Nuffnang Ads

Monday, 26 May 2014

Syukur



Assalammualaikum w.b.t 

Alhamdulillah 21/05/2014 Ulang tahun kelahiran abah yang ke 64 tahun. Dalam masa yang sama kelahiran Putera Sulong Wan & Aila : Muhammad Adam Rezqullah Bin Mohd Rezduan. Mereka berkongsi tarikh yang sama.



Buat Abah : Selamat Ulang Tahun Abah!! Semoga abah diberi kesihatan dalam melaksanakan tanggungjawab dunia akhirat. Semoga tabah menghadapi segala ujian (terutama yang melibatkan anak2 abah huhu). Walau apa pun yang berlaku.. sape pun yang berkata.. bagaimana pun keadaan… Sunshine bangga jadi anak abah dan tetap akan bersama abah.

Buat Baby Adam : Selamat datang kedunia baru!! Semoga menjadi anak yang soleh. Perjalanan masih panjang. Semoga kita sama-sama tabah untuk tetap bersama. Tambah lagi anak sedara aunty.

Buat Kedua-duanya : Semoga kebahagian mewarnai hidup kita dunia akhirat. Semoga kita tetap bersama dalam setiap keadaan. Dalam satu keluarga besar yang sempurna dimata kita. Luv U All forever...

Sunshine : Tambah lagi keluarga Sunshine. Menerima & memberi seadanya. Semoga bahagia ini selamanya………Amin

Wednesday, 21 May 2014

Wordless Wednesday #6 : Comel





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Monday, 12 May 2014

Happy Mother's Day

Assalammualaikum w.b.t
Happy Mother's Day.. Mak!! Terima kasih untuk semua pengorbanan mak selama ni. LOVE U MAK. Mak memang SUPER WOMAN huhu.




Note : Sayangggggggggggggggg mak!! Tak de ayat yang boleh gambarkan rase ni.

Saturday, 10 May 2014

Steamboat - Lagi Best

Assalammualaikum w.b.t

Hari terakhir Aini & Chepa kat RA. Kami pergi makan reramai kat Steamboat Lagi Best. Sunshine sebenarnya tak suka sangat makan steamboat sebab malas nak masak… rase rugi makan sikit... hahaha. (Walau makan bertimbun)

Nak makan steamboat kena ada teknik. Jangan makan sambil minum air… jgn makan kuah banyak sangat. Kihkih. Steamboat Lagi Best owner dia Melayu jadi tak de masalah nak pikir halal ke tak. Makanan dia banyak gakla. Puasla kami makan. Sunshine lagi puas sebab tukang makan je huhu.
 


 Sunshine : Semoga sillaturahim antara kami tetap kekal selamanya. Jauh dimata tapi bukan dihati. Ada masa kita jumpa lagi. (Walau 80% memang tak kan de masa punya kalau dah jauh hahaha)




Wednesday, 7 May 2014

Happy Birthday Shikin!!!

Assalammualaikum w.b.t   
                               
 "Happy Birthday To You!!! Happy Birthday To You!!! Happy Birthday Shikin!!!!"


Kesian Shikin, besday tahun ni macam tak berapa beria. Tak plan apa-apa pun. Lebih-lebih lagi kami dah dapat tetamu tak di undang huhu.

Kami hanya sempat celebrate besday Shikin kat “Belanga Satu”. Tak pernah try pun before ni. Ni la pertama kali kami masuk. Agak Exclusive la tempat ni. Harga boleh tahan la. Standard cafĂ© la. Bolehla makan.


Sunshine : Doa Sunshine semoga shikin tetap tabah dalam menghadapi semua dugaan yang mendatang. Meningkatnya umur akan lebih banyak benda akan kita lalui. Love U…

Monday, 5 May 2014

Mimpi Ngeri!!!

Assalammualaikum w.b.t


Igauan ngeri!!! Sampai hari ni masih terbayang-bayang lagi bayangan ULAR SAWA Memangla ular sawa tak gigit tapi kalau dia belit boleh patah tulang Sunshine ni. Nasib tak baik mati.

Jumaat : 020514 Sunshine nak g toilet (padah orang lambatkan solat) nak solat maghrib. Buka pintu toilet nampak macam kepala binatang kat dalam toilet. Sunshine yang sedia penakut ni dengan reflex apa lagi menjeritla. Jangan cakap mengucap.. habis doa Sunshine baca. Dia orang boleh tak bangun dan percaya. (Geramnyaaaaaaaaaaaaaa)

Adik Sunshine jirus..pam toilet tu tak de apa. Sape nak percaya kan hahaha. Semua ckp bayangan Sunshine. Sunshine dah terbayangkan ULAR tp hati & pikiran menidakkannya. Ish selisih.

