Nuffnang Ads

Monday, 13 October 2014

A'Famosa Resort, Melaka

Assalammualaikum w.b.t
Percutian yang tak dirancang haha. Hebatkan.. Ala ala macam banyak duit tiba2 rase nak pegi jalan pegi huhu. Plan nak pegi bercuti di A’Famosa Resort ni dah lama. Alhamdulillah, akhirnya tercapai gak. Semua atas usaha Cik Ina yang bersungguh dan di tambah package budget yang diperolehi dari kawannya.. (Ini untung ramai kawan huhu) TQ Cik Ina.

Jumaat 101014, dalam pukul 8am Ina & Eza amik Sunshine kat umah. Kami singgah Pagoh amik Tasya. Akhirnya kami berjaya sampai pukul 12.00 tengah hari. Ingat nak check in dulu sebelum g mandi-manda. Tapi reception counters cakap hanya oleh check in pukul 4 petang.

Water Theme Park


Kami sampai terus tukar voucher yang kami amik dari reception counter. Kami amik package dengan hotel + breakfast, water theme park + lunch & Old West = RM149.00/pax. Murahkan budget percutian kami. Dengan minyak dalam RM 200/pax.

Masuk je ada adik cantik suruh kami pose gambar dulu. Biasa tempat-tempat macam ni memang ada photographer yang rela hati amikkan gambar kita walau kita tak berapa nak sudi haha.

Masuk kami tinjau dulu.. sewa locker untuk letak barang-barang yang penting. RM4.00 per locker. Pelampung kami sewa dengan harga RM20 tapi deposit RM10.

Water Theme Park ada tarikan baru yang dinamakan Big Ice Cream Slides. Permainan lain High Speed Slides, Body Slides, Sandy Beach, Wave Pool, Lazy River, Inner Tube Slides, Family Raft Ride, Arabian Village dan Kids Adventure Play Pool.

Permainan pertama kami try Big Ice Cream. Pelampung memang khas untuk permainan ni. Sesuai sangat kami berempat. Memang menyeramkan gakla. Tapi best sangat. Sunshine memang suka aktiviti adventure macam ni. Eza & Tasya agak tak berapa suka n menyeramkan bagi mereka. Sampai bawah mereka tak nak naik lagi.

Sunshine pujuk gak untuk permainan kedua Family Raft Ride. Sunshine n Ina cakap tak bahaya. Tasya jerit n jerit.  Ni pun naik 4 orang.

Ketiga Inner Tube Slides, ni kena main guna pelampung yang disewa. Sunshine naik n Tasya, Eza n Ina. Tasya terjerit-jerit kesian dia tertipu n Sunshine.

Keempat Body Slides. Ini tasya tak nak naik langsung. Sunshine, Ina & Eza. Permainan ni buatkan Eza terus tak nak main. (Ada tragedi untuk Eza : Hanya untuk kenangan kami huhu)

Lazy River : Kami menyusuri lazy river ni untuk balik ke tempat makan.

Tengok jam dah pukul 2 lebih. Lunch dulu, Ada 4 pilihan menu lunch yang kita boleh pilih. Kami pilih 2 nasi ayam kicap , 2 nasi ayam kari  dengan air tin soya.

Alhamdulillah dah kenyang, Sunshine n Ina terus g main lagi. Eza n Tasya da stop x nak main lagi. Kali ni kami main semula permainan dari Big Ice Cream (Naik dengan 2 pelancong dr Pakistan), Family Raft Ride (Naik dengan adik yang x cukup geng), Inner Tube Slides & Body Slides. Last sebelum balik kami mandi kat Wave Pool. 

 

Lepak…. G amik kunci apartment kat reception counters. Masuk bilik, mandi, tengok tv sambil makan maggi.

Cowboy Town

Cowboy Town dibuka dari pukul 6.00 petang. Ada restoran, shopping mall, 4D movie,  bowling dan macam-macam lagi.

