21 March 2015
2.30pm, kami bertolak ke Bir Ali, tempat bermiqat dan
berniat umrah untuk jemaah dari Madinah. Berdebar-debar rasanya kerana kali
pertama mengerjakan umrah. Perjalanan kami menuju Mekah diiringi lafaz talbiyah
dan doa.
Bagaimanakah Sunshine di hadapan rumahMu nanti? Mampukah hati yang keras ini bergetar hingga mengalirkan air mata?
Bagaimanakah Sunshine di hadapan rumahMu nanti? Mampukah hati yang keras ini bergetar hingga mengalirkan air mata?
Setelah meninggalkan Madinah, kami meneruskan perjalanan
menuju ke Kota
Makkah al-Mukarramah dengan perasaan yang sayu dan sedih kerana terpaksa
meninggalkan Nabi SAW. Perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira
dalam 6 jam. Setelah 12km perjalanan, kami berhenti miqat Bir Ali untuk
berniat Ihram dan niat menunaikan ibadah umrah (miqat biasa bagi rombongan
umrah dari Madinah).
Setelah selesai solat sunat di Masjid Bir Ali, kami
bersama-sama berniat ihram di atas bas sebagaimana sunnah Rasulullah SAW yang
berniat ihram di atas unta baginda. Maka bermulalah perjalanan umrah kami,
terasa satu tanggungjawab yang agak berat bagi menjaga pantang
larang ihram ini. Kami berjemaah melafazkan talbiah yang diketuai oleh mutawwif
kami. Laungan talbiah di teruskan untuk beberapa ketika sehingga akhirnya
mutawwif kami meminta kami meneruskannya secara bersendiri dan mencadangkan agar
kami berehat atau tidur kerana perjalanan selepas ini untuk melaksanakan umrah
memerlukan tenaga untuk menjayakannya.
Tidak lama kemudian, kami berhenti di Wadi’ Qudait untuk solat Maghrib & Isyak serta makan malam. Kami makan nasi mandi (makanan arab) secara talam. Ramai juga jemaah lain yang makan secara talam. Setelah selesai makan kami menunaikan solat jama' taqdim magrib dan isyak.
Tidak lama kemudian, kami berhenti di Wadi’ Qudait untuk solat Maghrib & Isyak serta makan malam. Kami makan nasi mandi (makanan arab) secara talam. Ramai juga jemaah lain yang makan secara talam. Setelah selesai makan kami menunaikan solat jama' taqdim magrib dan isyak.
** Ramai sungguh orang. Sunshine nak pergi
toilet. Beratur punya la ramai. Sunshine manala faham cakap Arab. Ada nenek ni cakap apa
tah. Janji Sunshine faham dia cakap dia nak masuk toilet tp dia nak amik air dl
sbb semua orang cakap x de air. Dalam hati, aduh macamana nak amik air, mana
ada gayong, nenek tu bwk bekas nak pinjam tak tahu nak cakap arab. Nasib baik
ada minah arab ni bg bekas. (Semoga ALLAH mudahkan urusan dia.) Amik air sambil tunggu nenek tu keluar bilik air.
Masuk saje try buka paip. Ish ada air la. Alhamdulilah tak susah nak guna bekas
yg rasenya mana cukup nak buat bersuci. (Dugaan buat mereka.. Alhamdulilah
Allah mudahkan urusan Sunshine)
Kami meneruskan perjalanan kami dengan pantang larang ihram yang terus dijaga. Mutawif sekali lagi mengetuai kami untuk bertalbiah dan untuk beberapa ketika kemudian mutawif mempersilakan kami untuk berehat. Kali ini tidak terasa mengantuk, Cuma hati ni tak boleh kawal la. Ish ishtifar banyak2 Sunshine. (Banyak sangat kot dosa sampai air mata..hati.. fikiran bercampur baur)
Sunshine memerhatikan keadaan perjalanan ini, perjalanan
yang pernah ditempuh oleh Nabi SAW. Perjalanan yang dihiasi batu-batan yang
besar dan kecil dengan pelbagai warna, sememangnya berbeza dengan suasana
negara kita. Pada mata kasar, perjalanan ini sangat mencabar dan Sunshine
mengakui sememangnya tak kuat untuk lalui perjalanan seperti Baginda yang hanya
menunggang unta dan bekalan makanan yang entah seberapa, alangkah rendahnya aku
berbandingmu Ya Muhammad..
