Xmas |
Nuffnang Ads
Wednesday, 30 December 2015
Wordless Wednesday #6:2015 : Legoland
Tuesday, 22 December 2015
Farewell - Izan
Assalammualaikum
w.b.t
Bertemu dan
berpisah adat manusia biasa..hilang dimata tapi dihati jangan lupa....
sedihnya... dalam masa 5 bulan 2 orang kawan yang baru nak kenal lebih rapat
dah meninggalkan Sunshine. Rezeki mereka di tempat lain. Semoga ukhwah kita tak
akan pernah putus.
Kami
tak rapat baru nak warm up. Tapi Izan la orang pertama yang tegur Sunshine masa mula jejak kaki
kat situ. Izan memang peramah. Apapun jalan yang Izan pilih, kami akan sentiasa
doakan yang terbaik untuk Izan.
Sunshine : Semoga segala
impian Izan dimakbulkan. Sunshine sentiasa doakan yang terbaik untuk Izan.
Saturday, 19 December 2015
Sekeping Hati
Assalammualaikum w.b.t
Lirik Lagu : Saujana - Suci Sekeping Hati
Lirik Lagu : Saujana - Suci Sekeping Hati
Sekeping
hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang
Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap
Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
Wednesday, 11 November 2015
Wordless Wednesday #5:2015 : Mardhia Sofea
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Friday, 30 October 2015
Farewell - Zai
Assalammualaikum
w.b.t
Orang kata jangan salahkan perpisahan sebab tanpa pertemuan tak akan ada perpisahan. Bersyukur dengan datang dan perginya sebuah pertemuan. Yang penting bila ukhwah itu ada dimana pun ia tetap ada.
Sunshine tak kenal sangat Zai, cuma apa yang Sunshine tahu Zai sahabat yang baik. Mula tengok tak tegur pun huhu. Dalam hati dia x tegur pun Sunshine, dah la baru masuk keja. Tapi akhirnya... Zai punya hati yang baik. Zai pendengar dan penasihat yang baik. TQ Zai sebab sanggup dengar segalanya... INSHAAALLAH Sunshine tak akan pernah lupa Zai sampai bila-bila.
Yann & Zai |
Sunshine : Semoga semua yang terbaik untuk Zai.
Tuesday, 13 October 2015
UTM ELECTRUN 2015
Assalammualaikum w.b.t
“Charity Run For Johor Cerebral Palsy Association”
28 November 2015
7.30PM
Jom kita ramai-ramai join. Bukan sahaja untuk meningkatan stamina. Malah kita bersukan sambal menderma.
Sunday, 11 October 2015
Princess II
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, tambah sorang lagi anak
buah Sunshine. Anak buah ni aktif sangat.. awal 10 hari dah tak sabar nak
kluar. 041015, lahirla puteri kepada Alang & Shikin. Alhamdulillah baby & mummy sihat.
Genap tujuh hari puteri kesayangan di
tahnikkan oleh Abang Edham dan diberi nama Mardhiyah Sofea Binti Masnawi.
Semoga jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Nota : Ibnu
Hajar Al-Asqalani rahimahullah menjelaskan pengertian tahnik,
والتحنيك مضغ الشيء ووضعه في فم
الصبي ودلك حنكه به يصنع ذلك بالصبي ليتمرن على الأكل ويقوى عليه وينبغي عند
التحنيك أن يفتح فاه حتى ينزل جوفه وأولاه التمر فإن لم يتيسر تمر فرطب وإلا فشيء
حلو وعسل النحل أولى من غيره
“Tahnik ialah mengunyah
sesuatu kemudian meletakkan/ memasukkannya ke mulut bayi lalu
menggosok-gosokkan ke langit-langit mulut. Hal ini dilakukan dengan
tujuan agar bayi terlatihdengan makanan, juga untuk menguatkannya. Yang patut dilakukan ketika
mentahnik hendaklah mulut (bayi tersebut) dibuka sehingga (sesuatu yang telah
dikunyah) masuk ke dalam perutnya. Yang lebih utama, mentahnik
dilakukan dengan kurma kering (tamr). Jika tidak mudah mendapatkan kurma kering
(tamr), maka dengan kurma basah (ruthab). Kalau tidak ada kurma, bisa
diganti dengan sesuatu yang manis. Tentunya madu lebih utama dari yang
lainnya”.[1]
Amani dah ada adik. Sekarang dah panggil kakak ani. Hahaha. Okla baik.. penyayang la juga. Tak surela macamana adik dia nanti.
