Nuffnang Ads

Monday, 18 August 2014

Sakit Mata


Assalammualaikum w.b.t
Lama kami tak kena sakit mata. Dan dengan secara tak sengaja jadila sakit berkumpulan atau dengan kata lain berganti-ganti sebab semua 1 family kena sakit mata. 110814 Wan – 120814 Amani – 130814 Nun – 140814 Sunshine – 150814 Shikin – 160814 Mak & Abah. Adilkan hahaha, yang paling kesian Amani. 



Tapi kami tetap jalan… Hihi sakit-sakit mata boleh pergi kenduri kawin n open house kat KL lagi. Sampai sana memang KL tengah musim sakit mata. Wan pun berjangkit dengan Aila. Nasib Adam x kena. 

Sunshine : Masa sakitla selalunya baru kita hargai waktu sihat.
 

Tuesday, 5 August 2014

Aqiqah



Assalammualaikum w.b.t


Adam nak masuk tiga bulan baru berkesempatan nak buat aqiqah. Sempena raya dan kesempatan yang ada Majlis Aqiqah ini kami adakan pada 030814. 


Abah & Ibu Adam plan nak buat kat umah grandma & grandpa. Sunshine memang suka kalau majlis ramai-ramai ni huhu. Anak lelaki 2 ekor kambing jadi abah dan ibu Adam plan buat kambing golek seekor masak beriani sekor. Bagus orang yang jual kambing tu siap boleh masakkan. Seekor masak beriani seekor buat golek. Kambing golek buat kambing biri-biri. Pakcik tu siap tunggu n potongkan kambing tu. 


Siang kami jamu kawan-kawan makan lagipun bulan syawal ni memang sesuai sangatla kunjungan kawan-kawan.

Malamnya ada kenduri doa selamat + marbahan. Alhamdulillah ramai gak yang hadir. Takut gak x de orang datang sebab awal raya lagikan. Masing-masing balik kampung. Adam dah cukur jambul. Jadi tak dela rambut nak cukur malam tu huhuhu.
 

Sunshine : Alhamdulilah semoga Adam jadi anak yang soleh ye sayang.

Friday, 1 August 2014

Salam Aidilfitri

Assalammualaikum w.b.t

“Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira”

Lagu ni Sunshine paling suka.. Suka sebab Anuar Zain yang nyanyi hahaha.
 
Sunshine yg mmg suka posing
Sunshine ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua muslimin & muslimat terutama keluarga, saudara mara & rakan-rakan taulan. Ceh ucapan ala-ala duduk diperantauan. 


Kami tinggal berempat. Tahun ni kami pilih tema hijau. Walau Wan & Nun raya kat kg masing-masing tema tetap warna hijau coz kami plan nak pakai baju sama masa majlis akikah Adam 6 syawal nanti.

Family Nun

Family Wan
Macam biasa pagi raya kami bermaaf-maafan. Sedih gakla.. yela tahun ni berempat. Tahun depan tinggal Sunshine je. Nasibla memang dah plan dari awal mereka akan beraya bergilir2. Tak ada la Sunshine raya sorang2 hahaha (Emo pulak). Apapun meriah tetap meriahla. 

Lepas bersalaman dengan mak, abah & shikin. Kami beraya umah mak jah. Surela sessi bergambar x hengatttt.


Family besar kami

Family Abg Long
Family Che'da

Family Uda
Family Achik
Anak buah Sunshine
Sunshine : Apapun “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”. Semoga kemesraan terjalin akan selamanya terikat.