Menghampiri Tanah Haram Makkah, semua jemaah dikejutkan
oleh suara Mutawif yang mahu kami membaca doa memasuki tanah haram. Doa
memasuki tanah haram di baca dan di aminkan bersama. Moga ia menjadi saksi dan
penebus. Kemudian, mutawif mula menceritakan sejarah & keistimewaan tanah
haram Makkah. Hati ini semakin berdebar-debar, sayu, tidak sabar dan pelbagai
perasaan bercampur baur sekali lagi sepertimana perasaan ketika memasuki bumi
Madinah.
Masuk saja ke Kota Makkah, walau malam kelihatannya semua
manusia sedang sibuk, jalanraya penuh dan sesak. Mata ini tercari-cari, di
manakah letaknya Masjidil Haram. Kami nampak jam besar, cantik, bangunan
yang tersergam indah. Menara Abraj
Al-Bait atau lebih dikenali sebagai “Menara Jam Diraja Mekah” yang berhadapan dengan Masjidil Haram ini
ternyata selain menjadi menara jam tertinggi juga yang terbesar di dunia.
Confirmed kan
kita akan teruja dengan bangunan yang cantik itu.. Tiba2 mutawwif mengingatkan
bahawa Nabi Muhammad SAW menyebut:
Kredit to Cik Google |
‘..apabila engkau melihat orang yang tidak
berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak
dan meninggikan bangunan.’
SubhanAllah!! Nabi sebut satu tanda Kiamat. Semoga
kejayaan hari ini tidak membuat kita jauh dariNYA. Saat itu, segala rasa letih
dan penat hilang entah ke mana, digantikan dengan perasaan sayu, berdebar-debar
dan tidak sabar.
Akhirnya bas kami berhenti di depan Hotel Hira, hotel yang menjadi tempat penginapan kami untuk sepanjang tempoh berada di Makkah (600meter dari Masjidil Haram). Setelah mengemaskan barang-barang ke dalam bilik hotel, mutawif kami memberitahu supaya kami berkumpul balik di bawah dalam pukul 11.00pm. Ustaz akan membawa para jemaah umrah melaksanakan ibadah umrah.
Akhirnya bas kami berhenti di depan Hotel Hira, hotel yang menjadi tempat penginapan kami untuk sepanjang tempoh berada di Makkah (600meter dari Masjidil Haram). Setelah mengemaskan barang-barang ke dalam bilik hotel, mutawif kami memberitahu supaya kami berkumpul balik di bawah dalam pukul 11.00pm. Ustaz akan membawa para jemaah umrah melaksanakan ibadah umrah.
Saat memasuki masjidil haram, hati Sunshine sangat
berdebar-debar, rasa seperti tidak percaya kerana dapat menjejakkan kaki ke
sini. Alhamdulillah, Ya Allah kerana memberiku peluang untuk menjadi tetamuMu.
Sambil mata mencari-cari, akhirnya kelihatan Kaabah di celah-celah tiang.
“Kami menyahut seruanMu Ya Allah, Kami
datang kepadaMu Ya Allah”
Di dalam hati ini, seribu satu perasaan bercampur baur
menjadi satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata. (Air mata ni tak
tertahan.. tak tau nak gambar kan persaan sedih.. gembira…dan macam2 la)
Saat itu dengan tiba-tiba terlintas mengenai sejarah
pembinaan kaabah suatu ketika dahulu. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t.
Terdapat
banyak kelebihan melihat Kaabah antaranya..
Ibnu
Abbas r.a berkata,
"Memerhatikan
Kaabah akan mengukuhkan iman".
Hamad bin
Abi Salamah Rahimahullah berkata,
"Orang
yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam
beribadat".
Mujahid
berkata,
"Memerhatikan Kaabah merupakan
ibadat".
Said bin
Musayyab berkata:
"Sesiapa
yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah
segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".
Ada pula yang mengatakan;
Allah menurunkan 120
kebajikan/pahala kepada umat Nabi Muhammad SAW. Pembahagiannya ialah 60
pahala kebajikan terletak pada amalan tawaf, 40 pahala kebajikan terletak pada
amalan solat dan 20 pahala kebajikan terletak kepada pahala melihat/memandang
kaabah. Jika dicampurkan 60 ,40 dan 20 jumlahnya ialah 120.
