Nuffnang Ads

Thursday, 26 January 2012

Trip To Kuantan

Sempena cuti Chinese New Year yang agak lama (4 days je huhu) Sunshine ikut My BFF  & family dia bercuti ke KUANTAN... Tujuan utama nak g BUKIT GAMBANG RESORT CITY. Tapi dah kata jalan kuantan tu sure ada je tempat lain nak singgah. 

Day 1 : Kami bertolak dari JB hari Sabtu 21/01/12 9.00am. Sunshine bergilir dgn My BFF drive keta VIVA @ Siput Biru :). Kami pergi 3 kereta. Dalam perjalanan kami singgah makan kat rompin-mersing. Makan tepi laut sambil buka bekal yang kami bawa dari JB.  - Nasi Empit + Ayam Masak Merah + Rendang Daging + Serunding + Kuah Kacang - Dengan ayat lagi best macam hari raya huhuhu. Raya Cina raya gak la namanye. Kami sambung perjalanan sampai Homestay yang kami sewa kat Taman Karangan Indah, Sg. Karang.

Malam lepas makan semua kami saje2 nak jalan BANDAR KUANTAN. Tapi kami ni x tau jalan, org ckp REDAHHH je.. huhu. Jalan punya jalan x jumpa apa2 pun... semua pakat nak balik je.. Tapi disebabkan jalan tu sehala.. kami ternampak la tasek yang ada ramai org berniaga. Apa lagi.... cari parking..  Boleh dikatankan macam Bazar Karat kat Jb.

Day 2 : Pagi2 kami dah bangun sbb excited nak mandi2... Lepas sarapan ala kadar kami siap2. Perjalanan dari homestay ke Bukit Gambang Resort City dalam 1/2 jam gak. Sampai2 penuhnye org dalam hati "blm buka ke dah 10.30am ni..." Rupanye makkkk oiiiiiii penuhnye org beratur panjang gila. Kami dapat tiket dlm pkl 12 lbh. Agak 2 jam gakla beratur.Orang kata "alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan" alang2 kami dah dtg..beraturla gak panas2 terik. Lupa nak ckp..cuaca kat Kuantan panas betul.. Maybe dekat dengan laut kot.

Yahooo dapat gak tiket ... masuk2 cari pot nak lepak & letak barang2. Kesian betul kat Makcik Ramlah sbb kena jaga beg kami... anak cucu nak mandi... nenda tolong jagakan beg ye... huhuhu.. agak2 derhaka x ye :).. Sebelum mandi kami g beratur utk kali kedua huhu nak order makanan... blh tahan gakla harga makanan kat sini Menu 1 : Nasi Lemak + Ayam + Air mineral = RM9.80 Menu 2 : Cendol RM 3.00 Menu 3 : Nugget + Kentang + Air Berkarbonat = RM8.90.

Dok dalam ni beratur je keja kami. Beratur untuk kali ke 3 beli untuk sewa pelambung. Apa lagi g mandi la tempat pertama kami mandi  

COCO BEACH


Gmbr ni dr website : http://www.bgrc.com.my

 Tapi masa Sunshine kat sana penuh org. Kira langgar bahu tu biasa la huhu





Untuk lebih mencabar bg Sunshine yang penakut ni kami try la pulak : 

                     CANOPY SLIDE 
 




GALAXY SLIDE









FAMILY RAFT RIDE (THE LONGEST IN MALAYSIA)





Yang terakhir kami mandi kat 


   

 PENGUIN ISLAND
  






5.00pm  kami siap2 nak balik. Opss duit kat gelang ada balance lagi. Apa lagi kami beli Aiskrim Roti RM2.00. Semua makan roti dalam hujan huhu (Tiba2 hujan turun).
Nasibla kami dok dalam CABANA x dela kami kena hujan. Rase macam x puas mandi. X pela next time boleh datang lagi. 

Apapun Sunshine x lupa beli sikit souvenir buat family kat umah yang tinggal. INSYAALLAH, ada rezeki Sunshine nak ajak family Sunshine pulak g sini.  
Malam semua lepak. Lepas makan malam badan Sunshine panas sgt. Makan Panadol apa lagi zzzzzzzz sampai pagi.


Day 3 : Hari ni kami akan balik ke JB. Sebelum tu kami singgah Teluk Cempedak. WAH!!! Cantik betul pantai TC. Rasenye kalau kami mandi kat sini lagi best dari BGRC yang penuh sesak semalam. Next time kami datang lagi nak mandi kat TC. Sempat gak Sunshine belikan  souvenir buat 2 buah hati ni. 


 Selamat Tinggal Pahang... INSYAALLAH ada rezeki kami sampai lagi....






No comments:

Post a Comment