Nak jadikan cerita Sunshine tak jadi nak gunakan tandas tu. Malam dalam pukul 12.00 adik Sunshine nak guna toilet. Dia masuk n nampak benda yang sama. Tapi adik ni terus cakap memang ular. Mak jirus air panas n letak garam.

Sabtu : 030514 Pagi2 bangun abah ckp dah guna toilet tu lebih 1 jam. Tak ada apa yg mencurigakan. Kami teruskan hari tu dengan hati yg tenang. Konon la…. Malam kami makan dan yang pasti kami x guna toilet tu. Sanggup masuk bilik abah konon2 selamat. Dalam lebih kurang pkl 10.00pm mak nak masuk toilet dalam bilik.…

Jeng jeng jeng… masa mak masuk adik baru lepas mandi. Jadi mak ni nak bersihkan la sikit2 toilet sebelum membuat proses hahaha.. Mak dah nampak warna hitam dalam bowl tu. Tapi boleh dia nak pegang konon dalam hati dia adik buang sampah, Tiba2… mak jerit “ABAH!!!!! DIA ADA DALAM NI” pucat muka mak.. DAN kami semestinya melompatla.

Abah tengok tapi dia dah masuk balik dalam lubang. Sunshine call pakcik sebab pakcik ni ahli bomba. Pakcik suruh call 999. Operator tu ckp Ular x boleh panggil bomba. Dia sambungkan pada JPAM.

Dalam 20 minit JPAM datang..kami ni dah la penakut. Duduk 3 beradik di tepi sudut hahaha. Masa JPAM datang, dia orang ckp x boleh buat apa-apa sebab x nampak . Maybe dia org x percaya. Sadis sungguh.. Sunshine ni macam dah nak tercabut nyawa. Dia boleh cakap nnt klu ular tu dah kluar baru panggil. AHHHHHHHHHHHHHH nak je maki org tu. Kalau aku dah kena belit baru mms gambar bagi ke apa hahaha. (Perasaan emo terlampau. Maafkan sy JPAM)

Tak puas hati call balik pakcik. Pakcik call Bomba Johor Jaya suruh datang. Macam take advantage kat sini sbb pakcik ada pangkat n org dia terpaksa dtg sbb arahan dia kuikui. Tapi mmg respect la abang bomba yang baik hati berusaha sehabis baik. Kami masak air panas..curah kat tandas dapur dia jengah kat tandas bilik. Tapi x sempat tangkap sbb dia lagi licik. Kami jirus kat dalam bilik dia kluar kat dapur. Begitula dia ajak kami bergurau. Last naik sampai tempat flash tapi gurauan sahaja dia masuk balik. Uda & abang long pun tolong abang tu.

Dah pukul 12.30am usaha abang bomba, uda, abg long & abah terpaksa dihentikan kerana melalui jalan buntu. (Ayatttt). Abg bomba cakap kalau ular keluar lagi baru call dia balik. Baikla… tapi kami yang penakut ni tutup lubang n hempap dengan batu. Tabur garam banyak-banyak.

Ahad : 040514 10.00am mak dah siap-siap masak air panas. Abah buka tutup toilet belakang n pam. Tapi tak de apa2. Alhamdulilah selamat lega rasenya. Masuk bilik abah pulak. YA ALLAH dia ada kat dalam tido dengan lena. TIDO DENGAN LENA??? Ye dia tido dgn lena sebab dia x sedar pun kami tengok dia. Terhempas penutup toilet dia tetap statik je kat situ.

Sunshine call balik balai Bomba Johor Jaya tapi sayangnya mereka semua x ada sebab ari tu HARI BOMBA. Mereka semua x de kat balai. (Habis klu terbakar mcmana ye ermmmmmmmm) Sunshine call pakcik, pakcik tolong callkan JPAM.

JPAM dtg dalam masa 20 minit. Alhamdulilah tugas dia agak mudah sbb Ular tu tido. Lepas abang tu jerut leher dia dia melawan gak. Tapi nasib semua selamat. Beryukur sangat. Respect kat akak JPAM yang berani. Betul kot ayat "Ko ni macam Ular Sawa.. Makan tido" kenyang kot makan ayam semalam.
 
 
Terima kasih Encik ULAR yang datang bercuti di teratak kami selama 3 hari 2 malam. Kami akan ingat sampai bila-bila. Awak buat kami FOBIA utk ketandas. Mungkin awak nak celebrate besday shikin. (030514 bersamaan tahun ULAR)

Sunshine : Alhamdulilah semua selamat. Terima kasih ALLAH. Ujian untuk kami dekat dengan NYA. Kalau tak lalai je.