Hari Sukan Negara – UTM Night Run for MAKNA 2015
Assalammualaikum w.b.t
10/10/2015- Hari Sukan Negara yang buat julung kalinya
dianjurkan secara besar-besaran di seluruh negara, anjuran Kementerian Belia
dan Sukan. Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari
Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan.
Sunshine tak lepaskan peluang juga, join UTM night run for
MAKNA 2015, Dataran Kawad UTM. Sambutan
boleh tahan juga. Cuma tak semeriah fun run yang Sunshine join selama ini. Tak
pela untuk charity. Yang penting matlamatnya sampai;
1) Charity 2) Kesihatan
Yeye ooo kan. Padahal ada la lari dalam 2km
yang lebih jalan lengang kangkung hahaha.
Sunshine : Sunshine dah GEMUK….OHHHH NOOO. Ayat sedapkan hati sendiri. Tak apa janji sihat.
Wednesday, 7 October 2015
Wordless Wednesday #4:2015 : Amani
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Wednesday, 16 September 2015
Birthday Amani
Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah Amani dah masuk 3 tahun.
Tahun ni mama & papa dia plan nak celebrate kat KFC. Kami ok je,
makan free huhuhu.
Memang excited la nak celebrate besday kat KFC. Lagi-lagi Amani tahu
yang kami nak celebrate besday dia bersama ayam atok (Panggilan Amani untuk
KFC). Besday Amani sepatutnya pada 4
September tapi disebabkan Amani nak follow papa & mama ke Krabi jadi besday
celebration di tunda ke 12 September.
Amani yang comel |
Mama , Papa & Amani |
Dari 4 haribulan Amani dah sebuk yang semua orang tak payah belikan dia
hadiah (konon huhu) sebab chicky nak bg dia hadiah.
Tak surprise langsung sebab dia dah tau orang nak celebrate besday
dia.
120915, 8.30pm – KFC Damansara
Aliff, Johor Bahru
Aunty, Mama & Amani |
Kami sampai segala deco & makanan telah tersedia. Segala pejalanan
majlis atas staff KFC. Agak mudah kerja kami.
Aturcara Majlis ;-
~ Doa pembukaan
~ Dinner
~ Games (Musical chair, Cari barang tersembunyi, Ikut gerak)
~ Chicky Keluar
~ Majlis potong kek (kek free tapi kami still beli 1 kek)
~ Lagu chicky dance (kanak-kanak menyanyi dan menari)
~ Bagi goodies bag
~ Bergambar reramai
Mula majlis dengan doa yang dibaca oleh Abg Edham dan makan. Semua
orang berselera berselera. Budget tak besar jadi tetamu hanya ahli keluarga. Hope
apa yang kurang maafla ye.
Meriah tetap meriah. Habis makan ada games. Budak-budak paling happy.
Tapi tak sangka bapak budak pun nak join games.
Rebutla ye adik2 |
Ayah pun berebut huhu |
Tiba masa yang di tunggu oleh anak-anak. Happy sangat Ani bila Chicky keluar bersama kek. Mula takut nak pegang Chicky.. Lama-lama suka.
Happy Birthday Amani... Happy Birthday To You!!! Muah Love U |
**
Sebenarnya, apapun aktiviti bersama keluarga adalah saat bahagia.
Happy Family |
Sunshine : Semoga Amani jadi anak yang solehah dan mebanggakan orang tua
dunia kahirat. Amin.