Antara attraction yang menarik kat Comboy Town ni sudah tentunya Carnival yang bermula pukul 8.30 malam sampai pukul 10 malam. Bulan October adalah Tema Halloween. Jadi faham-faham la untuk Sunshine yang penakut. Walau kami tau itu gimik je. Huhuhu


Kat pintu masuk ada persembahan Halloman & The Gang Live Band. 


Masuk ada pentas kecil ada persembahan lagi. Tiba-tiba hantu-hantu tu turun kejar kami. Apa lagi larila lintang pukang. Kelakar dia kejar Eza tapi Eza x perasan.  




Posing mana yang patut. Kami terus masuk kat tempat Carnival. Nak duduk depan konon-konon.


Sebelum event ni bermula... ada gerai bergerak kat tengah-tengah jalan tu... bolehlah beli air minum ke...buah-buahan, corn in cup dan keropok. Carnival ni terbahagi kepada 4 bahagian, Red Indian Show, Feeding Program, Carnival & Animal Parade & Fireworks Display.




RED INDIAN SHOW


Boleh tahan persembahan Red Indian ni. Siap jemput pengunjung sama-sama buat persembahan.

FEEDING PROGRAM

Feeding Program ni merupakan acara selingan sebelum Carnival bermula.  Feeding Program ni binatang jalan dan kita boleh pegang n bagi makan. Kalau nak bagi makan gajah-gajah ni boleh beli tebu dengan harga RM 5 satu pack. Seronok campur takut pun ada. Gajah tu suka duduk depan kami sambil belalai di hayun-hayun. Mau tak takut.

ANIMAL PARADE

Surprise!! Burung-burung berterbangan bersama kuda-kuda berlari masuk. Bayangkan burung boleh join Animal Parade ni. Diorang terbang sepanjang jalan parade tu...wahhh...kagum betul. Ayam, Kambing, itik, gajah, kerdai, kuda & macam-macam binatang berjalan membuat persembahan. HEBATkan… Lagi hebat kuda tu boleh berak depan kami. Ahhhhh busyuknya…

HALLOWEEN MUSICAL CARNIVAL

Yang ni pun best jugak sebab boleh tengok kereta berhias, maskot menari dan persembahan kebudayaan...happening !! Semua bertemakan Halloween. Takut tak hantu bawak bas, kereta, beca, basikal. Hantu menari & menyanyi. Huhuhu 

** Alala ni x de gambar la.. teruja tengok persembahan lupa nak amik gambar

FIREWORKS DISPLAY

Acara terakhir pertunjukkan bunga api!! Rasa macam malam merdeka pulak...hehe. Cantik-cantik bunga api tu.

Nota : Kami pulang dengan hati yang cukup girang. Memang best la Old West ni. Boleh promote kat kawan-kawan & sedara-mara untuk stay n berkunjung ke sini.

Balik bilik tengok tv kejap n zzzzzzzzzzzzzz

Esok pagi-pagi dalam pukul 7 lbh dah bangun sebab perut dah menyanyi. Siap-siap g turun makan. Banyak sungguh makanan. Dari makanan melayu sampai ke western. Sunshine makan roti + kacang panggang + sosej + sup cendawan + 2 gelas air oren & teh. Banyakkan hahaha. Sebab dalam package jadi Sunshine makan. Kalau tak rasenya membazir makan buffet macam tu. Makan sikit dengan harga RM35 tak berbaloi.

Balik bilik tengok tv sambil borak-borak. Dalam 11.40 kami siap untuk check out. Nanti kami datang lagi………………….

Kami singgah coconut shake kat klebang. Rase tak sah kalau tak singgah pekena coconut shake ni. Sambil makan keropok n popia.


Perjalanan diteruskan ke Bandar Melaka. Jalan mahkota parade (macam JB tak de mall huhu). Balik konon nak makan kat Seafood Serkam, Melaka. Tapi baru pukul 4.00pm tak buka lagi.

Hantar Tasya balik… Hantar Eza… N sampai umah Sunshine. TQ kawan-kawan untuk percutian ini. INSYAALLAH ada masa kita peg lagi. Next mana tau masing-masing boleh bawak family. Amin



Sunshine : Persahabatan bukan untuk masa senang dan gembira sahaja. Fren Forever.