalammualaikum w.b.t

Ni Encik Abu Bakar Bin Embok Taha bersama anaknya huhuhu.



Hari ni ulang tahun kelahiran Encik Bakar. Wah meningkat lagi umur tapi Encik Bakar still maintain. kihkih

"Panjang umurnya..Panjang umurnya.. Panjang umurnya serta mulia..serta muliaaaaaaaaa..."

Semoga Encik Bakar di beri kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala tanggungjawab dengan sempurna. DAN apapun yang Encik Bakar impikan dan hajati akan dimakbulkan ALLAH. Amin


Kami sekeluarga x de la buat celebration besar-besaran. Memandangkan semalam semua cuti, kami pergi makan NASI AYAM BASIR yang terletak di TAMAN SAUJANA, Tiram. Ramai orang cakap Nasi Ayam Basir ni sedap. Walau kena tunggu hampir 1 jam tapi kami puas hati sebab abah cakap SEDAP... Kira celebration yang x seberapa ni tetap gembirakan abah kira okay la kan....  

Lepas semua dah kenyang kami ops salah SUNSHINE yang ada tahi lalat kat kaki confirm x nak balik terus huhu. Semua layankan la SUNSHINE untuk teruskan perjalanan ke Danga City Mall. Tak de apapun nak beli just jalan-jalan cuci mata. 

Malam kira 2nd celebration, SATE & ABC... dan yang paling happy sbb SURPRISE PRESENT yang memang abah nampak teruja.


Note : Semoga kebahagiaan ini berkekalan dunia akhirat.

Friday 18 May 2012

Senyum


Assalammualaikum w.b.t

Senyum
 
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu,

“Tuan Guru sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada ALLAH. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Guru menjawab sederhana,

“Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kamu tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasullulah salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya”.

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulilah sesudah itu ia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar Bin Khattab walaupun jawatannya Khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum, mukanya berseri.

Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan sesuatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasullulah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. 

Sedekah yg paling mudah
Note : Senyummmmmmmmmmmmmm!!!

Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu

Assalammualaikum w.b.t

"Siapa yang lebih berhak menerima cinta dan jagaan saya di dunia ini?" Seorang pernah bertanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. "Ibu kamu," jawab Nabi. "Dan siapa lagi?" "Ibu kamu," Nabi mengulangi. "Selepas itu siapa?" orang itu bertanya lagi. "Ibu kamu," kata Nabi buat kali ketiga. "Dan selepas itu?" "Selepas itu ayah kamu." - Riwayat Al- Bukhari dan Muslim.

Selamat Hari Ibu buat Bonda Tersayang .. Puan Mariamah Ahmad @ Cik Intan. Semoga Cik Intan tetap tabah melayan kami anak2 yang sentiasa menguji kesabaran. Doa dari kami anak2 'Semoga mak mendapat kebahagiaan dunia & akhirat' Sesungguhnya kami tidak akan pernah mampu membalas jasa baik mak. 
 
Tiba2 rase muka kami mcm ada iras...sure ni mak sy kan huhu
Note : Satu perkara mak jarang dengar “Naz sayang mak muaahhhhhhhhhhhhhh”

Thursday 10 May 2012

Birthday Cik Ekin

Assalammualaikum w.b.t

030512 - Ada apa dengan date ni... Something special huhuhu... Birthday adik Sunshine.. Cik Ekin.. 


Make a wish
 " Selamat Ulang Tahun...
       Selamat Ulang Tahun...
                      Selamat Ulang Tahun Shikin...
                    Selamat Ulang Tahun.... " 

(Tepukla tangan huhuhu - Semoga apapun harapan shikin kami sentiasa doakan yang terbaik.) 

Actually besday shikin jatuh hari khamis tapi disebabkan hari bekerja x de la celebration tp Cik Intan yang baik hati tetap masakkan pulut kuning. TQ Cik Intan (Sunshine pun dapat makan, nyum nyum).Sabtu malam Hisam @ adik ipar dengan murah hati nak belanja kami makan.

Kami makan kat SENIBONG - Nasi Lemak Senibong ni memang famous. Ramai betul orang malam minggu la katakan. Tapi 1 benda agak kecewa, service dia cukup slow. Agak 1 jam gakla baru dapat order.


Ni je hadiah kami buat Ekin. Semoga Shikin Happy.... 

Sukala tu huhu

 
NOTE : Ingatan adalah hadiah yang tidak ternilai...






Kupon

Assalammualaikum w.b.t

Sunshine memang sukakan benda2 ni... "FAST FOOD" huhu


Sape nak makan nasi blh makan ni...

Share ber DUA hihi

Tryla yg NEW

Yg suka ni blh dpt free...

Burger King ok gak

 
Ni pun blh makan berdua..
















Kupon ni kawan Sunshine yang forwardkan. Maybe dia tau Sunshine memang suka FAST FOOD & MURAH ... huhu "murah ke! mahal ke!" kalau kita belikan orang tersayang, apala sangat KAN!!! Bagi yg menerima pasti rase gembira. 



