Assalammualaikum w.b.t
Ahad
lepas kami sekeluarga terharu + berbesar hati sebab di undang oleh Mak Jah &
Keluarga untuk buka bersama. Di sebabkan kami ramai, jadi plan berbuka agak
lewat sedikit. Buka tu kami makanla ala kadar je kat rumah.
8.30
mlm kami berkumpul di Senibong. Sebagai tetamu kami just follow je. Huhuhu.
Zureen dah book kat 6 Conner Senibong Seafood. Ni permintaan Mak Jah. Dari
sebelum puasa lagi Mak Jah nak sangat makan kat sini. Lama gak Sunshine x makan
sekeluarga kat sini.
Datang2
makanan dah tersedia. (Nasi Putih + Ketam black pepper + Ikan Siakap Tiga Rasa
+ Udang Butter + Sotong goreng tepung + Tomyam Ayam + Kangkung belacan + Ayam +
Kerang rebus + Air limau + Air epal) ditambah dengan jelly kelapa + pepes.
Sunshine
sekeluarga jarang makan nasi waktu buka. Bukan x makan tapi jarang ye (maklumat
bagi sesape yang nak jemput kami buka puasa hahaha) Kenyang betul rasenya. Lagi
pulak Sunshine dah bantai 4 gelas air hahaha + jemput2 ikan bilis masa kat
umah. Burukkan perangai..x dapat makan x pela..janji air nak tambah, tambah n
tambah hihihi.
Makan-makan
jangan malu-malu. Tambah2 nasi banyak lagi ni. Ratah2 apa yang ada.
Anak-anak
buah Sunshine taula dah ramai2 macam-macam hal. Dengan pulak aunty Sunshine dia
yang x sah kalau x bergambar. Senyum semua.
Sunshine :
Happy kan..
makan sekeluarga. Ni x cukup ahli ni (Wan + Aila + Hisam & Alang). Next
time, make sure semua ada ye. Lagi meriah.
No comments:
Post a Comment