Nuffnang Ads

Tuesday 26 June 2012

Burger King

Assalammualaikum w.b.t



Tentunya ni pun Sunshine suka huhuhu... Ni adik Sunshine yg beli... dengan harga RM29.90 kita boleh makan Burger King dengan harga yang berpatutan beberapa kali huhuhu.. 

 
NOTE :Puan Huda tolongla jangan la umpan Sunhine dengan benda-benda mcm ni.Muahaha

Tuesday 19 June 2012

1234

Assalammualaikum w.b.t






Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Note : Jangan manis terus ditelan, Pahit terus dibuang... itu bidalan

Friday 8 June 2012

SEMPURNAKAN SUJUDMU


Assalammualaikum w.b.t

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

”Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)”
 
Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


 Nota : Semoga Sunshine mampu laksanakan sujud yang sempurna.

Friday 1 June 2012

Antara Rasa & Kata; Ada Rahsia

Assalammualaikum w.b.t

Tidak semua yang lahir dari hati dapat diluahkan dengan kata-kata. Malah ANTARA RASE & KATA, ADA RAHSIA . Kadang-kadang hati menerima tapi fikiran menolak. Tapi dalam satu situasi yang lain fikiran menerima hati menolak. Apapun yang berlaku ALLAH lebih tau mana yang terbaik untuk SUNSHINE.
 
Inilah takdir. Takdir yang Sunshine kena tadbir sebaik mungkin, seredha mungkin, sesyukur mungkin. Menunaikan amanah untuk mentadbirkan takdir sangat indah nikmatnya.

MAMPUKAH Sunshine... ?????



Note : Semoga Sunshine adalah manusia yang ikhlas dalam melaksanakan amanah, redha dalam menerima ketentuan ALLAH dan bersyukur atas segala nikmatNYA.