Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, setinggi-tinggi
syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya yang
lemah ini, terutama sekali nikmat Iman dan Islam. Walau berkali-kali melakukan
dosa, Sunshine masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini,
sekaligus menunjukkan bahawa pintu taubat masih terbuka.
Sunshine nak berkongsi tentang pengalaman menunaikan umrah pada bulan March yang lalu. Selain untuk berkongsi, tujuan tulisan ini tidak lain sebagai peringatan untuk diri sendiri & kenangan Sunshine.
Sejujurnya, Sunshine tak pernah menyangka dalam waktu ini diberi kesempatan untuk sampai ke tanah suci. Tapi niat tu memang tak pernah padam dari kecil. Mungkin masa kecil tak pernah tahu untuk tujuan apa. Cuma tau 1 hari nak g Mekah. Pernah cakap dengan arwah nenek 1 hari nak bawa dia ke Mekah. Tapi Allah jua yang tau niat Sunshine tak kesampaian. Tapi bila membesar mula faham dan semakin kuat rase nak jejak kaki kesana.
Sunshine nak berkongsi tentang pengalaman menunaikan umrah pada bulan March yang lalu. Selain untuk berkongsi, tujuan tulisan ini tidak lain sebagai peringatan untuk diri sendiri & kenangan Sunshine.
Sejujurnya, Sunshine tak pernah menyangka dalam waktu ini diberi kesempatan untuk sampai ke tanah suci. Tapi niat tu memang tak pernah padam dari kecil. Mungkin masa kecil tak pernah tahu untuk tujuan apa. Cuma tau 1 hari nak g Mekah. Pernah cakap dengan arwah nenek 1 hari nak bawa dia ke Mekah. Tapi Allah jua yang tau niat Sunshine tak kesampaian. Tapi bila membesar mula faham dan semakin kuat rase nak jejak kaki kesana.
Alhamdulillah, Bersyukur Kehadrat
Ilahi & terima kasih kepada kedua ibu bapa Sunshine yang sudi membawa
Sunshine. Kami pilih Adalusia Travel Sdn Bhd untuk perjalanan umrah ini. Untuk perjalanan
JB-KL kami uruskan sendiri, kami gerak Ahad pagi tido rumah Wan. Isnin kami
hantar mak & abah ke umah Uteh. Dengan izin ALLAH, Uteh yang menjadi jalan dan pendorong untuk kami
pergi mengerjakan umrah. (Uteh yg mula ckp nak g.. tu terbuka hati nak join
sekali)
17 March 2015
Kami berkumpul di KLIA 12.30pm.
Adik-adik hantar kami, Cheda sekeluarga & Uda. Ramainya orang, hati ni x tau gambarkan macamana. Kami di bimbing oleh Mutawwif
Ustaz Muhammad Hasbi Bin Mohamed Halim wakil Andalusia.
Segala urusan diuruskan oleh pihak agensi. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan.
Kami dalam group bus 1, Flight Arab
Saudi Airline. Keseluruhan perjalanan kami mengambil masa selama 12 hari: 2
hari pergi dan balik, 4 hari di Madinah, dan 6 hari di Mekah.
Ramai orang berpesan, dari mula kita niat nak menunaikan umrah dan ziarah perlu banyak
bersabar. Setiap anggota badan dan hati harus dijaga. Kita tak tahu bila
waktunya kita akan diuji. Ketika itu Sunshine rase takut sangat. Sunshine cakap
banyak kali pada diri supaya bersabar lebih2 lagi bila ingat sorang makcik ni
cakap masa kursus umrah (Doa banyak2 Allah mudahkan segala urusan. Semua tu
urusanNYA, kita kena bertanggungjawab atas setiap yang kita buat. Semoga Allah
berkati makcik tu, Amin), walaupun hakikatnya macam-macam rase ada. Alhamdulillah,
semuanya dipermudahkan, Amin.
Masa ni berdebar-debar makan pun tak nak hahaha |
Ustaz Muhammad Hasbi Mohamed Halim baca doa. Amin. |
Wah memang bestla Arab Saudi Airline ni. Alhamdulilah semuanya ok (Nampak tak kejakunan seorang yang bernama Sunshine) Bayangkanlah, setiap tempat duduk disediakan skrin untuk para penumpang menonton pelbagai genre drama & filem (filem-filem baru pula tu) serta mendengar lagu bagi menghilangkan kebosanan. Perjalanan dari KL ke Jeddah memakan masa lebih kurang 9 jam. Kami berenti di Riyard dalam 1 jam. Perjalanan (3.30pm Malaysia) smpi Jeddah 2.00am Arab Saudi). Demi mengelak daripada terlayan nafsu sendiri, kami mengambil keputusan untuk tidur dan bangun untuk makan. (Makanan memang sedap).