Thursday, 10 September 2015
UTM Night Run For MAKNA Johor 2015
Assalammualaikum w.b.t
JOM RAMAI-RAMAI KITA SUPPORT !!!!
Date : 10 October 2015
Time : 7.30 PM
Venue : Dataran Kawad, UTM Skudai Johor
Distance: 6.2km
Registration fees: Junior & Senior - RM25, Student - RM30, Open - RM40
Medal: Finisher medal
Closing Date : 27 Sept 2015
Wednesday, 9 September 2015
Tanggapan Pertama
Assalammualaikum w.b.t
Tanggapan pertama atau kata omputeh "first impression". Lebih kurang sebulan berada dalam situasi dan suasana yang baru. Tak tau macamana nak di luahkan dengan kata-kata atau riak muka hahaha.
Jujurnya ;
Sunshine : INSYAALLAH.. selagi jalannya betul... ALLAH tetap bersama.
Tanggapan pertama atau kata omputeh "first impression". Lebih kurang sebulan berada dalam situasi dan suasana yang baru. Tak tau macamana nak di luahkan dengan kata-kata atau riak muka hahaha.
Jujurnya ;
Hati kata: Semua ok. Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari rezeki atas jalan dan REDHA ALLAH. Permulaan dan hingga kini semuanya masih sempurna atau bahasa mudah.. Alhamdulillah berdoa dan bertawakal yang semua akan baik-baik.
Fikiran kata : Cuba cari semua yang positif. Sebab tak ada benda yang mudah. Lebih-lebih untuk belajar semua dari zero (0).
Biawak kata : Kat sini bla bla bla bla.... Ahhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat Sunshine jadi stress huhu
Susah nak nilai... ye semua datang dari hati. Niat utama nak cari rezeki lebih atas jalanNYA. Jadi sepatutnya tak perlu dengar kata biawak. Cuma kadang-kadang tak suka sebab ada manusia yang apa salahnya 'ko beri aku sedikit ruang untuk buktikan aku mampu untuk sama-sama bangunkan vision & mission kita'. Sunshine juga berhak untuk diberi peluang.
INSYAALLAH semua akan ok. Terus terang Sunshine rase perasaan kali ni tak sama macam mula-mula Sunshine masuk RA. Semoga permulaan yang baik berakhir dengan lebih sempurna. Percaya Allah dah janjikan yang terbaik. Malah... please Sunshine tanam terus niat asal dan jangan sesekali terkesan dengan perkara yang tak perlu Sunshine risaukan.
Bak kata kawan : Kenapa nak semakkan fikiran untuk benda remeh yang belum tau kesahihannya. Lebih baik berusaha untuk sama-sama maju dan berjaya. Semua orang ada peranan sendiri.
Sunshine : INSYAALLAH.. selagi jalannya betul... ALLAH tetap bersama.
Monday, 24 August 2015
Lagu Kita - Aizat
Lirik : Lagu Kita - Aizat
Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita
Monday, 10 August 2015
NEW!!!
Assalammualaikum w.b.t
Ini yang Sunshine nak... Semoga Allah berkati perjalanan hidup Sunshine. Semoga apapun ianya tetap atas jalan yang di redhai. Amin
Kadang-kadang kita tak kan pernah tau setakat mana kebolehan kita selagi kita tak cuba. DAN mungkin ini perjalanan yang baru untuk belajar lebih erti hidup.
Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari REDHA ALLAH.
Sunshine : Tetap berdoa ini jalan terbaik. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama.
New office, New life, New Environment, New Responsibility, New Friend - Hope |
Kadang-kadang kita tak kan pernah tau setakat mana kebolehan kita selagi kita tak cuba. DAN mungkin ini perjalanan yang baru untuk belajar lebih erti hidup.
Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari REDHA ALLAH.
Sunshine : Tetap berdoa ini jalan terbaik. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama.
