Nuffnang Ads

Monday, 13 August 2018

Malaysia Breakfast Day


Assalammualaikum w.b.t

4 tahun lepas kami join larian Milo. Kali ni Sunshine, Ina, Abah, Wan bersama 2 peserta cilik (Amani & Adam) Tapi pandai budak2 ni duduk dalam stroller je. Tengah jalan ada la Amani dan Adam lari kejap pastu duduk balik. Tapi pandai gak budak2 ni.. bila da tiba garisan penamat sebuk nak turun. 






Sunshine :  Walau apa aktiviti, asal tetap bersama itu dah cukup bahagia.
 


Saturday, 28 July 2018

HATI


Assalammualaikum w.b.t

Perkara kelahiran, rezeki, hidup, mati mahupun jodoh merupakan misteri serta takdir Allah yang tak boleh diramal begitu saja. Walaupun kita sudah berusaha keras dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dari itu semua, ketetapan Tuhan tetaplah segala-galanya. 

JODOH

Tipu kalau Sunshine tak punya keinginan untuk semua itu. Tapi apa usaha Sunshine, cara apa, bagaimana, semua itu menjadi titik persoalan. Betul ke Sunshine betul-betul sudah bersedia atau memenuhi impian orang lain. 

Tapi Sunshine tetap percaya. 

“Allah tak bagi ape yg kita nak tapi Allah bagi ape yg kita perlu” 

Kami kenal tak lama.. permulaan Sunshine berat hati nak terima atas alasan yang Sunshine sendiri tak tahu. Solat, doa & tawakal. Tapi apa yang Sunshine nampak Allah mudahkan semuanya untuk fasa pertama (Majlis Pertunangan).

Tipu semuanya berjalan dengan mudah dengan hati yang tak pernah selari dengan fikiran. 

21.09.2018
Sunshine :  Hati ini milik Allah. Bagaimana Allah beri, Sunshine akan usaha menjaganya.