Alhamdulillah, ada juga audio
alunan ayat suci al-Quran sebagai peneman. Dengar sambil terzzzzzzzzzzzzzzzzz
jawabnya. Sesekali terjaga Sunshine melihat
peta interaktif pada skrin sambil mengira baki perjalanan. Tak dapat tido
sangat sebab tak sabar nak sampai bercampur hati dan fikiran yang x tau nak
gambarkan. Sampai di airport Jeddah dalam pukul 2.00am. (lebih kurang 10 1/2
jam gakla sbb transit kat Riyard) Turun flight.. amik barang & naik bus
yang memang dah siap tulis BUS 1 Ustaz Hasbi. Kami berhenti makan & solat
Jamak Maghrib & Isyak. (Lupala nama
tempat tu) Tapi Sunshine tak makan. Dah lewat sangat rasenya tak lalu nak makan
ditambah hati yang teruja.
** Sepanjang dalam
bus air mati ni x taula kenapa nak turun je.. Sayu sangat. Macam percaya tak
percaya dah sampai. Lebih2 lagi dengar Mutawwif bagi tazkirah.
Alhamdulillah, walaupun cuaca
sejuk di Jeddah, kami bersyukur dan gembira kerana telah selamat sampai, dan
berada semakin dekat dengan tanah suci!
"Menuju
ke Madinah...Hatiku merasa indah...Menuju kota
Nabi yang mulia,
Menuju
ke Madinah...Hatiku merasa indah...Menuju kota
cinta Rasulullah."
Lagu "Menuju ke Madinah" nyanyian al-Mawlid. Sunshine sedang menuju ke Madinah. Allah!! Kota yang begitu sarat dengan sejarah hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Selama ni dengar orang bercerita. Bila dapat peluang macam ni, siapa yang tak bersyukur dan terharu! Alhamdulillah Ya Allah!
Di Madinah, tengah musim sejuk.
Tapi ala sepoi bahasa jela. Tak dela sampai menggigil. Alhamdulillah, walaupun
sejuk kami diberi kekuatan dan semangat yang luar biasa untuk ke Masjid Nabawi
setiap kali waktu solat
Di Madinah kami tinggal di Mubarak
Silver Hotel. (masjid berada 200meter dari hotel). Sampai kami di bagi bilik, kemas barang, rehat jap dan
terus menuju ke masjid untuk solat subuh.
Depan Hotel.. Mubarak Hotel |
** Dugaan pertama
selipar pagi ni dah hilang. Bukan rezeki Sunshine, Redha… Banyak je orang
meniaga kat depan ni. Tak dela dugaan
sangat pun kan
just jalan depan sikit ada jual selipar. (Ni pun Allah makbulkan niat sebab memang dari
Malaysia dah fikir nak beli
selipar kat sana kan)
** Saje nak tunjuk yang ramai orang meniaga depan masjid ni. Tapi kesian bila polis datang semua lari lintang pukang.
Ckp pasal selipar tp gambar org jual selindang ada kaitan x hahah |
18 March 2015
Disebabkan kami baru sampai pukul
4.00am jadi ustaz kata hari tu aktiviti bebas untuk kami berehat. Jadi kami
habiskan masa untuk solat sunat dan membaca Al-Quran di masjid je.
Air Zam Zam
Bekas Air Zam Zam dalam Masjid |
Air Zam Zam
Antara keistimewaan yang terdapat
di Madinah & Makkah tentunya air zamzam. Terlalu banyak fadhilat air zamzam. Masa buat
umrah memang puas la minum Air Zam Zam. Minumla banyak mana dan jangan lupa
berdoa.
Rasulullah SAW bersabda (mengenai air Zamzam),
"Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan
makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas
RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda,
"Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan
berdasarkan kepada niat meminumnya".
Diriwayatkan juga daripada Ibnu
Abbas RA katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda,
"Sebaik-baik air yang keluar dari perut
bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan
penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."
** YA ALLAH,
jujurnya Sunshine tak dapat nak gambarkan apa perasaan Sunshine bila berada di sana. Hari-hari air mata
ni jangan cakapla. (Dah mmg Sunshine ni hatinya mcm tisu huhu) Setiap yang
Sunshine lakukan hati ni betul2 rase sayu sangat. Bersyukur sangat-sangat
Sunshine diberi peluang ini. Macam-macam doa yang dipanjatkan.. Semoga Allah ampunkan dosa
Sunshine & tetap istiqamah pada jalanNYA.
19 March 2015
Pagi tu aktiviti kami melawat
Raudhah. Kami dibawa seorang Ustazah ke Raudhah. Satu kawasan yang terletak di
antara rumah Rasulullah s.a.w dan mimbar baginda.