Sunday, 9 August 2015
ASEAN Unity Run 2015 - Padang Merbok Kuala Lumpur
Semangat tak.. |
Ngantuknya |
Untuk pertama kalinya diadakan 5KM STROLLER RUN : Parents with toddlers up to 3 years old (Official Attempt : Guinness World Record Largest Stroller Run in Single Location)
Actually Aila yang akan lari dengan Adam. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan, Sunshine gantikan Aila dengan membawa Adam lari. (Tapi Adam dari awal sampai habis tido huhuhu). Nun tolak Amani. Alang gantikan Sushine untuk 5KM Fun Run bersama abah. Wan pulak 21KM.
Boleh pulak lagi dalam 100 meter Amani tak nak duduk stroller. Konon dia lari la huhu.
Kami berjaya!!! |
Lari.. Pose tetap pose huhu |
Muzium... Kalau tak lari x de nak gambar depan ni kan |
Aila sabar menunggu suami yang x kunjung tiba huhu |
Yey... Wan berjaya habiskan larian 21KM |
Alang berjaya.... |
Sunshine : Yang penting kami tetap bersama. Selamanya......
Thursday, 6 August 2015
Tempat Jatuh Lagi Di Kenang..
Assalammualaikum w.b.t
"Tempat jatuh lagi di kenang..Inikan pula tempat cari rezeki huhu". Akhirnya hari ni tamat perkhidmatan Sunshine kat RA. Semoga jauh di mata di hati tidak.
Sunshine : Semoga keberkatan & rahmat Allah sentiasa bersama.
"Tempat jatuh lagi di kenang..Inikan pula tempat cari rezeki huhu". Akhirnya hari ni tamat perkhidmatan Sunshine kat RA. Semoga jauh di mata di hati tidak.
Kalau tanya perasaan.. tak tergambar rase hati ni. Sedih..gembira..takut.. Namun hati percaya ALLAH dah tentukan yang terbaik untuk Sunshine. Rahsia Allah tak ada sape pun yang tahu. Doa..Usaha..Doa Tawakal. INSYAALLAH selagi atas jalanNYA semua tetap akan sempurna.
TERIMA KASIH SEMUA!!!
Sunshine : Semoga keberkatan & rahmat Allah sentiasa bersama.
Saturday, 1 August 2015
Dessert : Minuman Koktel Buah
Assalammualaikum
w.b.t
Bahan-bahan:
1 Kotak Susu HL
1 Tin Fruit
koktel
1 Packet Puding / Jelly
1 Tin Nata de
coco
Cara-cara
Sunshine : Sedapnya kalau dihidangkan diwaktu panas. Lebih sedap di makan
beramai-ramai. HUHUHU
Tuesday, 21 July 2015
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin
Assalammualaikum w.b.t
“Selamat.. Selamat
Hari Raya
Kami ucapkan pada
semua
Selamat.. Selamat
Hari Raya
Pada yang miskin
atau yang kaya
Hari yang menyatukan
kita semua
Untuk Bersyukur pada
Yang Maha Esa”
Alhamdulillah… Masih diberi kesempatan berkumpul bersama
keluarga untuk meyambut hari lebaran. Ampun maaf dimohon dengan doa dan harapan
kami tetap dalam kasih sayang dan rahmatNYA..
Luve both of u... |
Amani & Adam |
Cheda & Family |
Uda & Family |
Achik & Family |
** Gambar Abang Long sekeluarga & Shikin x de. Maaf yeee
Sunshine : Selamat Hari Raya Maaf Zahor Batin. Semoga kebahagian sentiasa mengiring kita.
Monday, 13 July 2015
Deco Raya
Assalammualaikum
w.b.t
Selamat Hari
Raya Aidilfitri.. Dari kami warga kerja RA
Hahaha nak
gak tu deco raya. Semoga Sunshine bersemangat nak keja raya ke empat nanti huhu.
Siap ada lampu lap lip + ketupat lagi |
tradisi kad raya |
Sunshine : Kerja, kerja gak.. kecerianan Aidilfitri tetap adoooo
Subscribe to:
Posts (Atom)