Nuffnang Ads

Friday, 14 June 2013

Doa

Assalammualaikum w.b.t
 







Untuk Berjaya dalam apa jua impian dan harapan selain usaha adalah DOA. Doa merupakan kekuatan bagi setiap manusia lebih-lebih lagi bagi kita Umat Islam. Sunshine teringat satu kisah yang sangat memberi kesan pada Sunshine.


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.


Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya.


Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.


Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.


Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.


Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.


Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya,


Si Abang berkata dengan sombong:


“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”


Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
 
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang. Satu hari, Si Adik meninggal dunia.


Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:


“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”


MasyaALLAH…


Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.


Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.


Cerita ini menyentuh hati Sunshine. Kadangkala, bila Allah realisasikan impian & hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. Kita lupa akan orang keliling yang menyayangi kita dan sentiasa mendoakan kita. Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.


Cerita itu memberi impak yang besar dalam hidup Sunshine. Membuatkan setiap kali Sunshine berdoa, cuba untuk tidak lupa  mendoakan orang keliling dan lebih merasai bahawa Sunshine sangat-sangat memerlukan mereka mendoakan Sunshine juga.


Sunshine ini banyak dosa. Banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya, yang makbul doanya, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri Sunshine. Sebab itu jangan sombong, berlagak, tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah.
Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita. Semoga Allah redha dengan kita.
  


Sunshine : Buat semua.. harapan Sunshine…Sunshine termasuk dalam doa kalian. Pleaseeeeeeeeeee tolongla doakan yang baik2 untuk Sunshine. Amin .. Sayang semua. 

Saturday, 8 June 2013

Sakit

Assalammualaikum w.b.t




YA ALLAH, kenapa dengan Sunshine. Nape Sunshine rase sakit bila tengok orang yang Sunshine sayang sakit. Nape rase sakit ni perlu ada dalam diri ni. ALLAH selamatkan la dia.. sembuhkankan dia seperti sedia kala. Tabahkanla hati dia untuk lalui semua dugaanMU ini. 

Tak tertahan rase hati ni bila tengok keadaan dia macam tu. Demam sikitpun Sunshine gelabah bukan main nikan pula bila sakit teruk. Sunshine betul-betul speechless bila tengok dia macam tu. Kalau x kawal boleh nangis Sunshine depan dia. Walau apapun pahit yang dilalui tapi untuk tengok dia macam tu rase nak ganti tempat dia, x nak tengok dia terluka sikit pun, x nak dia sedih... nak dia lalui yang baik-baik dan yang terbaik je.

Sunshine please kawal diri tu.. Doa banyak-banyak untuk dia. Tolongla Sunshine jangan biar hati Sunshine yang sakit dan terus sakit. INSYAALLAH dia akan sembuh tapi Sunshine????  




Sunshine : YA ALLAH, memang semuanya nampak kuat..nampak tabah.. Bukan Sunshine x redha malah jauh sekali untuk lawan semua ketentuanMU. Cuma Sunshine percaya setiap yang berlaku bersebab dan DOA adalah kekuatan bagi setiap insan. Semoga ALLAH makbulkan doa Sunshine - Amin