Nuffnang Ads

Wednesday, 18 December 2013

KOTAK

Assalammualaikum w.b.t

Lagi 2 minggu akan berakhir la tahun 2013. Kenangan ni tak perlu lagi Sunshine simpan. Terima Kasih sebab sedarkan Sunshine bertapa Sunshine tak de nilai. Terima Kasih sebab lengkapkan diri Sunshine dengan penuh rasa kesakitan. Terima Kasih sebab ajar Sunshine tak semua kenangan perlu disimpan. Terima Kasih untuk lubang yang kamu gali untuk Sunshine. 

Tutup rapat-rapat
Sunshine dah penuhkan kotak dengan semua kenangan kita. Rasenya x perlu lagi Sunshine simpan walau sebesar zarah pun kenangan tu. Semoga ALLAH memberikan yang terbaik buat kamu. Sunshine pegang pada janji tapi rasenya Sunshine kena terima yang tak semua orang tetap teguh dengan janji. Maafkan Sunshine untuk pengkhianatan yang lebih dari Sunshine. Sebab dari awal kamu sendiri tau yang Sunshine memang manusia yang sukar dijangka dan ini mungkin salah satu yang dikatakan DILUAR JANGKAUAN.

Inila harga semua PERSAHABATAN. Yes!! bukan salah kamu, kamu ada alasan kamu sendiri. Semoga ALLAH memberkati kamu. Terima Kasih ALLAH. Semoga Sunshine tetap kuat untuk setiap dugaan dan kelebihan yang diaturkanNYA. Semoga ALLAH saje yang balas setiap kebaikan kamu. Sunshine maafkan kamu.

Orang kata Sunshine akan lebih terluka bila ada rase BENCI. TIDAK.. sesekali pun Sunshine tak kan pernah benci kamu. Malah rase bersalah itu tetap dalam diri Sunshine. Cara terbaik anggap saje kita tak pernah kenal. Terima Kasih Segalanya.

Sunshine dah bungkus kenangan kita
 Bagi ruang pada Sunshine untuk lebih kenal diri.



Sunshine : Semoga Sunshine tetap teguh dengan apa yang Sunshine buat. Semoga kenangan itu akan lenyap sama macam kotak. Semoga tak akan ada kamu lagi dalam hidup Sunshine selamanya... Amin

Monday, 16 December 2013

Surat untuk hati…….

Assalammualaikum w.b.t

Hati… sakit tu datang lagi.. Tabahla… Dugaan tu kecil… Sunshine tau kau kuat…. Please!! jangan sedikit pun terkesan dengan luka yang kecil. Ye…Kepedihan itu hadir lagi. Hati.. kau ulangi lagi dan lagi. YA ALLAH ampunkan HATI. Hati dia terlalu kecil. Mengulangi kesalahan dan kesilapan yang sama.

HATI
Perlu kuatkan semangat..
Perlu banyakkan sabar..
Perlu selalu berdoa..
Perlu POSITIF POSITIF POSITIF..
PASTI ada hikmah
Segalanya MILIK DIA

Rase ini juga milik DIA. Pinjaman untuk hati jadi lebih kuat. Untuk hati rase lebih dekat dengan DIA. Sunshine percaya 'Salah satu cara agar kita bahagia adalah dengan cara membahagiakan orang lain'. Doakan yang terbaik untuk semua. INSYAALLAH bahagia itu akan datang sayang. Allah x bagi apa yang kita mahu tapi DIA bagi apa yang kita perlu. Itu bukan milik HATI. Tabah la wahai hati.


Dah tiba masanya kau perlu biarkan semuanya pergi HATI. Simpan kemas-kemas dan buang jauh-jauh... GOOD LUCK HATI. Semoga bahagia itu akan jadi milikmu. "GAGAL ITU BUKAN MILIK KITA SELAMANYA" LOVE U HATI.

Ikhlas dari Sunshine

Sunshine : Bersihkan jiwa. Semoga Sunshine tetap kuat untuk semuanya.. kuatlah demi mereka yang tersayang. 

Thursday, 5 December 2013

Team Malaysia Fan Run 2013


Assalammualaikum w.b.t

01/12/13 - Lagi n lagi... Sunshine join lagi larian suka-suka. Tapi kali ni under TM. Kami datang lambat (bangun lambat sebab semalamnya berjimba kat I-City) hahaha. Sudahnya kami sampai larian dah bermula, Nak tak nak lari jela. Patut kali kedua makin jauh tapi makin dekat jatak larian 3KM je.

Larian kali ni lebih meriah sebab Abah, Nun, Hisam, Ikin, Cik Ina dan paling best Amani join sama. Tapi Amani naik keta roda 3 hihi. Sunshine lari dengan abah. Sunshine berenti abah beenti.. Sunshine lari abah lari..Abah berenti Sunshine berenti…Abah lari Sunshine lari… Macam tula sampai habis.

Sampai garisan penamat macam biasa kami dapat medal, sijil dan goodies bag TM (Pisang+Karipap+Kuih Bakar+Mineral Water). Sunshine lupa nak set time. Jadi tak dapatla tau masa larian yang diambil.



Lepas rehat kejap Sunshine pergi menyebuk kat TM punya tempat. Macam-macam pertandingan ada tapi Sunshine malu huhuhu. Tengok jela. Malu-malu pun sempat amik gambar bersama artis.

Akim, Tomok & Adam
Sunshine : INSYAALLAH tahun depan kami join lagi. Larian suka-suka untuk aktiviti keluarga.

Wednesday, 4 December 2013

TRICK ART MUSEUM I-City

Assalammualaikum w.b.t 

Malam minggu baru ni (30/11/13) kami sekeluarga buat lawatan ke I-City untuk merealisasikan impian Ikin yang tak pernah pergi huhuhu. Sunshine pergi I-City masa mula-mula dibuka, rasenya tahun 2010. Masa tu tak de apa, just tengok lampu-lampu digital je.

2013 – Dah makin banyak tarikan I-City ni. Ada Trick Art Museum, Snow World, Red Carpet Wax Museum and Water World. Kami pilih TRICK ART MUSEUM untuk lawatan kali ni huhuhu. Bayaran RM 10.00 seorang. Kanak-kanak free mengikut had ketinggian. Mak & abah tak masuk, kami adik beradik je. 

jom masuk!!!

Terdapat 5 tema di trcik Art Museum iaitu Masterpieces, Egyptian, Sea Life, Animal kingdom and Modern Classic. Ia mempamerkan seni dalam bentuk 3D. Bagi mereka yang memang betul-betul meminati seni mungkin mereka dapat melihat dari sudut yang berbeza. Malah kita mampu melakukan gaya yang berbeza. Tapi Sunshine ni tak seni langsung huhu.

takut2 bg mkn ziraf  + sunshine kena sumpah dok dlm buih huhu

ikin lukis cantik2  + makanla anggur ni

Ikin..tertanggal kasut tu + nape la nyet dok kat situ
sang pari2 + ops malunya
Sunshine : Apapun aktiviti yang dilakukan bersama keluarga adalah saat paling indah. KAMI TAK KAN TERPISAH.