Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah, tak
terluah dengan kata-kata bila pertama kali dengar yang abah nak bawa Sunshine
& mak menunaikan umrah. Air mata ni rasenya nak mengalir dengan tak
semena-mena. Tak tau nak gambarkan perasaan waktu tu. Hanya Allah je yang tahu.
Sunshine cuma mampu
sujud syukur n berhari2 yakinkan diri bahawa inila rezeki yang tak pernah
ternilai. Terima Kasih ALLAH mengizinkan Sunshine untuk jadi tetamuNYA. Terima
kasih abah & mak yang sudi mengajak Sunshine bersama.
Terus terang inilah
hadiah paling bermakna. Niat itu memang ada, cuma bila kesampaian hanya ALLAH
yang tahu. Dan ini peluang yang memang tak kan Sunshine lepaskan. Berharap semua
diberkati, dimudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.
Sunshine percaya
rezeki ALLAH ada bermacam cara. DAN salah satunya… YES peluang Sunshine menjadi
tetamuNYA… SYUKUR sangat-sangat. Kadang-kala macam tidak percaya, layakkah Sunshine ini menjadi
tetamunya?? Tapi sape kita untuk persoalkan layak atau tidak.
InsyaAllah dengan izinNYA, esok 17/03/15 Sunshine, mak, abah dan uteh akan berangkat ke
Mekah.. Alhamdulillah syukur. Di sini Sunshine mengambil
kesempatan , mohon ampun dan maaf kepada yg mengenali diri ini, ada yang
terkecil hati dengan apa juga, atau kelakuan yang tidak menyenangkan hati..
Sunshine betul2 memohon ampun dan maaf. Doakan Sunshine selamat pergi dan
selamat kembali, semoga dipermudahkan urusan kami di sana. Amin.
Daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Orang-orang yang menunaikan haji
dan umrah adalah tetamu Allah. Apabila mereka memohon kepadanya, pasti
diperkenankan. Dan apabila mereka memohon keampunan kepadaNya, pasti
diampunkan.” (Riwayat Nasa’i, ibnu Hibban dan Hakim).
“Labbaikallahumma Labbaik - Labbaika la syarika laka
labbaik - Innal hamda wan ni’mata laka walmulk la syarikalak “
Maksudnya : Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu, ya Allah,
Engkau tiada sekutu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian,
nikmat, dan juga kerajaan adalah milik-Mu dan Engkau tidak ada sekutu.
Sunshine
: Semoga Sunshine selamat pergi dan balik, segala urusan dipermudahkan.. diberi
keberkatan..mendapat umrah yg mabrur.. DAN pastinya perubahan kearah yang lebih
baik. Amin
InsyaAllah dengan izinNYA, esok 17/03/15 Sunshine, mak, abah dan uteh akan berangkat ke Mekah.. Alhamdulillah syukur. Di sini Sunshine mengambil kesempatan , mohon ampun dan maaf kepada yg mengenali diri ini, ada yang terkecil hati dengan apa juga, atau kelakuan yang tidak menyenangkan hati.. Sunshine betul2 memohon ampun dan maaf. Doakan Sunshine selamat pergi dan selamat kembali, semoga dipermudahkan urusan kami di sana. Amin.
Daripada
Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Labbaikallahumma Labbaik - Labbaika la syarika laka labbaik - Innal hamda wan ni’mata laka walmulk la syarikalak “
Maksudnya : Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu, ya Allah, Engkau tiada sekutu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan juga kerajaan adalah milik-Mu dan Engkau tidak ada sekutu.