Nuffnang Ads

Tuesday, 27 March 2012

BAIK!!!

Sudah cukup baikkah kita untuk memberi yang terbaik agar mendapat semua yang baik-baik dan sentiasa berada dalam kebaikan? (Novel : Ikhtikarah Sang Perindu)

BAIK ke Sunshine…? Mampu ke Sunshine buat yang TERBAIK…? Tapi Sunshine sentiasa berharap yang Sunshine sentiasa berada dalam KEBAIKAN. Untuk kekalkan kesabaran agak utuh dan tidak bergoyang bukan sesuatu yang mudah. Kadangkala kita rase semua yg kita buat baik Tapi siapa kita utk kata itu terbaik. 


Jadi pada Sunshine lakukan setiap perkara & berusaha sebaik mungkin. Mungkin kita x boleh jadi yang terbaik untuk sesiapa pun paling kurang itu perkara terbaik yang mampu kita buat. Sedikit kebaikan akan membuahkan 1001 kebaikan.



Note : Memandang kebaikan dalam setiap perkara..

Monday, 26 March 2012

Steamboat


Assalammualaikum...

24/03/12 - Petang sabtu yang freeeeeeeeeeee huhuhuhu. Sunshine balik awal konon2..plan nak bawak mak g pasar. Tup tup pukul 4.00pm gak balik. Maaf Mak sebab mak dapat anak yang workaholic la konon… X reti nak balik umah huhuhu…

Kami g pasar belanja apa yang patut. Duit sekarang macam air. Beli benda yang patut je dah beratus. Belum lagi amik benda2 sampingan yang sebagai niat nak ‘pow’ mak. Opsss mak dah tau pulak. Tengok2 jam dah pukul 6.00pm.

On the way balik… haha OTW la konon… x faham maksud OTW…. Pasar dengan umah lagi dekat dari pasar ke DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU huhu. Saje je bawak mak jalan-jalan.

Kami singgahla kat sini,




Tengok ramai kan orang makan…jadi kami kena gak makan… hihihi alasan yang baik untuk mak… “Sedap, cuba mak tengok ramai kan orang” muah sayangla mak. Actually mak yang teringin nak makan kat sini. Dah lama katanya x makan kat sini. Abah memang x suka jadi inila masanya, sebab abah keja huhuhu.

Ni gerai pilihan… (Tangan tu abaikan... ni gmbr budak baru belajar hihi)

 
Dan ini makanan pilihan…


Di makan bersama kuah kacang & sup... (Ikutla selera anda!!!!!)
                                                                                   


Sebelum balik adik Sunshine amik gmbr jam ni… Sebagai bukti dia orang JB huhuhu

 
Note : TQ kat adik Sunshine…sbb snap snap picture ni memang kerja dia. Sunshine just paste je untuk simpanan Sunshine.

Friday, 23 March 2012

'Kuasa Berganda Fair & Lovely'

HOT FM tengah adakan peraduan kawan karib.

Anda ada kwan karib… atau dgn kata org puteh best friend 
 

Ellis
Sunshine nak kenalkan… ni adik Nur Elliya Ellisa Lokman Hakim, umur dia 7 tahun. Dia anak buah Sunshine. Apa budak umur 7 tahun tahu bila kita tanya dia tentang kawan.

Mungkin pada dia kawan ?
1. Kawan yang satu sekolah dengan dia
2. Kawan yang naik bas sama2… makan kat kantin sama2…main sama2
3. Sesape yang main dengan dia … adik + sepupu + jiran etc.

ATAU kadangkala perkataan kawan pada dia = sesiapa saje yg baik dgn dia

Siapa pulak bukan kawan pada dia ;
Sesiapa yg buat dia marah, sakit hati, gaduh atau perkara2 yang dia rase x selesa:

1. Bila gaduh dengan adik + sepupu :  “Akak x nak kawan adik” etc
2. Bila kena marah : “Mama marah akak, akak  x kawan mama”
3. Dan kadang2 org lain yg cakap kat dia jangan kawan dgn ….. : “Kita x kawan dia, awak jgn
    kawan dia tau “ huhu teringat masa kita sebaya mereka huhu



1 perkara tentang adik Ellis, dia rase Sunshine adalah kawan baik dia.. Sweet kan… Jauh betul beza umur dia dengan kawan baik dia. Hahaha. Nak gelak pun ada tapi itula budak2. Mula-mula ianya pada Sunshine hanya gurauan kanak-kanak tapi bila dia bagi tau semua ahli keluarga dia yg Sunshine kawan baik dia… terharu sgt2 sbb kebaikan yang sedikit membuatkan hati anak sekecil itu merasakan Sunshine kawan baik yg akan sentiasa layan dia, syg dia, mampu diajak bercerita tentang imiginasi2 dia. Begitula hati & fikiran anak-anak. 

Lain kali Sunshine cereta anak buah Sunshine yg lain k :)

Noted : Sunshine sentiasa berharap 1 hari nanti NUR AIN NAJIHA @ ……………. sebijak adik Nur Elliya Elissa. (Hahaha berangan x ingat kihkih)





Sunday, 18 March 2012

Training

Assalammualakikum....Bismillahhirahmanirahim

Alhamdulilah 1 dari Wishlist Sunshine telah dapat Sunshine penuhi. Walau ia nampak biasa pd org lain tapi bermakna untuk Sunshine.

"Workshop on Understanding of Employment Act 1955 & Its Update"


Kredit untuk diri sendiri huhuhu. X de apapun yang mudah dalam hidup ini.

