Nuffnang Ads

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday #4 : Sweet




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Monday, 4 November 2013

Trip : Negeri di Bawah Bayu, Sabah - Part 2

Assalammualaikum w.b.t

Sunshine nak sambung cerita Sunshine kat Sabah.
Day 3 : KINABALU PARK KUNDASANG

KAKI GUNUNG” @ tempat bermula perndakian ke Gunung Kinabalu ..

Terletak di kundasang adalah tempat yang wajib dikunjungi bila berada di Kota Kinabalu. Cuaca yang sejuk dan nyaman serta keindahan pemandangan memang dapt mereleasekan stress kat otak ni...  



NABALU MARKET”


Pekan Nabalu ni adalah pekan kecil yang terletak di antara Kota Kinabalu dan Kundasang. Pekan Nabalu dikenali sebagai pekan kecil yang menjadi persinggahan para pelancong yang menuju ke Kundasang. Dekat sini ada disediakan platform untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Kalau time jelas, memang dekat sangat gunung dari pekan ni. So, memang banyaklah pelancong yang singgah. Mulanya berenti just nak amik gambar je. Tapi kami ni mana boleh berenti ada jela. Sempat la belek2 barang2 kat sini. Macam-macam souvenir ada kat sini, T-shirt RM17 helai..hah!!..

TIP : Actually kat sini lagi murah dari Filipino Market..seyess cakap. Tapi kami dah borong kat Filipino Market.

DESA CATTLE” @ Ladang Lembu Kundasang (Ladang Lembu Mosilou)


Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia....Melalui pekan Kundasang, jarak pemanduan dalam masa 10 minit melalui jalan kecil berturap sehingga kita memasuki laluan yang tidak berturap. Untuk memasuki ladang tenusu ini bayaran RM3.00 dikenakan untuk dewasa.

Selain dari lembu-lembu dan feeling-feeling ala New Zealand tuh, ada juga la jual susu lembu fresh tapi dalam kotak la. 500ml, dua rasa - coklat dan asli – souvenir ada gak tapi kami x beli pun..






 Pemandangan dia cantik sangat. Denagn angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa


KUNDASANG WAR MEMORIAL”

Memorial ini adalah memperingati askar-askar Bersekutu Australia dan New Zealand yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua 1945 ketika sedang mara dari Sandakan ke Ranau selain pengorbanan penduduk tempatan membantu askar-askar tersebut. Tak masuk pun just amik gambar kat gerbang je huhu.


Makan dulu sebelum meneruskan perjalanan. Kami makan Mee Hoon Soto ayam. Boleh tahan sedap gak. Tapi Mee Hoon dia kasar sikit dari Mee Hoon kita.

KEDAI SAYURAN KUNDASANG”


Anda boleh menyinggah ke PASAR SAYUR DAN BUAH yang terletak di bahu jalan ketika pergi dan balik  dari Kinabalu park.. Banyakan sayuran kat sini dah macam kat Cameron tapi kami x belila sayur-sayur ni. Just turun posing2. Ish kalau ikutkan hati semua kami nak singgah n beli. Budget sikit Sunshine huhuhu. Jangan nanti balik JB kena pose huhu


“TAGAL” Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau.

Tempat seterusnya ke spa ikan pulak. Untuk masuk kesini perlu bayar RM3.00. Nak bawa kamera boleh tapi dikenakan bayaran RM3.00. Makanan ikan dijual dengan harga RM1.00.

Fish Spa Ikan Klah di Kg, Luanti Ranau 
Merasai pengalaman baru mmg tempat ni di rekemen. Punyalah teruja tgk ikan-ikan segar yg gigit kaki manusia hehe. Tapi Sunshine tak masukkan kaki just nak tgk suasana dlm ni ;). Sunshine yang penakutkan :)

Dah siap bermanja-manja dgn ikan. Kami naik jambatan gantung ni...taklah setinggi jambatan gantung Tamparuli...tp tahap gayat tu maksimalah jugak. Tengokla muka sorang2 lagak2 best huhu.

Teruskan perjalanan ke “PORIM - KOLAM AIR PANAS”
Poring terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik. Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi. Tapi kami sampai dah pukul 6.00pm. Pakcik tu cakap dia bagi kami masuk sampi 7.30pm. Jadi dapatla setakat main-main air je. Tiket masuk RM 3.00.



Jambatan Gantung pun kami x dapat naik.. ye ke kami berani huhu.
Kesian Cik Kam & Kawan dia. Sebab kami Zzzzzzzzzzzzzz selama perjalanan balik ke KK. Penat & mengantuk teramat. Balik baru rase jauhnya perjalanan. 2 jam ada kot.
Sampai je KK kami cari makan. Malam terakhir ni kami plan nak try seafood dia. Kami makan nasi putih ikan, udang dan yang pasti kepak ayam.



Kami singgah lagi kat pasar philipine ni. Cari lagi apa-apa yang patut. Haha selagi duit tak habis. 

makcik layankan huhu
Balik bilik kemas kotak2 yang ada.. Nampak macam x de apa beli… Sunshine je 2 kotak huhuhu.
Day 4 : Last day kami kat sini. Flight AK5305 Kota Kinabalu International Airport (Terminal 2) to Johor Bahru (Senai International Airport) 15.40
Cik Kam amik kami pukul 9.00am. Bawak kami g “NEXUS RESORT & SPA KARAMBUNAI” ni pun kami masuk secara haram. Hahahaha. Jahatkan kami. Mana la mampu kami nak tido kat sini. Just datang amik gambar jela. Memang cantik. Senang cerita semua yang kat Sabah ni cantik2 la.




LAGOON PARK – KARAMBUNAI”

 
Nak masuk tempat ni kene bayar RM 10.00. Tapi kami x byr sbb kami nak tgk2 jer kejap pastu nak amik gambar..hahaha.. nasib baik org yg jaga kat situ bg masuk...tempat ni nice..tapi kalo dtg reramai wat BBQ..lagi best...tempat pun bersih..pemandangan cantik.
Last sebelum balik kami isi perut dulu kat Restoran Getaran Jiwa. Alalala zaman P.Ramlee, memang dia mainkan lagu-lagu P.Ramlee je. 

 
Sedihla rase nak tinggalkan bumi di bawah bayu ni. Jujurnya masa kat Sabah rase tenang je macam x de apa pun Sunshine fikir. OOhhhhhh Sunshine akan kembali kepada kehidupan asal huuuuuhhhhhhhhhhhhhhh. INSYAALLAH Sunshine akan datang lagi. THANK YOU VERY MUCH to CIK KAM. Cik Kam memang Tourist Guide yang cukup baik.
Sunshine : Ada rezeki Sunshine nak datang lagi... INSYAALLAH kalau boleh nak jalan 1 family.