Wallahualam....
Lebih kurang jam 11.30pm kami memulakan tawaf kami
mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Selesai melaksanakan tawaf, kami
melakukan solat sunat tawaf di hadapan multazam. Satu perasaan yang hanya menjadi
kenangan manis di hati ini, tidak mampu digambarkan atau diceritakan. Terasa
begitu hampir dengan Allah dirumahNya ini, walaupun Allah itu hampir dengan
kita walau di mana jua pun.
Masing2 berbicara dalam hati - tanda Syukur |
Alhamdulillah - Tak tergambar dengan kata-kata |
Kami minum air zam-zam sebelum meneruskan Sa’ie. kami diteruskan lagi dengan mengerjakan Sa’ie antara Safa dan Marwah. Satu ibadah yang benar-benar menguji kekuatan fizikal dan rohani. Pastinya mengingatkan kembali susah-payahnya Siti Hajar ketika ditinggalkan bersama anaknya Ismail, yang mana pada waktu itu keadaannya jauh berbeza, di tengah padang pasir yang kering kontang. Kini, semuanya selesa, dengan bumbung dan aircond serta laluan yang bersimen. Akhirnya kami bertahalul.
Ustaz Hasbi, Abah & Uteh - Saie |
22 March 2015
Hari ini, kami lakukan aktiviti persendirian. Para jemaah bebas untuk ke mana-mana. Ramai yang mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan melakukan solat-solat sunat di masjidil haram, tawaf sunat, umrah (miqat di Tana'im, Jaaranah, Hudaibiyah- urusan sendiri tanpa Mutawwif) dan pelbagai lagi.
Pagi-pagi Sunshine dah ajak mak & abah buat lawatan ke masjidil haram. Tawaf sunat, solat sunat, baca Al-Quran.
Dalam perjalanan ke Masjidil Haram |
Depan Masjidil Haram |
Hajarul Aswad
Seperti yang semua ketahui, di
Kaabah terdapatnya hajarul aswad. Berdekatan kaabah terdapatnya makam Nabi
Ibrahim. Bercerita mengenai hajarul aswad, terdapat riwayat sahih bahawa Nabi
SAW telah bersabda,
"Allah akan membangkitkan Hajarulaswad
pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang
dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya
dengan keadaan yang sebenar."
Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah SAW dimana
baginda bersabda,
"Hajarulaswad
diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah
dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam."
Makam Ibrahim
Bercerita mengenai makam Ibrahim pula, Rasulullah SAWtelah bersabda,
Bercerita mengenai makam Ibrahim pula, Rasulullah SAWtelah bersabda,
"Rukun
(penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim AS diperbuat dari permata-permata
delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu
cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. "
** Dugaan hari ni.. selipar hilang lagi. Bukan rezeki….
Tapi.. Allah gantikan dengan nikmat lain. Sunshine dapat makan aiskrim. Memang
sedap sangat perisa mangga & strawberi. Alhamdulillah. (Kalau Achik &
Mak Jah cakap air buah sedap.. Sunshine lagi suka aiskrim ni)
23 March 2015
Dugaan kami pagi ni. Bus kami sampai lambat. Kami dibawa
menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Makkah. Jabal
Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Ke Jaranah seterusnya miqat utk umrah..
Destinasi pertama kami adalah di Jabal Thur (Tapi kami tak
berentila., dalam bus je.) di mana Jabal Thur merupakan tempat persembunyian
Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar dari kaum Quraisy. Mengikut sirah, ketika
Rasulullah mula berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda bersama Saidina Abu
Bakar bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur dari Kaum Quraisy. Anak Abu Bakar, Asma
turut mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Rasullullah SAW dan ayahandanya.
Masa di Jabal Rahmah, mutawif memberi penerangan sejarah
mengenai Jabal Rahmah.
Di Arafah, terdapatnya sebuah perbukitan batu yang
dikenali dengan nama Jabal Rahmah di mana pada puncaknya terdapat tugu berwarna
putih yang memiliki nilai sejarah keislaman tinggi. Jabal rahmah bererti bukit
atau gunung kasih sayang, diyakini umat Islam sebagai tempat bertemunya antara
Nabi Adam AS dengan isterinya Siti Hawa setelah terpisah selama ratusan tahun
kerana diusir oleh Allah SWT dari Syurga ke Bumi. Keduanya diusir setelah
melanggar larangan Allah, yakni memakan buah Kholdi, akibat tergoda dengan
hasutan Iblis.