Note : Ilmu sesuatu yang x mungkin hilang…

Friday, 16 March 2012

Birthday Cik Ida

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama Sunshine plan nak makan kat D'Terrace Steamboat. Jadi memandangkan hari ni Sunshine ada training dan balik awal. Sunshine dengan kawan-kawan plan nak pergi makan-makan kat D'Terrace.

Buat masa ni byk2 steamboat yang Sunshine pergi rasenya D'Terrace nila paling puas hati. Tempat dia dan suasana yang agak santai. Makanan surela kami suka. Last Sunshine pergi masa Re-Union Ex-Staff company Sunshine keja sekrg walau sunshine blm jd ex huhu. Kat sini pakej buffet. Dewasa RM 20.90, kanak-kanak pulak RM 9.90. Tapi memang berbaloi-baloi sebab sangat la banyak pilihannye. Kami suka daging je yang lain x berapa. 

Ini pilihan kami
Dalam x sedar 16 March besday kawan ni.. Cik Ida... Jadi kami celebrate sekalila. Huhuhu. Maafkan kami Cik Ida sebab x tau pun besday Cik Ida. Semoga apapun yang Cik Ida lalui akan jadikan Cik Ida semakin kuat dan semoga yg terbaik utk Cik Ida.

Sunshine ada 1 masalah... Sunshine x boleh tengok makanan banyak-banyak. Kalau tgk byk2 x boleh nak makan. X boleh nak masuk tekak ni. Tapi apapun apa yang kami pilih ni dapat kami habiskan. Adik Sunshine asyik tanya je.. “kak kalau mee ni x habis kena byr x” “kak klu sup ni x hbs kena byr x” Sunshine jawab kena.. bersungguh & terpaksala dia makan sampai hbs huhu.. Gatal semua nak amik nak rase kihkih

Kami makan sampai kenyang... ada dalam 2 jam gakla kami makan. Puas hati makan kat sini. Marila ramai-ramai datang.

Sedapkan umpphh
Note : Sunshine teringin nak bwk family makan kat sini. Tapi Abah Sunshine ni x suka cuba makanan yang pelik2. Jadi maafla mak ye x dapat bwk g sini sbb sure mak x nak tgglkan darling kesayangan dia  huhu 

Thursday, 8 March 2012

CINTA .. KEKAYAAN…KECANTIKAN… KESEDIHAN…KEGEMBIRAAN


Assalammualaikum.

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai meghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan meneggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sgt kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan x mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku” teriak CINTA.Lalu apa jawab kekayaan “Aduh! Maaf cinta” kata kekayaan “Perahuku telah penuh dgn harta bendaku, aku x dpt membawamu serta nanti perahu ini tenggelam lagipun tak ada tempat lg bagimu di perahu ku ini”Lalu kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan cinta. Cinta sedih sekali. Kemudian dilihatnya kegembiraan lewat dgn perahunya.
KEGEMBIRAAN! Tolong aku” teriak cinta. Namun apa yg terjadi, kegembiraan terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan cinta. Air makin tinggi membasahkan cinta smpi kepinggang dan cinta semakin panic. 
Tak lama lewatla kecantikan.“KECANTIKAN! bawala aku bersamamu” teriak cinta
Lalu jawab kecantikan “Wah cinta kamu basah dan kotor aku x bisa membawamu ikut nanti kamu mengotori perahuku yg indah ini” sahut kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Cinta mula menagis terisak-isak. Apa kesalahanku mengapa semua melupakan aku saat itu lewatla kesedihan. Lalu cinta meneriak.
“Oh KESEDIHAN bawala aku bersamamu” kata cinta.Lalu apa kata kesedihan, “maaf cinta aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja” kata kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.
Cinta putus asa, ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Cinta terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan lalu ia berdoa kepada TUHAN ‘Oh TUHAN tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku’ TANPA CINTA.”
Pada saat krisis itu tiba2 terdengar suara “ Cinta! marila cepat naik ke perahuku” cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua sedang mengayuh perahu . Org tua itu menuruhkan cinta di suatu pulau dan pergi. Pd saat itu cinta segera menanyakan kepada seseorg “siapa sebenarnya org tua itu?” Oh! org tua itu adalah WAKTU. Lalu cinta bertanya tapi mengapa ia selamatkanku? Aku tidak mengenalinya, bahkan kwn2 sendiri x mahu menolongku. Jawab org tua itu “sbb hanya WAKTU lah yg tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA…..” 


Note : Cinta itu akan dating bila sampai waktunya… Semoga 1 hari Sunshine   
         juga ketemu cinta itu huhu


Tuesday, 6 March 2012

KERANA DIRIKU TERLALU BERHARGA

Assalammualaikum

Hahaha ok x ayat tu… perasan bestkan… tula SUNSHINE huhuhu.. kadang2 Sunshine rase lemah sgt.. rase x mampu nak jd yg terbaik walau utk diri sunshine sendiri tp selagi sunshine percaya “GAGAL ITU BUKAN MILIKKU SELAMANYA” sunshine akan berjaya kan..

X kisahla dalam soal apa…. Soal diri …hati… keluarga … kwn2… cinta…. kekuatan etc. yg pasti sunshine kena kuatkan.. Ingat yang Sunshine ada 1 je dlm dunia ni..tiada Sunshine yg ke- 2 yg ke-3 atau yg ke 100. Dan terima kasih utk mereka2 yg hadir dalam hidup Sunshine.. Kalian telah sama2 mewarnakan hidup Sunshine.


Muhasabah diri… utk dapat yg terbaik kena jd yg terbaik… ikhlaskan hati… redha dengan setiap ketentuan. INSYAALLAH

Note : Mmmmmuuuuaaaahhhhh syg kalian yg x pernah putus bg kekuatan dalam 
        hidup sunshine.