Nuffnang Ads

Saturday, 21 October 2017

Island Hopping - Mersing

Assalammualaikum w.b.t

Buat masa ni Sunshine rase paling suka pulau... walau Sunshine tak tahu berenang tapi snorkeling memang benda yang boleh buat Sunshine rase happy sangat. Mungkin hidupan laut dan melihat segala kurniaan Allah buat hati Sunshine lebih tenang.

Lepas "Run From Clown" Gurlz nak cuba sesuatu yang baru. DANNNNN Melompat Pulau menjadi pilihan. Kak Zana bagi IG : jelajahpulau_. Sunshine menjalankan tugas, whatsapp la agent jelajahpulau untuk dapatkan package dan detail. Package Island Hopping ni okla buat kami yang tak berapa ni... RM180/pax.

Kami plan dalam bulan 10 dan akan pergi masa Deepavali (18 November 2017). Zali (Pihak jelajahpulau) bagi tahu kalau boleh 12 orang baru dia gerak. Jadi Sunshine dan kawan2 gigihla kumpulkan 12 orang. Nak jadi cerita lagi seminggu ada yang tarik diri diatas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Pening gakla kepala, takut tak cukup orang kami tak dapat pergi. Tup-tup 2 hari sebelum pergi Farha cakap kawan-kawan dia nak ikut dalam 12 orang... Senyum sampai ke telinga la kami. Jadi 18 orang dari group kami.

Tentative:
8.30am Berkumpul kat Jeti Mersing dan bertolak
Destinasi Pertama : Pulau Raja untuk water confidence session
Destinasi Kedua : Pulau Lanun  Hiking Pulau Lanun untuk view yang sangat cantik
Destinasi Ketiga : Tokong Ikan. Spot terbaik untuk snorkeling
Destinasi Keempat : Pulau Hujung. Lunch, snorkeling, swim through coral
Destinasi Kelima : Teluk Bakau. Snorkeling
6.00pm Sampai Jeti Mersing

Kami gerak dalam 3 groups. Dari JB pukul 6. Sampai Jeti ngam2 pukul 8. Breakfast sambil tunggu kawan2 lain. Rupanya Zali dah tunggu kami. Disebabkan kami 18 orang jadila 2 groups + 8 orang dari group lain. Walau bot berlainan kami tetap bergerak dalam aktiviti yang sama.


Destinasi Pertama : Pulau Raja.. masa ni kami baru nak mesra-mesra dengan laut mersing huhuhu. Water confidence session buat Sunshine yang memang tahu berenang. Walau tak tahu berenang, memang harapkan jacket dan pelampung penat tetap penat. Main air katakan. Naik bot kami disediakan sandwish, air kotak, mineral dan buah-buahan.




Destinasi Kedua : Kat sini kami hiking untuk melihat permandangan yang memang wow... Syukur sangat-sangat Allah bagi peluang Sunshine merasai semua ni. Naik tu semput gakla, walau dia tak tinggi macam Gunung Pulai tapi di curam dan menjunam. Naik ok lagi masa turun tu yang takut tergelincir. Time photo la paling happy. Walau macam model tak laku.. ada orang kisah.. haha. Janji kami puas hati. Reward untuk diri sendiri.



Destinasi Ketiga : Tokong Ikan. Zali cakap kat sini banyak sangat ikan. Tapi ombak kuat, kami tak boleh gerak ke tokong tu. Semakin kami dekat semakin ombak tolak kami ketengah balik L. Jadi kami mandi dekat2 bot jela.

Destinasi Keempat : Pulau Hujung. Kami lunch kat sini. Laksa Johor + BBQ. Sedap sangat laksa tu tapi pedas gila. Sunshine tak makan pedas jadi....... Sunshine makan BBQ ayam. Anyway memang sedap gila. Lepas makan kami jalan kat tepi2 pantai. Sweet2 la jalan kat gigi pantai, alalal slot akasia. Hahahah


Kami mandi gak.. Mulanya nak snorkeling tapi bila tengok banyak landak laut... woooo tak beranila. Ain cakap ex bf dia penah terpijak landak tu. Memang kena ketuk kaki sampai landak tu pecah. Kami tengok nemo.



Destinasi Terakhir : Teluk bakau. Kat sini tempat terakhir kami snorkeling. Kawan-kawan Farha siap terjun dari bot.

Kami sampai Jeti balik dalam pukul 6. Lepas mandi kami makan dulu. Sampai JB dalam pukul 9. Penattttt. Bak kata mak “kalau jalan tak ingat..bila balik penat” hahaha Love u mak.
Jujurnya Sunshine tak berapa puas hati coz Sunshine dah pernah tengok hidupan laut dan pemandangan yang lagi cantik. Tapi untuk kali ni Sunshine tak boleh expect lebih. Maybe dah nak masuk musim tengkujuh. Rezeki takat ni bersyukur...


Sunshine : In shaa Allah ada rezeki pergi lagi. CUKUP APA ADANYA... Alhamdulillah.







Sunday, 8 October 2017

Outing with "Istimewa"

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni Sunshine kluar dating.... Dengan sape.... Surprise....  Sure la dengan istimewa. Minggu depan pass Legoland kami tamat.



 Jadi Sunshine amik kesempatan ni  keluar berdua. Amani tau jela. Tak boleh kalau tau memang nak amik dia dari taska awal. Hati tak keruan huhuhu.

