Igauan
ngeri!!! Sampai hari ni masih terbayang-bayang lagi bayangan ULAR SAWA
Memangla ular sawa tak gigit tapi kalau dia belit boleh patah tulang Sunshine
ni. Nasib tak baik mati.
Jumaat
: 020514 Sunshine nak g toilet (padah orang lambatkan solat) nak solat maghrib.
Buka pintu toilet nampak macam kepala binatang kat dalam toilet. Sunshine yang
sedia penakut ni dengan reflex apa lagi menjeritla. Jangan cakap mengucap..
habis doa Sunshine baca. Dia orang boleh tak bangun dan percaya. (Geramnyaaaaaaaaaaaaaa)
Adik
Sunshine jirus..pam toilet tu tak de apa. Sape nak percaya kan hahaha. Semua ckp bayangan Sunshine.
Sunshine dah terbayangkan ULAR tp hati & pikiran menidakkannya. Ish selisih.
Nak
jadikan cerita Sunshine tak jadi nak gunakan tandas tu. Malam dalam pukul 12.00
adik Sunshine nak guna toilet. Dia masuk n nampak benda yang sama. Tapi adik ni
terus cakap memang ular. Mak jirus air panas n letak garam.
Sabtu
: 030514 Pagi2 bangun abah ckp dah guna toilet tu lebih 1 jam. Tak ada apa yg
mencurigakan. Kami teruskan hari tu dengan hati yg tenang. Konon la…. Malam
kami makan dan yang pasti kami x guna toilet tu. Sanggup masuk bilik abah
konon2 selamat. Dalam lebih kurang pkl 10.00pm mak nak masuk toilet dalam bilik.…
Jeng
jeng jeng… masa mak masuk adik baru lepas mandi. Jadi mak ni nak bersihkan la
sikit2 toilet sebelum membuat proses hahaha.. Mak dah nampak warna hitam dalam
bowl tu. Tapi boleh dia nak pegang konon dalam hati dia adik buang sampah,
Tiba2… mak jerit “ABAH!!!!! DIA ADA
DALAM NI” pucat muka mak.. DAN kami semestinya melompatla.
Abah
tengok tapi dia dah masuk balik dalam lubang. Sunshine call pakcik sebab pakcik
ni ahli bomba. Pakcik suruh call 999. Operator tu ckp Ular x boleh panggil
bomba. Dia sambungkan pada JPAM.
Dalam
20 minit JPAM datang..kami ni dah la penakut. Duduk 3 beradik di tepi sudut
hahaha. Masa JPAM datang, dia orang ckp x boleh buat apa-apa sebab x nampak .
Maybe dia org x percaya. Sadis sungguh.. Sunshine ni macam dah nak tercabut
nyawa. Dia boleh cakap nnt klu ular tu dah kluar baru panggil. AHHHHHHHHHHHHHH
nak je maki org tu. Kalau aku dah kena belit baru mms gambar bagi ke apa
hahaha. (Perasaan emo terlampau. Maafkan sy JPAM)
Tak
puas hati call balik pakcik. Pakcik call Bomba Johor Jaya suruh datang. Macam
take advantage kat sini sbb pakcik ada pangkat n org dia terpaksa dtg sbb
arahan dia kuikui. Tapi mmg respect la abang bomba yang baik hati berusaha
sehabis baik. Kami masak air panas..curah kat tandas dapur dia jengah kat
tandas bilik. Tapi x sempat tangkap sbb dia lagi licik. Kami jirus kat dalam
bilik dia kluar kat dapur. Begitula dia ajak kami bergurau. Last naik sampai
tempat flash tapi gurauan sahaja dia masuk balik. Uda & abang long pun
tolong abang tu.
Dah
pukul 12.30am usaha abang bomba, uda, abg long & abah terpaksa dihentikan
kerana melalui jalan buntu. (Ayatttt). Abg bomba cakap kalau ular keluar lagi baru
call dia balik. Baikla… tapi kami yang penakut ni tutup lubang n hempap dengan
batu. Tabur garam banyak-banyak.
Ahad
: 040514 10.00am mak dah siap-siap masak air panas. Abah buka tutup toilet
belakang n pam. Tapi tak de apa2. Alhamdulilah selamat lega rasenya. Masuk
bilik abah pulak. YA ALLAH dia ada kat dalam tido dengan lena. TIDO DENGAN LENA??? Ye dia tido dgn lena sebab dia x sedar
pun kami tengok dia. Terhempas penutup toilet dia tetap statik je kat situ.
Sunshine
call balik balai Bomba Johor Jaya tapi sayangnya mereka semua x ada sebab ari
tu HARI BOMBA. Mereka semua x de kat balai. (Habis klu terbakar mcmana ye
ermmmmmmmm) Sunshine call pakcik, pakcik tolong callkan JPAM.
JPAM
dtg dalam masa 20 minit. Alhamdulilah tugas dia agak mudah sbb Ular tu tido.
Lepas abang tu jerut leher dia dia melawan gak. Tapi nasib semua selamat.
Beryukur sangat. Respect kat akak JPAM yang berani. Betul kot ayat "Ko ni macam Ular Sawa.. Makan tido" kenyang kot makan ayam semalam.
Terima
kasih Encik ULAR yang datang bercuti di teratak kami selama 3 hari 2 malam.
Kami akan ingat sampai bila-bila. Awak buat kami FOBIA utk ketandas. Mungkin awak
nak celebrate besday shikin. (030514 bersamaan tahun ULAR)
Sunshine : Alhamdulilah semua selamat. Terima kasih ALLAH. Ujian
untuk kami dekat dengan NYA. Kalau tak lalai je.
Syukur Alhamdulillah SUNSHINE dan keluarga selamat...
ReplyDelete*Kadang kala tempat yang kita rasa paling selamat pun kita perlu berhati-hati.