Nuffnang Ads

Wednesday, 16 September 2015

Birthday Amani

Assalammualaikum w.b.t

Amani yang comel 
Alhamdulillah Amani dah masuk 3 tahun.  Tahun ni mama & papa dia plan nak celebrate kat KFC. Kami ok je, makan free huhuhu.
Mama , Papa & Amani
Memang excited la nak celebrate besday kat KFC. Lagi-lagi Amani tahu yang kami nak celebrate besday dia bersama ayam atok (Panggilan Amani untuk KFC).  Besday Amani sepatutnya pada 4 September tapi disebabkan Amani nak follow papa & mama ke Krabi jadi besday celebration di tunda ke 12 September.
Dari 4 haribulan Amani dah sebuk yang semua orang tak payah belikan dia hadiah (konon huhu) sebab chicky nak bg dia hadiah.
Tak surprise langsung sebab dia dah tau orang nak celebrate besday dia.

Aunty, Mama & Amani
120915, 8.30pm  – KFC Damansara Aliff, Johor Bahru
Kami sampai segala deco & makanan telah tersedia. Segala pejalanan majlis atas staff KFC. Agak mudah kerja kami.
Aturcara Majlis ;-
~ Doa pembukaan
~ Dinner
~ Games (Musical chair, Cari barang tersembunyi, Ikut gerak)
~ Chicky Keluar
~ Majlis potong kek (kek free tapi kami still beli 1 kek)
~ Lagu chicky dance (kanak-kanak menyanyi dan menari)
~ Bagi goodies bag
~ Bergambar reramai
Mula majlis dengan doa yang dibaca oleh Abg Edham dan makan. Semua orang berselera berselera. Budget tak besar jadi tetamu hanya ahli keluarga. Hope apa yang kurang maafla ye.
Meriah tetap meriah. Habis makan ada games. Budak-budak paling happy. Tapi tak sangka bapak budak pun nak join games.

Rebutla ye adik2
Ayah pun berebut huhu
Tiba masa yang di tunggu oleh anak-anak. Happy sangat Ani bila Chicky keluar bersama kek. Mula takut nak pegang Chicky.. Lama-lama suka. 

Happy Birthday Amani... Happy Birthday To You!!! Muah Love U
** Sebenarnya, apapun aktiviti bersama keluarga adalah saat bahagia.
Happy Family
Sunshine : Semoga Amani jadi anak yang solehah dan mebanggakan orang tua dunia kahirat. Amin.

Thursday, 10 September 2015

UTM Night Run For MAKNA Johor 2015

Assalammualaikum w.b.t




JOM RAMAI-RAMAI KITA SUPPORT !!!!

Date : 10 October 2015
Time : 7.30 PM 

Venue : Dataran Kawad, UTM Skudai Johor
Distance: 6.2km
Registration fees: Junior & Senior - RM25, Student - RM30, Open - RM40
Medal: Finisher medal
Closing Date : 27 Sept 2015










Wednesday, 9 September 2015

Tanggapan Pertama

Assalammualaikum w.b.t

Tanggapan pertama atau kata omputeh "first impression". Lebih kurang sebulan berada dalam situasi dan suasana yang baru. Tak tau macamana nak di luahkan dengan kata-kata atau riak muka hahaha. 

Jujurnya ; 
Hati kata: Semua ok. Baru lagi tak boleh nak cakap apa. Semoga apapun, jalannya tetap sama. Mencari  rezeki atas jalan dan REDHA ALLAH. Permulaan dan hingga kini semuanya masih sempurna atau bahasa mudah..  Alhamdulillah berdoa dan bertawakal yang semua akan baik-baik.

Fikiran kata : Cuba cari semua yang positif. Sebab tak ada benda yang mudah. Lebih-lebih untuk belajar semua  dari zero (0). 

Biawak kata : Kat sini bla bla bla bla.... Ahhhhhhhhhhhhhhh ni yang buat Sunshine jadi stress huhu

Susah nak nilai... ye semua datang dari hati. Niat utama nak cari rezeki lebih atas jalanNYA. Jadi sepatutnya tak perlu dengar kata biawak. Cuma kadang-kadang tak suka sebab ada manusia yang apa salahnya 'ko beri aku sedikit ruang untuk buktikan aku mampu untuk sama-sama bangunkan vision & mission kita'. Sunshine juga berhak untuk diberi peluang.

INSYAALLAH semua akan ok. Terus terang Sunshine rase perasaan kali ni tak sama macam mula-mula Sunshine masuk RA. Semoga permulaan yang baik berakhir dengan lebih sempurna. Percaya Allah dah janjikan yang terbaik. Malah... please Sunshine tanam terus niat asal dan jangan sesekali terkesan dengan perkara yang tak perlu Sunshine risaukan. 



Bak kata kawan : Kenapa nak semakkan fikiran untuk benda remeh yang belum tau kesahihannya.  Lebih baik berusaha untuk sama-sama maju dan berjaya. Semua orang ada peranan sendiri. 

Sunshine : INSYAALLAH.. selagi jalannya betul... ALLAH tetap bersama.