Assalammualaikum w.b.t
Sunshine excited sebab 1st time nak daki Gunung Pulai, Johor. Kata je orang Johor rasenya pertama kali jejak kaki masa umur 12 tahun. Lepas UPSR cikgu bawa rombongan kesini, Sadis tak...Huhuhu
Sempena cuti kelepasan am. Wesak Day, 10 May 2017 “KB Gurlz” apa lagi plan la aktiviti daki gunung. (Sunshine, Kak Zana, Fatimah,
Farha (adik Fatimah), Kak Za (Aunty Fatimah), Kawan Kak Za, Fhana, Ain, Hasrina &
Fazlina). Kami berkumpul dekat Petronas Highway Skudai. Sampai Gunung Pulai
kira-kira pukul 8.00am. Kami parking kat kawasan rumah-rumah. Masukkan duit (RM1.00)
dalam petisurat yang ada kat situ. Kira ala-ala tumpang jela seikhlas tuan rumah bagi tumpang dengan hanya RM1.00. J
Kami mula pendakian (ayat mcm pro kan) opsss
apa yang memang "KB Gurlz" suka... wefie...
Pendakian dimulakan, kami daki dalam 2
group .. Kami buat keputusan mendaki melalui bukit2 dan turun melalui jalan
tar. Group A : Kak Zana, Sunshine,
Hasrina, Fhana & Ain. Group B : Fatimah, Farha, Kak Za & Kwn Kak Za. Kami
baru nak daki.. tengok orang ramai dah turun balik. Penatnya.... betul orang kata
semua yang kita lakukan kenala bersungguh. Jangan hangat2 tahi ayam. Mental dan
fizikal kena kuat.
Sampai 1st stage x sure bape tinggi kami
dah berpecah lagi dalam kumpulan lebih kecil. (Sunshine, Kak Zana, Hasrina &
Fazlina). Fhana dan Ain dan mula penat. Kami teruskan sebab mereka nak rehat
dulu. Tapi alhamdulillah semangat mereka
kuat.
Hebat betul anak2 kecil yang sama2
mendaki bersama parent mereka. Hebat juga mak ayah yang melayan kerenah anak
kecil yang ada je soalan dan asyik berenti rehat. Tapi okla tu anak kecil. Kami
yang dah mak2 orang ni pun semput.
Yeyyyy kami sampai dah... ops berangan
la.. ni baru kawasan rehat pertama. Wah ada 1 family cina ni siap masak2. Anak2
kecil yang happy bila berenti sambil makan2. Kami pulak hanya berbekalkan
coklat dan air 100 plus. Lebih kurang dalam 15 minit kami sambung mendaki.
Kalau sorang2 rasenya takut gak.. dengan
cuaca yang mula gelap.. tanah licin.. hujan rintik2... macam2 bunyi haiwan... kami
teruskan pendakian.
Kawasan rehat kedua... kat sini nampak
pemandangan yang agak cantik.
Kami teruskan pendakian setelah berehat.
Entah mana kawan2 yang lain. Nak call tak de line. Whatapp pun kejap ada kejap
x de. Janji kami tau kawan2 selamat.
Alhamdulillah kami sampai gak ke puncak.
Sempat amik gambar dalam keadaan angin yang makin kuat. Harap kawan2 kami semua
selamat. Guruh dan mula berbunyi. Permandangan memang cukup cantik. Wow memang
pengalaman yang tak akan Sunshine lupa dan pasti kena repeat n repeat. Huhuhuhu
Tapi hujan dan mula lebat. Nasib la ada poco2 kak Zana. Comel tak huhuhu. Kami tunggu kawan2 tak sampai2. Orang2 lain yang turut mendaki da suruh kami gerak coz hujan takut duduk bawah pencawang TNB. Kami berempat teruskan penjalanan turun.
Sampai bawah kami lepak kat kawasan air
terjun. Alhamdulillah tak berapa lama Ain dan Fhana sampai. Kami amik masa 4jam
untuk selesaikan pendakian kami.
Sunshine : Memang
Sunshine pegang kata2 ni.. “Kita tak kan tau selagi kita x cuba” dan keputusannya Sunshine suka...