Dalam pukul 2.3opm Sunshine sampai Taska... apa lagi bebel2 la dia. Nape lambat? Lain kali cepat tau sebab nanti cikgu suruh Ani tido. Hahaha

Ala cuaca tak berapa nak elok. Gerimis dah turun. Dalam kereta ani dah risau hujan. Dia siap cakap ani tau tempat baru yang tak jauh jalan. Pandai pulak la, dia pulak yang tunjuk jalan. 



Sampai-sampai 
Ani : "Aunty nak makan dulu ke nak jalan dulu" aduhai la anak... 
Aunty : Kita jalan dulula.. kan tadi Ani dah makan kat taska.
Ani : ok la.. nanti nak balik baru makan

Ni muka bengang. Sebab adik tu tersalah punch.. punch Sunshine punya pass dulu. Jadi Ani tersangkut. 

Geram je... Payung tu dia yg nak bawak. Sediakan payung sebelum hujan
 Amani dah macam pemandu pelancong. Macam Sunshine tak pernah pergi. Semua kami naik,  kecuali yang dia takut. Alasan dia,mainan tu semua tak best.. Ani pernah naik. Tak payah la aunty. ðŸ˜‰

Permainan yang paling excited Amani nak tunjuk. U all rase apa... naik cawan yang pusing-pusing tu je. hahaha. Dah lama dah dia nak sangat naik cawan tu. Dari 2 tahun lepas kami buat pass. Da renew tapi nila benda yang tak masuk akal yang Sunshine rase nak marah. Kat fun fair.. kat Hello Kitty.. Kat mana2 Theme Park naik cawan ni biasa je. Tapi untuk Legoland Amani tak cukup tinggi untuk naik. Amani pergi Disneyland Hong Kong pun dia boleh naik. Manala budak tu tak excited bila dalam bape bulan ni dia da boleh naik. Dan ni yang excited ajak Sunshine naik.

Cawan - Main la puas2 
Ni naik keretapi budak. 
 Amani ajak Sunshine cuba semua benda. Main puas-puas sayang. Entah bila kita datang lagi. 

ni memang tiap kali pergi nak amik gambar

Keretapi
6.00pm.. Baru rase penat. Kita balikla Aunty dah petang. Tapi kita singgah makan ayam dulu ye. Ada kedai ayam sedap. Aunty tak pernah pegi. Kedai baru. Yeye la Amani. "Burget King" 😎

     
Tak amik semua gambar. In Shaa Allah ada rezeki kita datang lagi ye. 

Sunshine : Apa yang penting buat orang yang kita sayang happy... Have fun

Sunday, 17 September 2017

Run From Clown

Assalammualaikum w.b.t

Kali ni.. Run From Clown... Outiviti... Kami bukan nak menang. Target habiskan larian dan yang paling penting cuba.  

Lepas keja sama-sama gerak dari office ke UTM. Sampai orang dah ramai. Tapi kebanyakkan student UTM. 5KM cukupla untuk  “Gurlz”yang baru nak cuba-cuba.

Gurlz kan apa yang paling kami suka... PHOTO.


Kami mula 9.00pm dah habis 9.40pm. Masa yang agak baik untuk percubaan yang pertama dari Gurlz.



Yang penting happy..

Apa yang Sunshine belajar.. apapun kita lakukan kerjasama tu penting. Saat kita lemah ada orang yang bagi semangat. Bukan pentingkan driri sendiri.


Tahniah semua



Sunshine : Have fun...

Wednesday, 6 September 2017

Wordless Wednesday #9:2017 : Birthday Amani



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Wednesday, 28 June 2017

Wordless Wednesday #6:2017 : KB



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Salam Lebaran 2017



Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih berpeluang menyambut syawal. Tahun ni Shikin je tak beraya bersama. Orang dah ada family mentua katakan, kena la bergilir huhu.

Persiapan macam biasa.. ala kadar je.. baju raya Sunshine pun sehelai je. Yang agak sadis kesian adik ipar Sunshine baju raya dia siap pg raya. Fuhhh nasibla siap gak..kalau tak pakai kain batik dengan T-shirt je la. 

Menu raya macam biasa.. ketupat (beli dengan Fatimah), lepat, ayam merah, kuah kacang & serunding. 

Pertama kali takbir malam raya di buat kat umah Cik Intan (Mak Sunshine), selalu kami buat kat umah Mak Jah. Menu malam tu lepat dengan rendang ayam kampung.

Pagi raya macam biasa, dosa banyak jadi bermaafan kami sebelum ke rumah Mak Jah. Sunshine ni memang ada masalah bila tengok makanan banyak. (Tak lalu nak makan). Jadi makanan pertama di rumah Mak Jah. 


 



Dan lebih happy sebab Sunshine still dapat duit raya lagi… YAHOOOO

Posing2 beramai2… dan hasilnya…


Family Mak Jah
Raya Ke 3;

Tak sangka kawan dari KL datang beraya. Kami kenal masa pergi umrah 2015. Lepas tu tak jumpa. Tapi still keep in touch. Pernah terjumpa Kak Lyn & Abg Wan pun masa jalan2 masa kat IOI Putrajaya. Hope Ukhwah ini perpanjangan.

TQ Kak Arfa sekeluarga sudi jengah kami. Ada rezeki jumpa lagi
SUNSHINE : Alhamdulilah, terima kasih untuk kasih sayang yang hadir. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Nota: Masa post ni Sunshine dah keja... sedihnya orang lain cuti seminggu. Sunshine raya ke4 dah keja... (Tula nasib orang bujang..😎😎😎)