Assalammualaikum w.b.t
How can i pretend that i'm ok? How can i pretend that i'm not sad? How can that i pretend yang Sunshine tak terasa? Ok la, Sunshine mengaku Sunshine memang sensitif sikit walaupun Sunshine redha apa yang Allah tentukan untuk Sunshine. (Maybe orang kata klu redha x boleh di sebut lagi... tapi mungkin ke x terasa kalau dikelilingi benda yang sama setiap masa) Tapi sesekali please be more sensitive. Tak semua orang boleh merasa kebahagiaan dan kegembiraan yang kalian rasa tu. Silap-silap mengundang rasa menyampah kat orang.
Jangan mengharap orang akan rasa kegembiraan yang kalian rasa kalau kalian sendiri tak boleh nak rasa kesedihan orang lain. Kalian nak orang kongsi apa yang kalian rase, tapi kalian sendiri tak boleh nak rasa perasaan orang lain. Its not fair, ok. Ye betul... hidup bukan adil atau tak adil... tapi please belajar untuk jaga hati orang lain.
Yes, Sunshine turut happy dengan kegembiran yang hadir dalam hidup kalian.(Kerjaya, Duit, Keluarga, Jodoh & etc.) Kalian tak perlu rasa kesusahan macam Sunshine rasa. Tapi, Sunshine pun ade hati dan perasaan. Takkan la sikit pun Sunshine tak boleh nak terasa kan? Takkan sikit pun Sunshine tak sedih? Nak suruh Sunshine gembira sepanjang masa ke?
Everyone's Lifestyles are Different
Sunshine faham, kadang-kadang bila kita ecited, bila kita happy, kita nak orang rase apa kita rase. Sunshine faham itu semua hak masing-masing. Semua orang ada hak nak share kegembiraan sendiri. Malah sesekali Sunshine cuba letak diri dalam tempat kalian untuk rase kegembiraan itu... untuk rase kesedihan itu. But ending Sunshine tetap kena hidup dalam diri Sunshine.
Thank untuk mereka yang cuba faham Sunshine... Walau pun Sunshine tau kadang-kadang kalian pun terpaksa BERPURA-PURA hahahaha
Sunshine : Belajar untuk lebih percaya diri... redha & tabah hadapi setiap kemungkinan. Allah tak bagi apa yang Sunshine nak tapi Allah bagi apa yang Sunshine perlu.- Amin