Nuffnang Ads

Wednesday 30 December 2015

Wordless Wednesday #6:2015 : Legoland


Xmas 
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Tuesday 22 December 2015

Farewell - Izan

Assalammualaikum w.b.t

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa..hilang dimata tapi dihati jangan lupa.... sedihnya... dalam masa 5 bulan 2 orang kawan yang baru nak kenal lebih rapat dah meninggalkan Sunshine. Rezeki mereka di tempat lain. Semoga ukhwah kita tak akan pernah putus.

Kami tak rapat baru nak warm up.  Tapi Izan la orang pertama yang tegur Sunshine masa mula jejak kaki kat situ. Izan memang peramah. Apapun jalan yang Izan pilih, kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Izan.



Sunshine : Semoga segala impian Izan dimakbulkan. Sunshine sentiasa doakan yang terbaik untuk Izan.

Saturday 19 December 2015

Sekeping Hati

Assalammualaikum w.b.t




Lirik Lagu : Saujana - Suci Sekeping Hati


Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Wednesday 11 November 2015

Wordless Wednesday #5:2015 : Mardhia Sofea


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Friday 30 October 2015

Farewell - Zai

Assalammualaikum w.b.t

Orang kata jangan salahkan perpisahan sebab tanpa pertemuan tak akan ada perpisahan. Bersyukur dengan datang dan perginya sebuah pertemuan. Yang penting bila ukhwah itu ada dimana pun ia tetap ada.

Sunshine tak kenal sangat Zai, cuma apa yang Sunshine tahu Zai sahabat yang baik. Mula tengok tak tegur pun huhu. Dalam hati dia x tegur pun Sunshine, dah la baru masuk keja. Tapi akhirnya... Zai punya hati yang baik. Zai pendengar dan penasihat yang baik. TQ Zai sebab sanggup dengar segalanya... INSHAAALLAH Sunshine tak akan pernah lupa Zai sampai bila-bila.







Yann & Zai


Sunshine : Semoga semua yang terbaik untuk Zai.

Tuesday 13 October 2015

UTM ELECTRUN 2015

Assalammualaikum w.b.t

“Charity Run For Johor Cerebral Palsy Association” 
28 November 2015 7.30PM






Jom kita ramai-ramai join. Bukan sahaja untuk meningkatan stamina. Malah kita bersukan sambal menderma. 


Sunday 11 October 2015

Princess II

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tambah sorang lagi anak buah Sunshine. Anak buah ni aktif sangat.. awal 10 hari dah tak sabar nak kluar. 041015, lahirla puteri kepada Alang & Shikin. Alhamdulillah baby & mummy sihat.

Genap tujuh hari puteri kesayangan di tahnikkan oleh Abang Edham dan diberi nama Mardhiyah Sofea Binti Masnawi. Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. 


Nota : Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah menjelaskan pengertian tahnik,
والتحنيك مضغ الشيء ووضعه في فم الصبي ودلك حنكه به يصنع ذلك بالصبي ليتمرن على الأكل ويقوى عليه وينبغي عند التحنيك أن يفتح فاه حتى ينزل جوفه وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء حلو وعسل النحل أولى من غيره
“Tahnik ialah mengunyah sesuatu kemudian meletakkan/ memasukkannya ke mulut bayi lalu menggosok-gosokkan ke langit-langit mulut. Hal ini dilakukan dengan tujuan agar bayi terlatihdengan makanan, juga untuk menguatkannya. Yang patut dilakukan ketika mentahnik hendaklah mulut (bayi tersebut) dibuka sehingga (sesuatu yang telah dikunyah) masuk ke dalam perutnya. Yang lebih utama, mentahnik dilakukan dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering (tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Kalau tidak ada kurma, bisa diganti dengan sesuatu yang manis. Tentunya madu lebih utama dari yang lainnya”.[1]

Amani dah ada adik. Sekarang dah panggil kakak ani. Hahaha. Okla baik.. penyayang la juga. Tak surela macamana adik dia nanti.

Sunshine : Semoga putera puteri aunty menjadi anak yang soleh & solehah. Berjaya dunia akhirat. Amin.

Hari Sukan Negara – UTM Night Run for MAKNA 2015

Assalammualaikum w.b.t

10/10/2015- Hari Sukan Negara yang buat julung kalinya dianjurkan secara besar-besaran di seluruh negara, anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan.



Sunshine tak lepaskan peluang juga, join UTM night run for MAKNA 2015, Dataran Kawad UTM. Sambutan boleh tahan juga. Cuma tak semeriah fun run yang Sunshine join selama ini. Tak pela untuk charity. Yang penting matlamatnya sampai;
1) Charity 2) Kesihatan  
Yeye ooo kan. Padahal ada la lari dalam 2km yang lebih jalan lengang kangkung hahaha.



Sunshine : Sunshine dah GEMUK….OHHHH NOOO. Ayat sedapkan hati sendiri. Tak apa janji sihat.


