Assalammualaikum w.b.t
Sunshine nak sambung cerita Sunshine kat Sabah.
Day 3 :
KINABALU PARK KUNDASANG
“KAKI
GUNUNG” @ tempat
bermula perndakian ke Gunung Kinabalu ..
Terletak
di kundasang adalah tempat yang wajib dikunjungi bila berada di Kota Kinabalu.
Cuaca yang sejuk dan nyaman serta keindahan pemandangan memang dapt
mereleasekan stress kat otak ni...
“NABALU MARKET”
TIP
: Actually kat sini lagi
murah dari Filipino Market..seyess cakap. Tapi kami dah borong kat Filipino Market.
“DESA
CATTLE” @ Ladang
Lembu Kundasang (Ladang Lembu Mosilou)
Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia....Melalui pekan Kundasang, jarak pemanduan dalam masa 10 minit melalui jalan kecil berturap sehingga kita memasuki laluan yang tidak berturap. Untuk memasuki ladang tenusu ini bayaran RM3.00 dikenakan untuk dewasa.
Selain
dari lembu-lembu dan feeling-feeling ala New Zealand tuh, ada juga la
jual susu lembu fresh tapi dalam kotak la. 500ml, dua rasa - coklat
dan asli – souvenir ada gak tapi kami x beli pun..
Pemandangan dia cantik sangat. Denagn angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
Pemandangan dia cantik sangat. Denagn angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa
“KUNDASANG
WAR MEMORIAL”
Memorial
ini adalah memperingati askar-askar Bersekutu Australia dan New
Zealand yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua 1945 ketika sedang
mara dari Sandakan ke Ranau selain pengorbanan penduduk tempatan
membantu askar-askar tersebut. Tak masuk pun just amik gambar kat
gerbang je huhu.
Makan
dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kami makan Mee Hoon Soto ayam.
Boleh tahan sedap gak. Tapi Mee Hoon dia kasar sikit dari Mee Hoon
kita.
“KEDAI
SAYURAN KUNDASANG”
Anda
boleh menyinggah ke PASAR SAYUR DAN BUAH yang terletak di bahu jalan
ketika pergi dan balik dari Kinabalu park.. Banyakan
sayuran kat sini dah macam kat Cameron tapi kami x belila sayur-sayur
ni. Just turun posing2. Ish kalau ikutkan hati semua kami nak singgah
n beli. Budget sikit Sunshine huhuhu. Jangan nanti balik JB kena pose
huhu
“TAGAL” Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru,
Ranau.
Tempat
seterusnya ke spa ikan pulak. Untuk masuk kesini perlu bayar RM3.00. Nak bawa kamera boleh tapi dikenakan bayaran RM3.00. Makanan ikan dijual dengan harga RM1.00.
Fish Spa Ikan Klah di Kg, Luanti Ranau |
Dah
siap bermanja-manja dgn ikan. Kami naik jambatan gantung ni...taklah setinggi
jambatan gantung Tamparuli...tp tahap gayat tu maksimalah jugak. Tengokla muka
sorang2 lagak2 best huhu.
Teruskan perjalanan ke “PORIM - KOLAM AIR PANAS”
Poring
terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi
galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas
semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga
sakit sendi. Tapi kami sampai dah pukul 6.00pm. Pakcik tu cakap dia
bagi kami masuk sampi 7.30pm. Jadi dapatla setakat main-main air je.
Tiket masuk RM 3.00.
Jambatan Gantung pun kami x dapat naik.. ye ke kami berani huhu.
Jambatan Gantung pun kami x dapat naik.. ye ke kami berani huhu.
Kesian
Cik Kam & Kawan dia. Sebab kami Zzzzzzzzzzzzzz selama perjalanan
balik ke KK. Penat & mengantuk teramat. Balik baru rase jauhnya
perjalanan. 2 jam ada kot.
Sampai
je KK kami cari makan. Malam terakhir ni kami plan nak try seafood
dia. Kami makan nasi putih ikan, udang dan yang pasti kepak ayam.
Kami singgah lagi kat pasar philipine ni. Cari lagi apa-apa yang patut. Haha selagi duit tak habis.
Kami singgah lagi kat pasar philipine ni. Cari lagi apa-apa yang patut. Haha selagi duit tak habis.
makcik layankan huhu |
Balik
bilik kemas kotak2 yang ada.. Nampak macam x de apa beli… Sunshine
je 2 kotak huhuhu.
Day
4 : Last day kami kat sini. Flight AK5305
Kota Kinabalu International Airport (Terminal 2) to Johor Bahru
(Senai International Airport) 15.40
Cik
Kam amik kami pukul 9.00am. Bawak kami g “NEXUS
RESORT & SPA
– KARAMBUNAI”
ni pun kami masuk secara haram. Hahahaha. Jahatkan kami. Mana la
mampu kami nak tido kat sini. Just datang amik gambar jela. Memang
cantik. Senang cerita semua yang kat Sabah ni cantik2 la.
“LAGOON PARK – KARAMBUNAI”
“LAGOON PARK – KARAMBUNAI”
Nak
masuk tempat ni kene bayar RM 10.00. Tapi kami x byr sbb kami nak tgk2 jer
kejap pastu nak amik gambar..hahaha.. nasib baik org yg jaga kat situ bg
masuk...tempat ni nice..tapi kalo dtg reramai wat BBQ..lagi
best...tempat pun bersih..pemandangan cantik.
Last
sebelum balik kami isi perut dulu kat Restoran Getaran Jiwa. Alalala
zaman P.Ramlee, memang dia mainkan lagu-lagu P.Ramlee je.
Sedihla
rase nak tinggalkan bumi di bawah bayu ni. Jujurnya
masa kat Sabah rase tenang je macam x de apa pun Sunshine fikir.
OOhhhhhh Sunshine akan kembali kepada kehidupan asal
huuuuuhhhhhhhhhhhhhhh. INSYAALLAH Sunshine akan datang lagi. THANK
YOU VERY MUCH to CIK KAM. Cik Kam memang Tourist Guide yang cukup
baik.
Sunshine
: Ada rezeki Sunshine nak datang lagi... INSYAALLAH kalau boleh nak jalan 1 family.
Waalaikumussalam,
ReplyDeleteSeronoknya SUNSHINE dengan trip ‘Negeri Di Bawah Bayu’
Secara tak langsung SI dapat byk info dgn tempat2 bersejarah kat sana.
Ermm SI nak tau gak sejarah “Tragedi Double Six”
Bau lembu-lembu kat “Desa Cattle” sama mcm lembu-lembu kat New Zealand?
SUNSHINE masih ada kaki lagikan di gigit dek ikan? Hihi
SI nak pasang azam g sana gak semata-mata nak rasa ‘sayap’ dgn kuah kicap, mesti sedap..
Pe pun TQ untk info yg menarik, SUNSHINE balik JB tak kena posekn? Hihi
Ada rezeki SI pun nak jelajah SABAH kembara Di Bawah Bayu
*nasib baik mamat sabah pulau manukan tak nak ikut SUNSHINE hehe