# Mutawif pesan
kat kitaorang, jangan terlalu sangat
meminta-minta, atau berdoa kat Jabal Rahmah, sampaikan ada yg solat kat atas
tu, ada yang siap tulis nama kat atas tu, menangis –meraung dekat atas Jabal
Rahmah, sampai solat pun mengadap batu putih, dah tak ngadap arah kiblat. Apapun
kita berdoa pada Allah, kita minta padaNYA. Boleh berdoa, tapi jangan sampai
jadi khurafat dan tahyul. Sunshine fikir betul apa yg mutawif cakap, tapi
Sunshine nak naik gak sebab nak tengok apa yang ada kat atas tu.
Sunshine & Abah je naik. Mak tak larat nak panjat
bukit-bukit tu, Uteh pulak kaki dah bengkak.. Ada
ramai pak arab mengekori kami untuk mengambil gambar kami dan dijual semula
kepada kami walaupun kami tidak mahu. Pak arab tersebut minta bayaran sebanyak
50riyal. Kami tak amik pun.
** Hari ni Sunshine puasa tapi macamana punya excited nampak orang jual askrim sampai termakan gakla 2 sudu. Huhu. Mungkin Allah bg nikmat.. sebab Sunshine asyik cakap n mak nak makan aiskrim lagi. Kali ni aikrim susu coklat. Hehe bila dah sedar puasa sambungla puasa. (macam budak2)
Bersungguh tak panjat |
Sampai Syurga...AMIN |
Uteh, Abah & Sunshien |
** Hari ni Sunshine puasa tapi macamana punya excited nampak orang jual askrim sampai termakan gakla 2 sudu. Huhu. Mungkin Allah bg nikmat.. sebab Sunshine asyik cakap n mak nak makan aiskrim lagi. Kali ni aikrim susu coklat. Hehe bila dah sedar puasa sambungla puasa. (macam budak2)
Seterusnya kami menuju ke Arafah. Di sinilah tempat jemaah
haji berwukuf pada hari ke-9 bulan Zulhijjah setiap tahun dan berakhir pada
Hari Raya Haji yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah. Tapi kami tidak berhenti
pun di Padang Arafah, hanya melihat sekitarnya dari tingkap bas yang membawa
kami ronda-ronda di Padang Arafah, bas juga melalui penempatan jemaah haji di
Mina, di sini Sunshine dapat melihat banyak khemah yg siap didirikan. Sunshine
rasa jumlahnya mungkin mencapai beribu-ribu khemah. Tapi masa kami dibawa
melawat, keadaan disini lengang, tapi tidak semasa musim haji, mungkin berjuta2
umat manusia ada di sini.
** Dalam hati rase mampu ke Sunshine nak lakukan Ibadah Haji. Hebat betul mereka yang telah menunaikan Ibadah Haji. YA ALLAH moga Sunshine berkesempatan melakukan Ibadah Haji dan segala urusan itu dipermudahkan.
Gambar dr dalam bus |
** Dalam hati rase mampu ke Sunshine nak lakukan Ibadah Haji. Hebat betul mereka yang telah menunaikan Ibadah Haji. YA ALLAH moga Sunshine berkesempatan melakukan Ibadah Haji dan segala urusan itu dipermudahkan.
Dari
Padang Arafah kami Ke Jaranah untuk bermiqat dan niat umrah.
Masjid Ja'ranah terdapat pada sebuah kampung yang jaraknya
kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, Makkah Al- Mukarramah. Rasulullah s.a.w
pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan
Hunain. Ji’ronah merupakan miqat paling tinggi derajatnya dibanding miqat yang
lain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan
dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Masjid
ini merupakan salah satu tempat miqat untuk berniat mengerjakan ibadah umrah.
Setelah mengambil miqat di tempat ini, diharuskan memakai pakaian ihram dan
berniat ihram.
