Untuk Berjaya dalam apa jua
impian dan harapan selain usaha adalah DOA. Doa merupakan kekuatan bagi setiap
manusia lebih-lebih lagi bagi kita Umat Islam. Sunshine teringat satu kisah
yang sangat memberi kesan pada Sunshine.
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka
tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.
Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib
hidupnya.
Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan
isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti
abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia
pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering
dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang
cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas
berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus
berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila
dia memasuki medan
bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang
membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada
ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka
berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia
minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang
sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat
kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si
abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak
berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,
Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH
makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih
tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana
padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka,
dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah.
Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.
Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia
berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang
ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis:
“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya.
Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan
ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak
meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang
dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang
makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya
menjadi makbul.
Cerita ini menyentuh hati Sunshine. Kadangkala, bila
Allah realisasikan impian & hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha
kita. Kita lupa akan orang keliling yang menyayangi kita dan sentiasa mendoakan
kita. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa
kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu memberi impak yang besar dalam hidup
Sunshine. Membuatkan setiap kali Sunshine berdoa, cuba untuk tidak lupa mendoakan orang keliling dan lebih merasai
bahawa Sunshine sangat-sangat memerlukan mereka mendoakan Sunshine juga.
Sunshine ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa
orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya, yang makbul doanya,
menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri Sunshine. Sebab itu jangan sombong, berlagak,
tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada
Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga Allah redha
dengan kita.
Sunshine : Buat semua.. harapan Sunshine…Sunshine termasuk dalam doa kalian. Pleaseeeeeeeeeee tolongla doakan yang baik2 untuk Sunshine. Amin .. Sayang semua.
No comments:
Post a Comment