NOTE : JOM LAH APA LAGI !!!!



Sunday 6 May 2012

Kalau Nak!!!

Assalamualaikum w.b.t

Last Monday 300412 Sunshine cuti sempena malas nak g keja + 1 may 2012 Cuti Hari Buruh huhuhu. Kiranya Sunshine cuti terusla AHAD – SELASA. 

Sunshine still bangun pagi2 walau x kerja dengan semangat lain hihi. Sunshine nak g buat PASSPORT. Dah lama dah nak buat passport ni tapi x berkesempatan akhirnya 300412 Cik Sunshine telah memiliki passport yang x tau la untuk apa dia buat. (Setakat nak g Singapore) 

Dan lebih rase semangat SUNSHINE pergi 3 destinasi untuk dapat kan passport ni. (Mencabar la kononnya.. nak seribu daya x nak seribu dalih)

1)      Destinasi Pertama - WISMA PERSEKUTUAN dengan harapan x ramai org. YES Sunshine berjaya dapat tempat terawal sampai kat sana. TAPI... huhu “Cik kalau nak buat kat sini seminggu baru dapat, sbb tu x ramai org dtg sini. Kalau nak cepat Cik pergi Pekan Rabu atau Setia Tropika” kata abg hensem @ pegawai imegresen.

2)      Destina Kedua – PEKAN RABU wah okla ni paling dekat n destinasi pertama tadi. Ramai betul org. Nasibla ada org keluar dapatla kami parking. Datang seorang pakcik @ pakcik guard “ Dik no dah habis, adik g Setia Tropika ye, tau x jalan g sana” Hati yang bersemangat x pernah putus asa kihkih

3)      Destinasi Ketiga – SETIA TROPIKA Cik Ina (BFF Sunshine) terus dgn rase x berapa nak malu call kawan dia yg keja kat imegresen tu. Sampai je, Cik Hooda terus bwk kami jumpa kwn dia dan pass semua document kami. “Datang lagi 1 jam ye” Actually ingat x nak susahkan org nak usaha sendiri tapi akhirnya kami terpaksa gak mintak tolong kawan Cik Ina coz jam dah pkl 9.50am. 

* Betul ayat ni : kadang2 kita perlukan org lain utk tolong kita bukan amik kesempatan tp hidup mmg memerlukan org lain hihihi. Dan akhirnya kami dapat passport YAHOOOOO!!!!!!

YAHOOO!!!!
Sunshine & Cik Ina tetap meneruskan niat kami nak masuk SINGAPORE walau dah tghari. (Ala bukan g mana pun just nak gak gunakan passport yg baru ni )

Memang teruja sgt2 bg Sunshine yg x pernah masuk SINGAPORE (masa kecik pernah la tu pun passport atas nama abah. Yela masa tu mana tau apa2). Agak JAKUN gakla kihkih... Nak naik bus yg rasenya bukan setakat g singpore dalam JB pun dah lama sunshine x naik bus (sejak2 ada keta ni bukan berlagak ye dah ada rezeki) 

Malu gakla sbb x tau mcmana nak naik bus dr jb + check passport + naik bus blk + isi form + cop passport (disoal dgn mamat hensen yg rasenya tau SUNSHINE ni 1st time dtg Siangpore) + naik MRT (15 Stesen) and sampaila ORCHARD

Sampai2 sana kami makan Ice Cream dulu sbb Cik Ina cakap Ice Cream kat sini pelik sikit n murah $1 je. Ye mmg ramai org beli dan lagi seronok sbb boleh je beli n lepak kat tepi tu. (Kalau kat MALAYSIA x hengin nak bertenggek atas batu tu sbb dah macam org INDON) huhuhu. Tula kan kat negara sendiri malu kat negara org relex je.  

Sempat gak snap beberapa photo untuk kenangan. 

Unik kan :)

Mahal la brg kat sini :(
Kami terus g cari jam sebagai Besday present adik Sunhine 
http://kehidupankusyurgakukebahagianku.blogspot.com/ 

Dah lama dia nak jam ni

Pastu teman Cik Ina cari perfume. 

INSYAALLAH .. ada masa & rezeki kami akan datang lagi. Kali ni nak bwk kwn2 n adik Sunshine. Kesian dia kan x g lg sedangkan dia dulu ada passport huhu. 

Note : Jauh perjalanan luas permandangan. Setiap perjalanan byk benda kita blh belajar. 

Friday 4 May 2012

Ingat Mengingati

Assalammualaikum w.b.t

Daripada Anas Bin Malik r.a,

"Sesiapa yang meninggalkan penipuan yang merupakan suatu kebatilan, nescaya dibinakan (istana) untuknya dipersekitaran syurga, sesiapa yang meninggalkan perbalahan sedangkan ia berada dipihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya di pertengahan syurga, sesiapa yang mengelokkan akhlaknya dibinakan untuknya ditempat tertinggi didalam syurga".

(Riwayat Al-Tirmizi) 



Note :  Semoga kita boleh lakukan yang terbaik untuk diri kita. - Amin