Selepas naik bus, baru kami berniat
untuk umrah. Dalam perjalanan balik ke Hotel kami Singgah di Jabal Nur di mana
di situ terdapat Gua Hira. (Tengok dari bus gak)
Kredit to Cik Google |
Baginda SAW kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang
terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Di Gua Hira'
inilah Baginda menerima wahyu yang pertama dan turunnya ayat al-Quran yang
pertama. Gua
Hira berada di Jabal Nur. Jabal artinya gunung, Nur artinya cahaya. Jabal Nur
letaknya sekitar 6 kilometer ke arah utara Masjidil Haram. Pada bagian
puncaknya terdapat sebuah gua yang di bernama Hira. Sejarah penting yang pada
Gua Hira adalah turunnya ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an untuk pertama
kali. Saat turun ayat tersebut dikenal dengan hari Nuzulul Qur’an, yaitu
tanggal 17 Ramadhan. Adapun ayat yang pertama turun adalah ayat 1 sampai dengan
ayat 5 surat
Al’alaq,
Satu lagi kisah mengenai Jabal Nur dan Gua Hira
Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada ALLAH SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar serta isterinya Siti Khadijah yang pasa masa itu sedang mengandung sering menghantarkan makanan untuk suaminya.
** Tapi rombongan kami tidak berpeluang
untuk mendaki Jabal Nur atau masuk ke Gua Hira, Ada jer rombongan lain yang melakukan, tapi
kalau di beri peluang, kesihatan yg baik, satu hari nanti Sunshine ingin juga
merasa mendaki.
Setelah tiba di Makkah, kami terus
melaksanakan umrah kami. Umrah kedua kami sempat keliling kaabah 7 pusingan
kemudian berhenti solat Zohor baru sambung saie. Kami sempat tengok orang
berebut2 nak usung jenazah. Alhamdulilah mereka berakhir dalam keadaan mereka
mengerjakan ibadah kepada ALLAH.
** Sunshine selalu doa berakhirnya Sunshine dalam husnul khatimah (akhir hayat yang baik) AMIN.
Alhamdulillah, akhirnya segalanya
selesai setelah kami bertahalul. Ku bersyukur ke hadrat Ilahi atas kenikmatan
yang diberikannya.
24 March 2015
Sesiapa Solat Jenazah & mengiringi
jenazahnya hingga dikebumikan, maka baginya (pahala) Dua Qiroth,bersamaan 2
gunung Uhud (HR Muslim)
** Sunshine selalu doa berakhirnya Sunshine dalam husnul khatimah (akhir hayat yang baik) AMIN.
Kredit to Kak Lynn - Semoga Ukhwah kita berkekalan |
Ni pun kredit to Kak Lynn |
Umrah Tanaim
Berpakaian ihram dari hotel.. Umrah dari Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat umrah untuk kesekian kalinya. Selesai bermiqat dan solat sunat, kami dibawa kembali ke Masjidil Haram, Makkah untuk menyelesaikan umrah kami.
Berpakaian ihram dari hotel.. Umrah dari Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat umrah untuk kesekian kalinya. Selesai bermiqat dan solat sunat, kami dibawa kembali ke Masjidil Haram, Makkah untuk menyelesaikan umrah kami.
** Dugaan Sunshine yang lalai n amik mudah. Sunshine lupa bus kat mana. Nasibla ada mutawwif yang sabar. Nak x nak kena call mutawwif.
Tawaf, Saie & Tahalul. Kami rehat kejap masuk waktu zohor.
Ni kat bawah Hotel Hira |
25 March 2015
Kami diibawa menziarahi Muzium di
Makkah. Di muzium ini terdapat banyak pameran-pameran mengenai Kaabah di
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di muzium ini juga terdapat replika kedua-dua
masjid dan banyak benda-benda yang terdapat di Kaabah yang sudah tidak
digunakan lagi.
TQ Kat Abg Wan (Suami Kak Lynn yg amikkan gmbr) |
Barang-barang sejarah |
Di sini juga merupakan tempat untuk menenun kain hitam untuk diletakkan di kaabah atau lebih dikenali sebagai kiswah kaabah. Kain ini mengambil masa lebih kurang selama 1 tahun untuk disiapkan. Lama juga tu. Setiap 1 tahun juga kain hitam di kaabah tersebut akan diganti dengan kain tenunan yang baru. Kami tak boleh dah melawat tempat tenunan kain kaabah, tak dibuka untuk lawatan.
