Nuffnang Ads

Monday, 16 March 2015

Syukur Di Jemput Menjadi TetamuNYA



Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah, tak terluah dengan kata-kata bila pertama kali dengar yang abah nak bawa Sunshine & mak menunaikan umrah. Air mata ni rasenya nak mengalir dengan tak semena-mena. Tak tau nak gambarkan perasaan waktu tu. Hanya Allah je yang tahu.

Sunshine cuma mampu sujud syukur n berhari2 yakinkan diri bahawa inila rezeki yang tak pernah ternilai. Terima Kasih ALLAH mengizinkan Sunshine untuk jadi tetamuNYA. Terima kasih abah & mak yang sudi mengajak Sunshine bersama.

Terus terang inilah hadiah paling bermakna. Niat itu memang ada, cuma bila kesampaian hanya ALLAH yang tahu. Dan ini peluang yang memang tak kan Sunshine lepaskan. Berharap semua diberkati, dimudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.

Sunshine percaya rezeki ALLAH ada bermacam cara. DAN salah satunya… YES peluang Sunshine menjadi tetamuNYA… SYUKUR sangat-sangat. Kadang-kala macam tidak percaya, layakkah Sunshine ini menjadi tetamunya?? Tapi sape kita untuk persoalkan layak atau tidak. 


InsyaAllah dengan izinNYA, esok 17/03/15  Sunshine, mak, abah dan uteh akan berangkat ke Mekah.. Alhamdulillah syukur. Di sini Sunshine mengambil kesempatan , mohon ampun dan maaf kepada yg mengenali diri ini, ada yang terkecil hati dengan apa juga, atau kelakuan yang tidak menyenangkan hati.. Sunshine betul2 memohon ampun dan maaf. Doakan Sunshine selamat pergi dan selamat kembali, semoga dipermudahkan urusan kami di sana. Amin.
 


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:                                        
 “Orang-orang yang menunaikan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).

“Labbaikallahumma Labbaik - Labbaika la syarika laka labbaik - Innal hamda wan ni’mata laka walmulk la syarikalak “
Maksudnya : Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu, ya Allah, Engkau tiada sekutu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan juga kerajaan adalah milik-Mu dan Engkau tidak ada sekutu.

Sunshine : Semoga Sunshine selamat pergi dan balik, segala urusan dipermudahkan.. diberi keberkatan..mendapat umrah yg mabrur.. DAN pastinya perubahan kearah yang lebih baik. Amin
 

No comments:

Post a Comment