Angka apakah ini????? Meningkat lagi angka ini huhuhu. Dalam tak sedar hari berganti hari..masa yang berlalu dengan cepat.
"Adakah kita betul-betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang? Kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada ditahap sekarang"
Bukan untuk duduk bersedih atau gembira berpanjangan... Tapi untuk kita muhasabah diri... mencari kekuatan diri... agar hidup lebih sempurna. Memang betul kita tidak akan mampu hilangkan semua kenangan lalu...
Sunshine cuma nak lalui 2013 dengan lebih sempurna. SEMPURNA macamana??? Biarla sempurna itu dari cara Sunshine sendiri sebab sehebat manapun, Sunshine tidak kan pernah mampu puaskan semua pihak. Dan lebih penting Sunshine nak jaga hati Sunshine sendiri. Lebihnya dengan harapan...Teruskan hidup dan menikmati sebaiknya.. Amin
“ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip
mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau
meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan
kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)
No comments:
Post a Comment