Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah Amani dah masuk 3 tahun.
Tahun ni mama & papa dia plan nak celebrate kat KFC. Kami ok je,
makan free huhuhu.
Memang excited la nak celebrate besday kat KFC. Lagi-lagi Amani tahu
yang kami nak celebrate besday dia bersama ayam atok (Panggilan Amani untuk
KFC). Besday Amani sepatutnya pada 4
September tapi disebabkan Amani nak follow papa & mama ke Krabi jadi besday
celebration di tunda ke 12 September.
Amani yang comel |
Mama , Papa & Amani |
Dari 4 haribulan Amani dah sebuk yang semua orang tak payah belikan dia
hadiah (konon huhu) sebab chicky nak bg dia hadiah.
Tak surprise langsung sebab dia dah tau orang nak celebrate besday
dia.
120915, 8.30pm – KFC Damansara
Aliff, Johor Bahru
Aunty, Mama & Amani |
Kami sampai segala deco & makanan telah tersedia. Segala pejalanan
majlis atas staff KFC. Agak mudah kerja kami.
Aturcara Majlis ;-
~ Doa pembukaan
~ Dinner
~ Games (Musical chair, Cari barang tersembunyi, Ikut gerak)
~ Chicky Keluar
~ Majlis potong kek (kek free tapi kami still beli 1 kek)
~ Lagu chicky dance (kanak-kanak menyanyi dan menari)
~ Bagi goodies bag
~ Bergambar reramai
Mula majlis dengan doa yang dibaca oleh Abg Edham dan makan. Semua
orang berselera berselera. Budget tak besar jadi tetamu hanya ahli keluarga. Hope
apa yang kurang maafla ye.
Meriah tetap meriah. Habis makan ada games. Budak-budak paling happy.
Tapi tak sangka bapak budak pun nak join games.
Rebutla ye adik2 |
Ayah pun berebut huhu |
Tiba masa yang di tunggu oleh anak-anak. Happy sangat Ani bila Chicky keluar bersama kek. Mula takut nak pegang Chicky.. Lama-lama suka.
Happy Birthday Amani... Happy Birthday To You!!! Muah Love U |
**
Sebenarnya, apapun aktiviti bersama keluarga adalah saat bahagia.
Happy Family |
Sunshine : Semoga Amani jadi anak yang solehah dan mebanggakan orang tua
dunia kahirat. Amin.
No comments:
Post a Comment