"Di
antara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga. Dan
mimbarku di atas kolam." (Sahih Bukhari)
Kini kawasan Raudhah di tandakan dengan karpet berwarna hijau (karpet masjid
berwarna merah). Oleh sebab Raudhah dibuka untuk Muslimah pada waktu tertentu
sahaja, ramailah jemaah Muslimah yang berebut-rebut untuk masuk ke situ.
Tapi Ustazah bawa kami dalam pukul
8 lebih sebab pintu ke Raudah akan tutup pukul 9.00am jadi Ustazah kata bila kita
orang yang akhir masuk tak dela sesak sangat n kami berpeluang lama sikit
didalam Raudah.
Memang sesak, ada juga adegan
tolak-menolak antara jemaah yang kurang sabar. Dalam hati ni berdoa agar Allah
bagi peluang & kesempatan untuk Sunshine solat & berdoa di raudhah.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Sunshine dapat solat & berdoa, Air
mata ni jangan cakapla..
Alhamdulillah - Keluar dari Raudhah |
** Semoga Allah makbulkan segala doa dan terima ibadat Sunshine. Semoga apa yang kami lakukan
disini akan kami teruskan bila pulang nanti. Kat sini seolah-olah kami berebut-rebut
beribadah. Setiap waktu solat di masjid, baca Al-Quran & solat
sunat. Amin.
Lepas Asar ajak mak duduk bawah payung. Tapi macamana Sunshine boleh tak alert payung tu dah tutup. Sedih sungguh, perasan dah separuh tutup.
Lepas Asar ajak mak duduk bawah payung. Tapi macamana Sunshine boleh tak alert payung tu dah tutup. Sedih sungguh, perasan dah separuh tutup.
Sedapnya... |
20 March 2014
Kami berkesempatan menziarah ke
tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain (dalam bas), dan Bukit
Uhud, Manakala Masjid Tujuh dan Perkuburan Baqi' hanya dilihat dari dalam bas
saja kerana kesuntukan masa. Kami kejar solat Jumaat & Zohor.
Masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini
terletak di Kota
Madinah
kira-kira dua batu daripada Masjid
an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Allah
s.w.t berfirman bahawa masjid ini telah dibina atas dasar taqwa (al-Quran
9:108)
Sabda
Nabi s.a.w lagi:
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di
rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya,
ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi)
Masjid Qiblatain
Ni kredit kat Cik Google.. Kami tak turun pun tengok dari dalam bus. |
Dari
Masjid Quba kami ke Jabal Uhud.
JABAL UHUD
Ayik2 muka Cik Sunshine huhu |
"Adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya".
Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi
gugurnya para Syuhada di Madinah. Perang Uhud yang berlaku antara tentera Islam
dan kafir Quraish.
- Jika dihayati kisah Perang Uhud, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita dapati seperti mentaati perintah Rasul, tidak mengejar harta dunia dan menyahut seruan jihad ke jalan Allah.
- Di sini juga terdapat perkuburan para sahabat yang terkorban semasa Perang Uhud, antaranya ialah bapa saudara Rasulullah s.a.w, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib.
- Sebuah hadis meriwayatkan bahawa pahala solat jenazah ialah sebesar Jabal Uhud.
Selain itu, kami turut dibawa ke Ladang Kurma & Pasar Kurma.
Kat Ladang kami beli kurma basah
& madu. Sedapnya kurma ni. Beli nak bagi adik2 makan.… (Tapi sampai JB dah
benyek huhu)- Jika dihayati kisah Perang Uhud, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita dapati seperti mentaati perintah Rasul, tidak mengejar harta dunia dan menyahut seruan jihad ke jalan Allah.
- Di sini juga terdapat perkuburan para sahabat yang terkorban semasa Perang Uhud, antaranya ialah bapa saudara Rasulullah s.a.w, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib.
- Sebuah hadis meriwayatkan bahawa pahala solat jenazah ialah sebesar Jabal Uhud.
Selain itu, kami turut dibawa ke Ladang Kurma & Pasar Kurma.
Kredit to Cik Google sebab Sunshine tak ingat nak amik gambar. |
Balik
kami siap2 ke masjid untuk solat. Sebab
solat Jumaat memang penuh sangat, jadi kami dah lambat ni kena solat kat luar.