Wednesday 7 October 2015

Wordless Wednesday #4:2015 : Amani



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Wednesday 16 September 2015

Birthday Amani

Assalammualaikum w.b.t

Amani yang comel 
Alhamdulillah Amani dah masuk 3 tahun.  Tahun ni mama & papa dia plan nak celebrate kat KFC. Kami ok je, makan free huhuhu.
Mama , Papa & Amani
Memang excited la nak celebrate besday kat KFC. Lagi-lagi Amani tahu yang kami nak celebrate besday dia bersama ayam atok (Panggilan Amani untuk KFC).  Besday Amani sepatutnya pada 4 September tapi disebabkan Amani nak follow papa & mama ke Krabi jadi besday celebration di tunda ke 12 September.
Dari 4 haribulan Amani dah sebuk yang semua orang tak payah belikan dia hadiah (konon huhu) sebab chicky nak bg dia hadiah.
Tak surprise langsung sebab dia dah tau orang nak celebrate besday dia.

Aunty, Mama & Amani
120915, 8.30pm  – KFC Damansara Aliff, Johor Bahru
Kami sampai segala deco & makanan telah tersedia. Segala pejalanan majlis atas staff KFC. Agak mudah kerja kami.
Aturcara Majlis ;-
~ Doa pembukaan
~ Dinner
~ Games (Musical chair, Cari barang tersembunyi, Ikut gerak)
~ Chicky Keluar
~ Majlis potong kek (kek free tapi kami still beli 1 kek)
~ Lagu chicky dance (kanak-kanak menyanyi dan menari)
~ Bagi goodies bag
~ Bergambar reramai
Mula majlis dengan doa yang dibaca oleh Abg Edham dan makan. Semua orang berselera berselera. Budget tak besar jadi tetamu hanya ahli keluarga. Hope apa yang kurang maafla ye.
Meriah tetap meriah. Habis makan ada games. Budak-budak paling happy. Tapi tak sangka bapak budak pun nak join games.

Rebutla ye adik2
Ayah pun berebut huhu
Tiba masa yang di tunggu oleh anak-anak. Happy sangat Ani bila Chicky keluar bersama kek. Mula takut nak pegang Chicky.. Lama-lama suka. 

Happy Birthday Amani... Happy Birthday To You!!! Muah Love U
** Sebenarnya, apapun aktiviti bersama keluarga adalah saat bahagia.
Happy Family
Sunshine : Semoga Amani jadi anak yang solehah dan mebanggakan orang tua dunia kahirat. Amin.

Thursday 10 September 2015

UTM Night Run For MAKNA Johor 2015

Assalammualaikum w.b.t




JOM RAMAI-RAMAI KITA SUPPORT !!!!

Date : 10 October 2015
Time : 7.30 PM 

Venue : Dataran Kawad, UTM Skudai Johor
Distance: 6.2km
Registration fees: Junior & Senior - RM25, Student - RM30, Open - RM40
Medal: Finisher medal
Closing Date : 27 Sept 2015










Wednesday 9 September 2015

Tanggapan Pertama

Assalammualaikum w.b.t

Tanggapan pertama atau kata omputeh "first impression". Lebih kurang sebulan berada dalam situasi dan suasana yang baru. Tak tau macamana nak di luahkan dengan kata-kata atau riak muka hahaha. 

Jujurnya ; 
Hati kata: Semua ok. Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari  rezeki atas jalan dan REDHA ALLAH. Permulaan dan hingga kini semuanya masih sempurna atau bahasa mudah..  Alhamdulillah berdoa dan bertawakal yang semua akan baik-baik.

Fikiran kata : Cuba cari semua yang positif. Sebab tak ada benda yang mudah. Lebih-lebih untuk belajar semua  dari zero (0). 

Biawak kata : Kat sini bla bla bla bla.... Ahhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat Sunshine jadi stress huhu

Susah nak nilai... ye semua datang dari hati. Niat utama nak cari rezeki lebih atas jalanNYA. Jadi sepatutnya tak perlu dengar kata biawak. Cuma kadang-kadang tak suka sebab ada manusia yang apa salahnya 'ko beri aku sedikit ruang untuk buktikan aku mampu untuk sama-sama bangunkan vision & mission kita'. Sunshine juga berhak untuk diberi peluang.

INSYAALLAH semua akan ok. Terus terang Sunshine rase perasaan kali ni tak sama macam mula-mula Sunshine masuk RA. Semoga permulaan yang baik berakhir dengan lebih sempurna. Percaya Allah dah janjikan yang terbaik. Malah... please Sunshine tanam terus niat asal dan jangan sesekali terkesan dengan perkara yang tak perlu Sunshine risaukan. 



Bak kata kawan : Kenapa nak semakkan fikiran untuk benda remeh yang belum tau kesahihannya.  Lebih baik berusaha untuk sama-sama maju dan berjaya. Semua orang ada peranan sendiri. 

