Blog ni Rase Sunshine!!!!!
Assalammualaikum w.b.t
Sehari dua ni rase macam x guna sangat2.. semua yang
sunshine buat serba tak kena... semua yang Sunshine buat salah... malah hati
terbuku rase marah, sedih, kecewa, terluka...macam profile Sunshine tu huhu.
(Try sedapkan hati sendiri) Please Sunshine muhasabah diri.. kerdilnya Sunshine
ni.
Sunhsine cuba baca dan memahami ayat bawah ni n baca berulang kali.. baca..baca.. n baca..
~ Jika kita terluka oleh orang-orang yang berkongsi
darah yang sama seperti kita,
maka hanya ingat Yusuf AS,
yang telah dikhianati oleh saudara-saudara sendiri.
~ Jika kita mencari ibu bapa yang menentang kita,
maka ingatlah Ibrahim AS,
yang bapanya membawanya kepada api.
~ Jika kita terjebak dengan masalah di mana ada jalan
keluar,
maka ingat Yunus AS,
terperangkap di dalam perut ikan paus.
~ Jika kita sakit dan badan kita menangis dengan
kesakitan,
maka ingat Ayoob
AS yang lebih buruk sakitnya dari
kita.
~ Jika kita sunyi,
maka ingat Adam AS yang
telah dicipta sendirian.
~ Jika kita tidak boleh melihat logik apa-apa di
sekeliling kita,
maka fikirkan Nuh AS
yang membina bahtera tanpa mempersoalkan.
~ Jika kita sedang dihina oleh saudara-mara kita
sendiri,
maka ingat dan berfikir
Nabi Muhammad SAW.
~~> Allah SWT meletakkan Nabi ini untuk percubaan,
supaya generasi kemudian boleh belajar erti kesabaran dan ketabahan.
Astagfirullahaladzim.
Bangun Sunshine. Dugaan yg sedikit ini x mampu sunshine lawan??? Semoga ALLAH
berikan Sunshine kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang.
Mungkin
ada betul kata sorang kawan.. “Perselisihan faham perlu untuk mengeratkan silaturahim dan kasih sayang” Semoga kita tetap bersama walau sakit itu TETAP MILIK
Sunshine dan Sunshine menjadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.
Dari dulu Sunshine berpegang pada
prinsip "buat baik akan dibalas baik". Terutama untuk kehidupan org2 tersayang dan masa depan yang sempurna. Try
to protect org2 yg Sunshine sayang.. berusaha membahagiakan mereka.. dan buat
apapun untuk membahagiakan mereka. Percaya setiap kebaikan ALLAH akan balas,
mungkin bukan pada kita tapi pd mereka2 yg kita sayang. I will try forever. TQ ALLAH untuk kesempatan ini..
Sunshine : HATI
tolongla jadi ikhlas seikhlasnya…
Tolonglah ikhlas dan redha.. Amin
SI percaya SUNSHINE kuat dan mampu menghadapi segala ujian dan dugaan. dan setiap ujian dan dugaan SUNSHINE lalui hanya mahu melihat betapa dekatnya SUNSHINE dengan dia. mungkin ada hikmah setiap apa yang berlaku untuk memberi kebahagiaan pada SUNSHINE dimasa akan datang
ReplyDelete"setiap yang berlaku ada sebabnya"
"setiap sebab ada puncanya"
"dan setiap punca ada jawapanya"
ikhlas dan redha ye SUNSHINE..