Nuffnang Ads

Tuesday 11 March 2014

Misteri Pesawat MH370

Assalammualaikum w.b.t


  
080314 - Berita kehilangan pesawat MAS MH370 memberi kesan pada dunia am nya dan Malaysia khususnya. Semua berada dalam kesedihan di atas nasib yang menimpa MH370. Sama-samala kita doakan semuanya dalam keadaan selamat. Walau ia bukan dari kalangan keluarga kita, kita juga sama merase kesedihan & keperitan yang di alami keluarga mangsa, 



Sunshine berharap sangat “keajaiban berlaku”. YA ALLAH kuasa KAU melebihi segalanya.
Tiada apa yang mampu Sunshine lakukan selain dari doa. Berharap agar sedikit sebanyak doa Sunshine di makbulkan.

Apapun keadaannya, apa yang kami harap kami akan jumpa mereka dalam keadaan apapun. Supaya teka teki ini tidak terus bermain dalam fikiran. Malah tidak ada salah menyalah antara satu sama lain.

Copy paste :

Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu

Kesedihan melanda terpahat di kalbu

Seluruh dunia menanti beritamu

Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggallah petanda

Andai terguris tunjukkan lah rupa

Tidak nanti kami tertanya…

Sudah tertulis janji bersemi

Lautan biru bertukar merah

Ya ALLAH Ya Tuhan kami

Kepadamu kami berserah

# Pray4MH370


Sunshine : Berharap semaunya tabah. Perancangan ALLAH yang terbaik. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

1 comment:

  1. 17 Hari, 24 mac 2014 jam 10 malam PM DATUK SERI NAJIB RAZAK mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di Samudera. Secara peribadi SI sendiri merasa dukacita dengan perkembangan terbaru yang di sampaikan. Apa pun sebagai umat islam kita harus percaya pada rukun iman ke 6 (qada dan qadar). Takziah pada waris mangsa dan sama-sama kita doakan pada mangsa yang beragama Islam supaya roh mereka di tempatkan bersama orang-orang beriman.... Amin....

    ReplyDelete