Assalammualaikum w.b.t
“Tidak ada kesusahan (atau
bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa
yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. surah At-Tagaabun, ayat 11
Hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan
sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya
seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Sunshine
x pernah kena gastrik... tapi 2 hari MC sebab gastrik. Hope ni yang pertama dan
terakhirla. Sakitnya.... Dah la MC 2 hari kalau baik x pela.. melarat 3-4 hari
gak. Jadi sebab dah sakit barula Sunshine nak amik tau huhu.. Jom kita tambah
ilmu.
GASTRIK
Gastrik atau istilah perubatannya,
gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa
perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca
daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi
penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot
terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang
dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh
mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat
sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan
ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan
sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran
makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai
ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan
sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang
sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu
mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat
kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair
bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu
perut.
Gastrik je sebab tak makan, sebenarnya ada
banyak lagi sebab boleh berlakunya gastrik antaranya :
Makanan pedas
Makanan pedas sukar
untuk diproses dalam perut kita dan menyebabkan perut kita menghasilkan lebih
banyak asid untuk memproses makanan tersebut. Asid yang banyak ni lah yang
menyebabkan berlakunya gastrik dan pedih dalam perut. Makanan pedas ni
menyebabkan lebih kalori diperlukan untuk penghadaman sekaligus meningkatkan
metabolisma badan.
Note : Nasib Sunshine tak suka makanan pedas.
Makanan masam
Masam dan asid
memang sinonim. Macam manis dan gula. jadi makanan masam menyebabkan asid
berkumpul dalam perut dan gastrik.
Note : Ala ni memang kesukaan hahaha
Makanan
berminyak/berlemak
Lemak seperti yang
kita ketahui susah nak hadam dan kadang2 menyebabkan selulit. makanan berlemak
merangsang lebih banyak asid dikeluarkan oleh badan untuk penghadaman. jadi
risiko untuk gastrik bertambah lagi.
Note : Tu la yang sedapkan??????
Hahaha
Merokok
Merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.
Merokok dikatakan mampu mengurangkan kecekapan Lower Esophageal Sphincteryang berfungsi selaku pintu pagar yang membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali. Apabila LES sering terbuka (kurang cekap), asid perut mudah masuk ke ruang esofagus dan ini amat menyakitkan.
Note : Nasibla dalam keluarga
Sunshine x de perokok
Stress atau tekanan
emosi
Bila berada dalam
keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan asid dengan banyak. Ini
merupakan antara sebab mengapa seseorang terasa hendak mengunyah ketika stress.
Bila stress kita cepat lapar. Jadi kalau tertekan sediakan makanan, biar gemok
asal sihat.
Note : Lepas ni Sunshine akan
pastikan stok makanan sentiasa ada hahaha TAPI stress sgt ke huhuhu
Kurang / tidak bersenam
Ni memang susah nak cakap. Planning
macam-macam. Jangan kata jogging… nak sit up pun malas hahah
Note : Sunshine berangan akan jogging
seminggu sekali hahaha
Sunshine : Semoga
Sunshine tidak pernah kena gastric lagi Amin
Amin........ Sian SUNSHINE... Sakitkan? SI penah rasa beberapa tahun dulu, memang tak senang duduk, sampai terguling2 pun ada. Biasa penyakit gastrik ni kerap muncul pada bulan Ramadhan jer...hehe. SUNSHINE kenalah jaga makan, kalau boleh kurangkan makanan yang boleh mengundang gastrik. Makan pada waktunya walaupun kadang-kadang kira rasa masih keyang, ambil makanan ringan yang boleh mengalas perut. Jaga kesihatan SUNSHINE sebaiknye yer....
ReplyDeleteJogging semingu sekali.... macam mana nak menang larian nanti... nak kena panggil coach ni.... hehe
ReplyDelete(Walaupun saya pun lama tak jogging)