Assalammualaikum w.b.t
Percutian yang tidak dirancang... huhu. Rase macam nak pergi bercuti. Sunshine & Ina.. Ish tak bestla kan kalau jalan berdua. Apa lagi Ina kan pandai mengayat... Tak sampai seminggu Maf, Jijah, Eza, Tasya, Ina (Kwn Tasya) & Shikin (Kawan Maf) bersetuju join percutian kami. Tapi last minute Tasya tak jadi ikut sebab anak dia sakit. Dengan budget yang ada kami pilih percutian 3 hari 2 malam.
PANUBA INN RESORT, PULAU TIOMAN.
Package Including
- 2 ways ferry transfer
- 2 nights accommodation
- 1 night BBQ
- 1 day snorkelling trip ( Excluding snorkelling gear)
Itinery :
Day 1 : Checkpoint at Tanjung Gemok Jetty
Depart to Tioman Island. Reach Panuba Jetty.
Check-in
Day 2 : Snorkelling activity.
BBQ Dinner
Day 3 : Check-Out jam
Depart back to Tanjung Gemok from Panuba Jetty
Alhamdulilah, 2 jam dalam perjalanan kami sampai ke KG. ABC. Feri
akan turunkan kami dan ada bot yang akan bawa kami ke PANUBA INN RESORT. Lepas
check-in apa lagi makan la... huhu. Lepas makan rehat.. Subhanallah cantik
sungguh permandangan dari bilik. Petang sikit kami mandi. Kira santai-santai
untuk petang hari. Kat jeti tu banyak sangat ikan. Bila bagi makan lagila
timbul ikan-ikan tu.
Day 2
Kami mulakan aktiviti snookeling dalam pukul 10 pagi. Jom
kita cari NEMO... Entah bila Sunshine rase dah jumpa aktiviti yang Sunshine
suka.. YES.. Sunshine suka snokeling.. Rase tenang.. rase ni la aktiviti yang
boleh buat jiwa dan fikiran bebas dari masalah... Travel mana pun rasenya
melihat keindahan ciptaan Allah yang satu ini buat hati lebih tenang. Jujur
Sunshine ni bukan la berani sangat tapi kalau tak cuba kita tak tahukan.
Balik masing-masing lapor n penat. Kami makan n tido sekejap.
Petang tu kami turun lagi. Mandi-mandi kat jeti. Sunshine try main kayak...
Malam kami ada BBQ yang disediakan oleh pihak resort. Lepas
dinner kami jalan-jalan tepi pantai. Menikmati keindahan malam
Day 3
Kami mandi kat jeti je.. Check-out dalam pukul 12pm. Pakcik
tu akan hantar kami ke jeti KG. ABC. Feri sampai dalam pukul 2. Balik semua
zzzzz. Tapi perjalan balik agak lama. Kami sampai Jeti Tanjung Gemok dalam
pukul 5.
SUNSHINE
: Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancang. Ada rezeki kami datang
lagi.
|
|
|