Assalammualaikum
w.b.t
Buat masa ni Sunshine rase paling suka pulau... walau Sunshine tak tahu berenang tapi snorkeling memang benda yang boleh buat Sunshine rase happy sangat. Mungkin hidupan laut dan melihat segala kurniaan Allah buat hati Sunshine lebih tenang.
Lepas "Run From Clown" Gurlz nak cuba sesuatu yang
baru. DANNNNN Melompat Pulau menjadi pilihan. Kak Zana bagi IG
: jelajahpulau_. Sunshine menjalankan tugas, whatsapp la agent
jelajahpulau untuk dapatkan package dan detail. Package Island Hopping ni okla
buat kami yang tak berapa ni... RM180/pax.
Kami plan dalam bulan 10 dan akan pergi masa Deepavali (18
November 2017). Zali (Pihak jelajahpulau) bagi tahu kalau boleh 12 orang baru
dia gerak. Jadi Sunshine dan kawan2 gigihla kumpulkan 12 orang. Nak jadi cerita
lagi seminggu ada yang tarik diri diatas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan.
Pening gakla kepala, takut tak cukup orang kami tak dapat pergi. Tup-tup 2 hari
sebelum pergi Farha cakap kawan-kawan dia nak ikut dalam 12 orang... Senyum sampai
ke telinga la kami. Jadi 18 orang dari group kami.
Tentative:
8.30am Berkumpul kat Jeti Mersing dan bertolak
Destinasi Pertama : Pulau Raja untuk water confidence session
Destinasi Kedua : Pulau Lanun
Hiking Pulau Lanun untuk view yang sangat cantik
Destinasi Ketiga : Tokong Ikan. Spot terbaik untuk snorkeling
Destinasi Keempat : Pulau Hujung. Lunch, snorkeling, swim
through coral
Destinasi Kelima : Teluk Bakau. Snorkeling
6.00pm Sampai Jeti Mersing
Kami gerak dalam 3 groups. Dari JB pukul 6. Sampai Jeti ngam2
pukul 8. Breakfast sambil tunggu kawan2 lain. Rupanya Zali dah tunggu kami. Disebabkan
kami 18 orang jadila 2 groups + 8 orang dari group lain. Walau bot berlainan
kami tetap bergerak dalam aktiviti yang sama.
Destinasi Pertama : Pulau Raja.. masa ni kami baru nak mesra-mesra
dengan laut mersing huhuhu. Water confidence session buat Sunshine yang memang
tahu berenang. Walau tak tahu berenang, memang harapkan jacket dan pelampung
penat tetap penat. Main air katakan. Naik bot kami disediakan sandwish, air
kotak, mineral dan buah-buahan.
Destinasi Kedua : Kat sini kami hiking untuk melihat
permandangan yang memang wow... Syukur sangat-sangat Allah bagi peluang
Sunshine merasai semua ni. Naik tu semput gakla, walau dia tak tinggi macam
Gunung Pulai tapi di curam dan menjunam. Naik ok lagi masa turun tu yang takut
tergelincir. Time photo la paling happy. Walau macam model tak laku.. ada orang
kisah.. haha. Janji kami puas hati. Reward untuk diri sendiri.
Destinasi Ketiga : Tokong Ikan. Zali cakap kat sini banyak
sangat ikan. Tapi ombak kuat, kami tak boleh gerak ke tokong tu. Semakin kami
dekat semakin ombak tolak kami ketengah balik L. Jadi kami mandi dekat2 bot jela.
Destinasi Keempat : Pulau Hujung. Kami lunch kat sini. Laksa
Johor + BBQ. Sedap sangat laksa tu tapi pedas gila. Sunshine tak makan pedas
jadi....... Sunshine makan BBQ ayam. Anyway memang sedap gila. Lepas makan kami
jalan kat tepi2 pantai. Sweet2 la jalan kat gigi pantai, alalal slot akasia.
Hahahah
Kami mandi gak.. Mulanya nak snorkeling tapi bila tengok banyak
landak laut... woooo tak beranila. Ain cakap ex bf dia penah terpijak landak
tu. Memang kena ketuk kaki sampai landak tu pecah. Kami tengok nemo.
Destinasi Terakhir : Teluk bakau. Kat sini tempat terakhir kami
snorkeling. Kawan-kawan Farha siap terjun dari bot.
Kami sampai Jeti balik dalam pukul 6. Lepas mandi kami makan
dulu. Sampai JB dalam pukul 9. Penattttt. Bak kata mak “kalau jalan tak
ingat..bila balik penat” hahaha Love u mak.
Jujurnya Sunshine tak berapa puas hati coz Sunshine dah
pernah tengok hidupan laut dan pemandangan yang lagi cantik. Tapi untuk kali ni
Sunshine tak boleh expect lebih. Maybe dah nak masuk musim tengkujuh. Rezeki
takat ni bersyukur...
Sunshine : In shaa Allah ada rezeki pergi lagi. CUKUP
APA ADANYA... Alhamdulillah.