Setelah melawat muzium Makkah, kami dibawa ke Hudaibiyah. Ada jemaah yang nak buat umrah tambahan. Jadi mereka bermiqat di Masjid Hudaibiyah. Tinggal kesan je Masjid tu. Hudaibiyah sebenarnya berasal dari nama seorang lelaki yang telah menggali telaga di tempat tersebut. Daerah itu kemudian diberikan kepadanya serta dinamakan "Hudaibiyah" (termasuklah telaga tersebut). Berdekatan telaga itu terdapat sepohon pokok yang cukup rendang yang bernama pokok Hadba’.
Kredit to Cik Google - Tak jumpa la mana tak gambar terdelete ke?? |
Antara
perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah adalah :
1 -
Gencatan senjata selama 10 tahun
2
- Kabilah Arab boleh memilih untuk memihak sama ada orang Islam Madinah
atau orang Quraisy Mekah
3
- Orang Madinah yang pergi ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
dipulangkan
4 - Tapi
bagi orang Mekah yang pergi ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan semula
5 - Umat
Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
Dalam perjalanan ke Mekah kami
sempat tengok unta. Kami tak dibenarkan melawat unta sebab unta tengah sakit.
Jadi tengok dari jauhla.
** Kami tak buat umrah tambahan ini.
26 March 2015
Majlis Tahlil, bacaan Yassin & doa serta Penerangan
mengenai tawaf wida.
Kami ada aktiviti sendiri. Kami buat tawaf sunat, solat, baca Al-Quran
(dan confirm2 nagis) Hari ni pun Sunshine puasa. Alhamdulilah dapatla 2 hari
puasa kat Mekah ni.
** Kali kedua beg Sunshine diseluk semasa
jalan balik ke hotel. (Kali pertama tak ingat bila, tapi keadaan yang sama) Tapi
Alhamdulilah dia tak sempat amik apa-apa. Rase beg ditarik.. toleh Sunshine
tengok dia n dia ckp dia x amik apa-apa2 tapi tangan kat beg. Tapi maknanya dia
nak amik la kan.
Mana ada orang tak buat apa2, tiba2
cakap x amik apa2.
27 March 2015
Tawaf Wida.. Balik… Sedih.. Sayu.. Pagi-pagi kami dah uat
tawaf wida sebab takut sesak. Hari ni hari jumaat. Jemaah lelaki pun solat
jumaat kat masjid berhampiran hotel. Dugaan kecil buat kami. Bas kami agak
lewat. Janji pukul 2.30pm tapi pukul 4 lebih baru datang. Sempat kami solat
Asar di hotel. (Hati yang tertinggal) Semoga Allah makbulkan doa dan terima
ibadah serta jemput Sunshine berkali-kali.
Sampai airport kami makan malam. Lama gak la nak tunggu
flight pukul 11.30pm. Kami duduk berehat sambil borak-borak. Sebelah Sunshine
orang Indonesia
(pada pandangan Sunshine, maybe dia agak senang. Dia dah pusing banyak Negara
& melakukan umrah berkali). MasyaAllah cantik sungguh wife dia. Mereka
pernah datang Malaysia
untuk berubat. Dia tunjuk gambar-gambar dia masa menunaikan umrah.
Dalam flight balik ni Sunshine tak dapat duduk dengan mak
abah. Sunshine duduk dengan sepasang suami isteri dari Arab. Mereka nak
melancong ke Malaysia.
Balik ni terasa penat sangat. Sunshine pasang bacaan Al-Quran n zzzzzzzzz.
Bangun dah subuh n perut terasa lapar.
Alhamdulillah kami sampai KLIA, Wan jemput kami. Kami
singgah rumah Wan sebelum flight ke JB 9.00pm.
Mak, Wan & Abah |
Hati ni teringin nak pakai macam ni. |
Sunhsine : Ya ALLAH memang betul kalau
selama ni orang cakap hati tertinggal di sana.
Ye, Sunshine akui kebenarannya. Hati ni memang tertinggal disana. INSYAALLAH
semoga dengan izin ALLAH Sunshine akan kesana lagi bersama-sama orang-orang tersayang dan semoga Allah limpah-ruahkan rezeki yang halal lagi barakah untuk Sunshine
kesana berkali-kali & bawa ramai lagi kesana.
No comments:
Post a Comment