Sunshine : INSYAALLAH.. selagi jalannya betul... ALLAH tetap bersama.

Monday 24 August 2015

Lagu Kita - Aizat


Assalammualaikum w.b.t





Lirik : Lagu Kita - Aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Monday 10 August 2015

NEW!!!

Assalammualaikum w.b.t


New office, New life, New Environment, New Responsibility, New Friend - Hope
Ini yang Sunshine nak... Semoga Allah berkati perjalanan hidup Sunshine. Semoga apapun ianya tetap atas jalan yang di redhai. Amin

Kadang-kadang kita tak kan pernah tau setakat mana kebolehan kita selagi kita tak cuba. DAN mungkin ini perjalanan yang baru untuk belajar lebih erti hidup. 

Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari REDHA ALLAH.

Sunshine : Tetap berdoa ini jalan terbaik. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama. 

Sunday 9 August 2015

ASEAN Unity Run 2015 - Padang Merbok Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t


Semangat tak.. 
Ngantuknya
Untuk pertama kalinya diadakan 5KM STROLLER RUN : Parents with toddlers up to 3 years old (Official Attempt : Guinness World Record Largest Stroller Run in Single Location)

Actually Aila yang akan lari dengan Adam. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, Sunshine gantikan Aila dengan membawa Adam lari. (Tapi Adam dari awal sampai habis tido huhuhu). Nun tolak Amani. Alang gantikan Sushine untuk 5KM Fun Run bersama abah. Wan pulak 21KM.

Boleh pulak lagi dalam 100 meter Amani tak nak duduk stroller. Konon dia lari la huhu.


Kami berjaya!!!
Apa yang paling menarik. Sunshine tak pernah jalan depan dataran.. muzium.. Dan tentukan Sunshine tak lepaskan peluang posing sakan. Nun dah penat jadi dia amikkan gambar Sunshine jela. huhu.


Lari.. Pose tetap pose huhu

Muzium... Kalau tak lari x de nak gambar depan ni kan 

Aila sabar menunggu suami yang x kunjung tiba huhu

Yey... Wan berjaya habiskan larian 21KM

Alang berjaya....
Sunshine :  Yang penting kami tetap bersama. Selamanya......

Thursday 6 August 2015

Tempat Jatuh Lagi Di Kenang..

Assalammualaikum w.b.t



"Tempat jatuh lagi di kenang..Inikan pula tempat cari rezeki huhu". Akhirnya hari ni tamat perkhidmatan Sunshine kat RA. Semoga jauh di mata di hati tidak. 


Kalau tanya perasaan.. tak tergambar rase hati ni. Sedih..gembira..takut.. Namun hati percaya ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk Sunshine. Rahsia Allah tak ada sape pun yang tahu. Doa..Usaha..Doa Tawakal. INSYAALLAH selagi atas jalanNYA semua tetap akan sempurna. 



TERIMA KASIH SEMUA!!! 


Sunshine : Semoga keberkatan & rahmat Allah sentiasa bersama. 



Saturday 1 August 2015

Dessert : Minuman Koktel Buah

Assalammualaikum w.b.t

Mari kita cuba resepi minuman buah koktel.


Bahan-bahan:
1 Kotak Susu HL
1 Tin Fruit koktel
1 Packet Puding / Jelly
1 Tin Nata de coco

Cara-cara
Masukan semua bahan.. Letak ais … 










DAAAAA.. senangkan. Boleh dihidangkan untuk tetamu.

Sunshine : Sedapnya kalau dihidangkan diwaktu panas. Lebih sedap di makan beramai-ramai. HUHUHU

Tuesday 21 July 2015

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin

Assalammualaikum w.b.t

“Selamat.. Selamat Hari Raya
Kami ucapkan pada semua
Selamat.. Selamat Hari Raya
Pada yang miskin atau yang kaya
Hari yang menyatukan kita semua
Untuk Bersyukur pada Yang Maha Esa”

Alhamdulillah… Masih diberi kesempatan berkumpul bersama keluarga untuk meyambut hari lebaran. Ampun maaf dimohon dengan doa dan harapan kami tetap dalam kasih sayang dan rahmatNYA..


Luve both of u...
Amani & Adam




Nun & Family
Happy Family
Keluarga Kami..
Cheda & Family

Uda & Family

Achik & Family

** Gambar Abang Long sekeluarga & Shikin x de. Maaf yeee

Sunshine : Selamat Hari Raya Maaf Zahor Batin. Semoga kebahagian sentiasa mengiring kita. 

Monday 13 July 2015

Deco Raya

Assalammualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Dari kami warga kerja RA

Hahaha nak gak tu deco raya. Semoga Sunshine bersemangat nak keja raya ke empat nanti huhu.


Siap ada lampu lap lip + ketupat lagi 

tradisi kad raya 


Sunshine : Kerja, kerja gak.. kecerianan Aidilfitri tetap adoooo