** Sayunya rase bila dengar Imam nangis. Tiba2 rase bertuahnya
kalau sape tahu bahasa Arab. Imam baca kutbah sambil nangis. Yela Sunshine ni baca
Al-Quran sekadar baca. Kalau pun baca tafsir just baca tak masuk dalam jiwa. Semoga 1 hari walau tak faham bahasa arab Sunshine boleh mendalami maksud ayat-ayat Al-Quran tu (tafsir). AMIN
Sunshine berangan nak g Raudhah lagi. Suruh la mak balik
hotel dengan abah. Nanti petang suruh mak tunggu depan pagar kat tempat orang
jual Al-Quran. (Lupa nak cakap kat sini pintu masuk laki perempuan berbeza jadi tanda kami selalu tunggu abah kat pintu tempat orang jual Al-Quran). Tapi sedih Sunshine tak berkesempatan masuk lagi. Ramai orang,
mereka dah duduk kat kawasan nak masuk Raudhah dari awal. Sunshine ni lepas solat
baru nak terhegeh2 jawabnyaaaa kempunan la. Lagi-lagi orang arab ni cuti khamis
jumaat. Memang penuhla. (DAN dengan tak malu Sunshine boleh nangis kat sorang makcik, entah
sape.. dari mana.. x kenal pun.. x malukan. Sunshine boleh cerita sambil nagis
cakap yang Sunshine nak g Raudah. Makcik tu siap cakap nape anak nagis, INSYAALLAH ada rezeki nanti, anak kena pegi pagi2 dengan
ustazah tak pun malam ajak kawan, g dalam group).
** Tak tau la nak cakap macamana tapi ALLAH je tau dan semoga
makcik tu sentiasa di bawah rahmat dan keberkatanNYA
Sebab tak dapat masuk Raudhah dengan muka yang baru nagis
Sunshine mengaji n solat sunat. Tunggu
mak dekat pintu pagar & solat asar. Bila dah dekat pukul 6 Sunshine keluar
sebab teringin sangat nak tengok payung tertutup. Alhamdulillah Allah
makbulkan.
Senja... |
** Mungkin Sunshine lupa sebab dari awal
Sunshine dah niat nak tengok dan rase semua setiap inci apa yang ada selama
Sunshine menjalani ibadat umrah. Allah makbulkan.. cukupla sekali agar Sunshine
lebih bersyukur. Mana tau ada rezeki Allah jemput lagi dan lagi dan lagi. Tak
dela ingat apa yang Sunshine nak semua boleh dapat dan tak rase nikmatnya
segala yang ALLAH permudahkan. Amin
Malam tu
rezeki kami ada orang bagi tasbih, kurma & coklat. Huhu rezeki Amin.
Kredit to Cik Google - Tapi memang sama la n tasbih Sunshine dpt tu. |
21 March 2015
Pagi tu, kami ni ada tahlil. Empat hari di Madinah dirasakan sungguh singkat
sekali. Tak puas rasanya berada di sini. Pada hari terakhir, kami sekeluarga
melakukan ziarah wida'/selamat tinggal. Ziarah Wida berbeza dengan Tawaf Wida. Tawaf
wida, bila kita selesai, kita dah tak boleh ambil gambar, beli belah, dan mcm2
lagi pantang larang.. tapi berbeza dengan ziarah wida. Kami boleh lagi duduk,
solat sunat dalam masjid.
Tak putus-putus doa. Semoga satu hari nanti kami semua
akan dapat ziarah Makam Rasullullah S.A.W lagi. Kami dapat bawa semua ahli
keluarga. Perasaan masa tu sedih sangat, sekejap je masa berlalu, kami harus
meninggalkan Madinah.
** YA ALLAH, YA Rasulullah. Semoga
Allah jemput Sunshine lagi. Semoga Sunshine dapat ziarah Rasulullah S.A.W lagi.
Sayunya hati… Sunshine akan tinggalkan kota madinah ini. Bebilang bangsa dan kaum berkumpul disini. Mereka juga dengan 1 tujuan, memohon dan mencari keredhaan Allah. Menziarah makam Rasulullah s.a.w. Menangis & berdoa. Bayangkan, sape pun mereka, mereka juga umat Nabi Muhammad s.a.w, dan barangkali cinta mereka kepada baginda lebih tinggi dan besar daripada kita. Jadi walau sesiapa pun kita di dunia ini, janganlah memandang rendah atau melabel orang lain kerana kita tak tahu darjat seseorang itu di sisi Allah. Sebaliknya, cerminlah diri kita sendiri kerana kita lebih tahu bila saja kita ingat Allah.
Wallahu a'lam.
Sayunya hati… Sunshine akan tinggalkan kota madinah ini. Bebilang bangsa dan kaum berkumpul disini. Mereka juga dengan 1 tujuan, memohon dan mencari keredhaan Allah. Menziarah makam Rasulullah s.a.w. Menangis & berdoa. Bayangkan, sape pun mereka, mereka juga umat Nabi Muhammad s.a.w, dan barangkali cinta mereka kepada baginda lebih tinggi dan besar daripada kita. Jadi walau sesiapa pun kita di dunia ini, janganlah memandang rendah atau melabel orang lain kerana kita tak tahu darjat seseorang itu di sisi Allah. Sebaliknya, cerminlah diri kita sendiri kerana kita lebih tahu bila saja kita ingat Allah.
Wallahu a'lam.
** SAMBUNG...
No comments:
Post a Comment